Friday, 23 December 2016

Happy birthday

Today is your birthday .

Dunno what should i give you .

Then I choose to read alfatihah .

Genap 2 minggu alif pergi .

Semoga alif ditempatkan di golongan orang yang beriman .

Semoga allah permudahkan segala urusan disana .

Alfatihah
Alif najmi bin muhd khorodzi
23/12/1998-9/12/2016

Thursday, 22 December 2016

Resepi ayam goreng ala ala kfc

Aku cuti cuti ni memang selalu lah masak . Mak aku busy banyak order telekung,tempahan baju sekolah . Alhamdulillah semoga allah permurahkan rezeki mak amin ya rabb .
So hari tuh,mak beli 4 ekor ayam sebab nak bagi team hoki kupsis makan tengah hari . But,mak just guna isi ayam untuk lauk.
Then mak cakap goreng lah ayam tu. Saya sebagai anak yang baik menurut perintah kahkahkahkah.
So here we go
Bahan perapan
8 ulas bawang putih di tumbuk kasar + 1 1/2 sudu serbuk cili 1 1/2 serbuk kari + secubit garam + maggi cukup rasa + 1 sudu jus limau
Sapu semua bahan perap ke ayam dan perap satu hari atau semalaman . Biarkan dia rest dalam chiller .
Lepas itu,sediakan tepung bestari yg ditambah sedikit serbuk cili . Tak perlu garam sebab tepung bestari dah already ada garam.
Celup telur dan celup tepung . Goreng dalam minyak yang banyak api sederhana .
Tujuan jus limau ialah untuk buat ayam lebih juicy series sedap gila . Kakak siap cakap aku ni beli ayam goreng kat kedai padahal aku masak .
Okay selamat mencuba !

Saturday, 10 December 2016

Pemergian alif bagai membuka mata semua kawan kawannya.siapa sangka dalam usia yang muda,dia telah dijemput oleh allah.

Kalau sebelum ini hari hari jumpa,hari hari lalu depan rumah but now tak akan ada dah . Dia telah pergi,dan aku dan semua orang kena terima benda itu.

Seorang yang baik,semua orang terkesan dengan pemergian dia . Allahu,meninggal pon hari jumaat.

Semoga semua orang tabah menerima ujian allah.siapalah kita hendak melawan ketentuan allah.

Nak suruh orang sabar pon tak boleh,hati tengah sedih kan.plus that is not the right word to comfort someone when they lose orang tersayang.

Takziah untuk keluarga alif .

Muhammad Alif najmi bin mohd khorodzi  (alip tebu)
1998-9/12/2016
Semoga tenang disana
Al fatihah

Saturday, 3 December 2016

Saffi dan tomyam berpisah tiada

Sapa suka tomyam??? Sep sikit .

Aku taktau la kenapa aku addicted sangat dengan tomyam especially bihun tomyam . Banyak tempat aku rasa even yang mak aku masak pon,tapi semua tak kena dengan tekak aku . For me,better masak sendiri sebab cuma aku je tahu apa anak tekak aku nak .

Bila mak tak masak sebab penat ke,sibuk jahit ke,aku lah yang ambil tempat mak . Aku cuma masak tomyam and also pasangan romantik dia telur dadar .

Hari ni,Mak and abah bengang ja dengan anak dia 3 ketul di rumah ni . Aku memang tak suka pergi kenduri . Entah . Malas aku . Pegi jauh jauh cuma nak makan . Baik masak sendiri kat rumah lagi okay .

Hmmmm . Kawan aku kata nanti bila aku nak buat kenduri kahwin ka kenduri apa ja,orang tak mau mai rumah aku sebab depa ikut mindset aku . What u give u will get back gitewwww .

Ooooo hopefully no lahhh . Nanti aku cuba attend kenduri tu . Masalahnya kenduri tu jauh jauh semua aku dah la malas nak pi . Kat penang la,kat perlis la . Kalau area rumah aku okay la jugak aku pi .

Takpa la aku bagi chance mak ayah aku dating pi kenduri dua orang depa ja . Kami adik beradik takpi malas . Rela masak kat rumah dari makan kat kenduri .

Dah dah awat aku melalut pi sampai kat kenduri ni ishhhh la .

So today lunch aku yang masak . Since aku suka tomyam aku akan masak tomyam . Adik beradik aku dah masak dengan aku . Asyik asyik aku masak tomyam jaaaa .

Style aku masak nak kuah lebih isi sikit pon takpa asalkan ada kuah nak hirup . Family aku pon sama ja macam aku nak kuah ja . Isi bukan makan sangat .

Saturday, 19 November 2016

My past

Sorry for all my wrong doing, my mistakes. I know myself, i know who i am. So let me be the first who start the conversation.

We both are ego.
We both are selfish.
We both are stupid.
Thats the reason why, benda ni semua terjadi.

Perangai aku yang nauzubillah punya teruk, sebab tu ramai manusia tak boleh bertahan.

Im sorry for everything. Minta halal makan minum semua. Not matter what, aku sayang semua orang yang sentiasa ada dengan aku.

Kalau dulu kita rapat, tapi sekarang kita renggang. Semua itu sebab perangai aku. Aku sayang hampa, even aku tak cakap dah dengan kawan kawan. Tapi, hanya satu yang akan kekal diingatan aku iaitu kenangan pahit manis kita. Semua benda itu yang membuat kan aku semakin rindu dengan masa lalu.

Kalau dulu kita kawan, tapi sekarang kita musuh, hampa pernah jadi kawan. Hampa pernah pegang title kawan. Jadi, hampa tetap akan jadi kawan aku.

Kalau dulu kita tak pernah kenal, tapi sekarang kita rapat. Aku harap hubungan kita kekal kini dan selamanya.

Much love, saffi 💞

Tuesday, 15 November 2016

Resepi mee goreng sedapp

This is my first time masak mee goreng, sebelum ni tak pernah masak segala jenis noodle except mee maggi la.  Bihun koey tiew mee mee siput semua tak pernah.
Mee ini aku masak untuk aku dan abah. Niat di hati hanya mahu mencuba, jadi tak ada lah aku masak banyak banyak. Hanya sekadar dapat rasa .
Mee ini aku rujuk blog auntie azie kitchen , boleh la. Aku rasa,rasa dia sedap cuma pedas.abah makan sunyi sepi je maksud nya sedap lah . Mari masakkk mee goreng . Tiada sukatann yang tepat so pandai pandai lah .
Bahan bahan
-mee *dicuci bersih halalan toyyiban
-2 sudu cili kisar
-2ulas bawang putih *dihiris
-3biji bawang merah *dihiris
-pokok pokok sawi/carrot/kobis/taugeh
-binatang *ayam/udang/sotong
-3 sudu sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap
-air
-telur
Cara cara
1.tumis bawang putih dan merah sampai naik bau,masukkan cili kisar (cili yang. Dipotong dan direbus dan diblend) biar sampai cili masak .
2.masukkan sos sos.setiap sos tu letak 3 sudu .masukkan kicap ha tuang suka hati la nak hitam mana pon.
3.campak binatang,saya guna ayam sajooo . Lepas tu kacau kacau sat lepas tu boh air . Biar sampai mereneh .
4.masukkan mee . Kacau kacau sampai mee tu betul betul masak la , lepas tu letak pokok pokok yang digemari . Kacau kacau .

5.buat lubang tengah mee, pecah telur. Biar jap, pastu kacau. Pastu biar lama sikit, pastu kacau. Pastu gaul dengan mee.
6.hidang. Siap!
Makan dengan bangganya awak pandai masak.
Resepi ini bukan untuk mak mak sebab saya yakin mak mak lagi pandai masak dari saya. Saya hanya lah pelajar sekolah yang berumurr 15 tahun tapi dek kerana keterpaksaan perut yang asyik ajak bergaduh , saya terpaksa masak.

Wednesday, 9 November 2016

Mee maggi goreng

Hari ini bangun pukul 6.15pagi punya ngantuk nauzubillah . Memang tak leh bawa bincang lansung ngantuk ini. Macam nak gaduh . Mata aku terbeliakkkk supaya aku tak ada lah ngantuk sangat hergh . Tapi sebenarnya tetap ngantuk
Dah siap siap nak pegi sekolah tudung stokin semua dah pakai aku check group depa tulis depa takmau pi . Tak guna pagi nak pi sekolah baru nak bincang . Patutnya bincang semalam la nak pi sekolah ka tak . Isshhhhhhh geram aku .
Lepas tu aku sangkut la balik tudung tanggal stokin tukar baju . Lps tu luqman dah siap siap nak pegi AS orintasi tak habis lagi kahkahkahkah,abah dah pegi keje,mak siap siap nak gi market sebab barang dapur basah semua habis . Segala jenis bawang halia lengkuas cili semua habis . So,mak sudah ke pasar .
Aku kelaparan di rumah . Tekak meronta ronta nak makan mee goreng mamak even mee goreng mamak pon aku tak pernah rasa . Kedai mamak kat area rumah aku dari awal buka sampai kedai dah tutup dah pindah aku tak pernah pegi . Itu yang rasa menyesal tu . Jadi aku guna kan kuasa aku iaitu jari aku untuk google resepi . Malangnya saffi memang tak sedar diri. Bukan ke aku dah kata rumah aku barang basah dah habis? Apa ke bengap confirm confirm barang tak cukup. Jadi aku batalkan niat aku dan membuat resepi hentam keromo aku tapi tetap sedap . Ye,memang harus puji diri sendiri sebab aku tahu takda sapa nak puji aku dah.
Ooh haah,yang atas tu cuma mukadimah mari lerr tengok resepi senang aku ini.
Mee maggi goreng
Bahan-bahan
-maggi 1 packet
-bawang putih & merah (cincang)
-1 sudu cili kisar
-sos cili & sos tiram (+sos tomato)
-sedikit kicap
-separuh perencah maggi
-carrot/sawi/taugeh (suka hati la)
-haiwan sikit (ayam/sotong/udang)
Cara cara
*first tumis lah dulu bawang tu lepas tu tumis cili kisar . Agak Agak sampai cili tadi masak lahh pastu campur lah sos cili+tiram=bagi cukup 1 sudu.  Maknanya 1/2 sudu sos cili 1/2 sos tiram.  Kalau ada sos tomato ha tambah sikit sos tamota tapi aku punya sos baru nak buka botol.  Ketat gilaa so aku tak letak . Kang benda aku tumis tu hangus pon belum tentu settle lagi dengan botol sos tu. Tambah separuh perencah maggi dan sedikit kicap dan kacau.  Tambah 1/4 cawan air.
*tambah lah sayur dan binatang binatang yang kau nak lepas tu kacau kejap dan biar didih. Masukkan la maggi kau.  Kacau kacau pastu hidang la. 
Aku tambah telur mata pecah pastu perah limau sikit perghh terangkat beb. Tapi aku tak letak pon limau tu sebab rumah aku dah habis. Nak kutip kat pokok kat luar malas ya Rabbi. 
Oh maggi aku, aku letak ayam. Ayam tu abah dapat nasi tomato semalam kat masjid tapi takda sapa makan, so aku cincang ayam tu aku masuk kan sekali dalam maggi aku.  Jimat.
Nah apa lagi alasan kau nak bagi? Aku yang 15 y/o pon masak sendiri takkan hampa yang 20+ keatas mak yang tolong masak bagi hampa makan.  Haihhhh wat malu kat orang aihhh. 
Byeeeeeeee. Makan dengan bangganya awak pandai masak.
Assalamualaikum. 
Have a nice day!

Tuesday, 8 November 2016

Photos

Aku tau hampa kusut bila gmbaq hampa tetiba ja hilang macam chipsmore opss chips more terlalu famous .madam biskut Marie.  Sat Ada pasty nanti tetiba hilang.

Dan waktu tu hampa meroyan macam kucing hilang anak menangis sampai keluaq ayaq hingus pa semua punya sedih gambaq hilang . Tak habis dengan tu,nanti hampa meratap dan mempersoalkan kenapa mesti hilang . Sambil spam kawan kawan hampa macam mana nak dapat balik gambaq tu,tapi sayang waktu tu hanya tinggal penyesalan.benda yang lepas jangan dikenang-gituww kata kawan kawan yang malas nak layan hampa . Ataupun sabar lah-ayat tak nak kesah pon pasal hang.

Okay before terjadinya tragedi/drama/episod/babak penyesalan yang ikhlas terbit dari sanubari hampa tu (ceh gambaq hilang buat sedih,mak ayah larang dok buat tak rasa sedih pulak) jadi mari lah membuat pilihan yang bijak dengan save back up . Ya,jadi lah pengguna telefon pintar yang bijak. Jangan tunjuk sangat بودوھ hampa tu so yaa .

Okay first of course hampa kena ada photos boleh check ya,kadang kadang apps ni automatic mmg ada bila hampa beli fon cuma hampa terlalu rabun untuk menyedari kehadirannya sbb?sbb hampa memang rugi tak guna apps yang bagus tu . Dasar buta tuli mentang mentang hampa rasa benda tu tak berguna,lansung taknak try buka kan .

So hampa kena login guna email hampa tak kesah la gmail ka hot mail ka yahoo ka rocketmail ka n watsoeve . Okay dah log in p la peqoset kat setting tu nak back up gambaq apa ja . Lps tu nanti dia back up semua dont worry . Buat macam hampa lepas baca bismillah pastu makan tanpa bersalah dan akan datang hampa menyesal hampa gemuk ha padan muka .

So dah back up,ikut hampa la nak delete or ignore semua gambar yg dah back up . But for me,aku delete ja . Buat berat fon aku . Penuh kan memory aku ja. Semak . Semak macam mana aku nak fikirkan untuk kuruskan badan aku ini herghhhh . So jimat space kan?

So hopefully lepas ni takdak babak arau bibit  penyesalan yang keluar dari mulut hampa . N hopefully this is helpful. Boleh refer pic yg aku dah up kalau hampa masih bingung dan galau macam mana simbol apps tu .

Aku memang tak explain secara detail sebab emmmm as you can see batery aku tinggal berapa . Hampa boleh google untuk tahu dgn lebih dalam spt hampa mengenali pasangan hampa yang kononnya 'till jannah' tu.  Ohh btw banyak pulak muka budak laki dalam photos aku kes depa dok spam gambar dalam group whatsapp .

Bye phone aku nak mati dah sebab batery habis.... Habis lah akuuu .

Assalamualaikum.
Have a nice day!

Monday, 31 October 2016

Al fatihah untuk cik siah

Nothing to talk about . But just to let you know,cik siah dah meninggal pagi tadi . Insyallah jenazah cik siah akan sampai ke rumah pukul 11 kejap lagi . Dan insyallah lepas zohor nak dikebumikan.

Sangat terasa pemergian cik siah . Ingat lagi tahun ini aku pegi open house rumah dia,dia happy sangat . But now,dah takde dah .

Please sedekah kan al fatihah untuk cik siah .

Semoga dipermudahkan urusan pengebumian .permudahkan segala urusan mereka . Amin .

Tolong doakan cik siah

Cik siah ialah jiran aku sejak aku kecil . N aku tak ingat tahun bila dia start menghidap cancer payudara . Ya,dia bernasib baik sbb dapat kesan dari awal .

Dah bertahun dia buat kimo,tahun lepas atau tahun ini (im not so sure) dia sakit balik . Tulang belakang dia reput . Then doktor sahkan dia ada kanser apa aku tak ingat but d second cancer la .

Semalam,mak dapat tahu yang ada orang sakit . Mira bagitahu cik siah sakit . Semalam,mak nak pergi melawat cik siah . Tapi,cik siah tak balik dari hospital lagi .

Mak ajak abah pergi melawat ke hospital petang tadi,abah cuti . So abah on je . Doktor cakap keadaan cik siah dah teruk (if you know what i mean) . Najib (anak kedua ciksiah) menangis . Cik shahrin pon menangis . Allahu,berat dugaan mereka .

Aku speechless . But aku harapkan semua boleh tolong doakan untuk kesihatan cik siah . Kalau hampa nak kena baca yassin,or hampa nak baca yasin tolong niatkan untuk cik siah sekali .

Aku sedih.allahu cuba bayang kita di tempat mereka.anak cik siah yang paling kecik perempuan,umur 12 tahun . Dia kecik lagi . Dari kecik dia tengok mak dia sakit. Aku simpati dengan mereka . Cancer tu perit .

Ya allah . Please doa untuk cik siah . Anak dia yang kecik tinggal dengan cik siah . Si abang yang sulung belajar di unikl lumut. Si abang kedua (najib) belajar lagi kat as. Cik shahrin keje . Jadi ira tinggal berdua dengan cik siah .

Aku harap takde apa berlaku . Doa semoga semua ni sekejap je . Nanti cik siah akan sihat semula spt sediakala .


Saturday, 1 October 2016

Puding karamel tanpa telur

Hampa suka tak puding karamel?ceq suka tapi ceq tak suka yang versi ada telur tu sbb even dah letak esen vanilla still rasa telur . Baik makan telur goreng boh kicap boh cili ha tu sedap lah .
Sebab kan aku tak suka,so kita buat sendiri je senang . Bahan bahan pon tak banyak . jimat pon jimat .
Bahan bahan untuk karamel
Ada 2 version and suka hati lah nak guna yang mana . But kalau korang guna loyang yang aluminium tu (ala yg bakar kek tu) baik korang guna version takda air sebab senang . Kalau korang nak letak dalam bekas satu satu baik korang letak air . So jom check it out .
1st version
2 sudu gula
letak loyang atas dapur dan letak gula . Lepas tu masak sampai gula cair dan keperangan . Jangan risau tak rosak pon loyang tu .
2nd version
4 sudu gula
2 sudu air
Masak gula atas periuk (jangan guna pula bekas bekas hampa tu kang lebuq baru tau) sampai cair dan warna keperangan lepas tu tuang air . Takpa dia memang akan berketul sikit tapi jangan risau . Kacau sentiasa . Nanti dia jadi balik macam biasa .
Bahan puding
-1 packet serbuk agar agar bunga raya original
-5 sudu besar gula (ikut kemanisan yang disukai)
-sedikit esen vanilla
-1 liter air
-1 tin susu cair
-2sb tepung kastard .
Langkah langkah
*Panas kan air
*Tambah serbuk agar agar dan sentiasa kacau sehingga serbuk agar agar larut
*tambah gula dan kacau sampai larut
*masukkan susu cair dan sedikit esen vanilla
*tambah tepung kastard dan kacau sentiasa supaya tepung tidak berketul
*tutup api dan tuang dalam loyang
------------------------------------
Tepung kastard tu optional . Kalau tak letak lagi sedap . Plus aku memang tak reti letak tepung sbb nanti mesti berketul .
Puding ini kena letak dalam peti ais dulu makan sejuk sejuk . Heaven betul .
Makan dengan bangganya awak pandai masak .
Assalamualaikum .
Have a nice day !

Tuesday, 27 September 2016

Wedges ala ala kepci

Perghhh tajukk .
Ini resepi wedges ala ala kfc tapi kfc lagi sedap lahhh . Mana boleh lawan . Wedges ini kalau aku buat sekilo pon boleh habis (kalau 7/7 ada kat rumah) . Tu punya aku nak cakap sedap kan?
Okay jom kita buat sendiri jimat takyah gi kfc dah . Siap ada sos cheese lagi .
Okay first kupas 1kg kentang . Panas kan air seperiuk dan masukkan garam secukupnya dan 2 kiub pati ayam knorr/maggi. Masukkan kentang sampai 1/2 masak .
Lepas tu tos dan tunggu sejuk . Dah sejuk potong macam kfc memanjang.
Bahan salut .
*Tepung bestari secukupnya (atau tepung gandum+serbuk kari+serbuk cili+lada putih+garam)
*2 sb tepung bestari campur dengan 4sb air dan pecah sebiji telur=kacau
Goreng macam biasa .
Panaskan minyak.
Salut kentang dalam bancuhan tepung dan telur .
Salut dengan tepung bestari .
Goreng sampai warna keemasan .
Angkat tos.
Siap!
Sos cheese ialah sos paling senang . First kena ada serbuk cheese . "Kat mana nak beli serbuk cheese?" Pergi ke bakery terdekat atau beli online . Ramai gila orang jual kat online .
Bancuh dengan air panas je ikuy kepekatan yg disukai . Siap!
Makan weh,nikmat.
Makan dengan bangganya awak pandai masak .
Assalamualaikum.
Have a nice day !

Thursday, 8 September 2016

Roti sarang lebah di hatikuuuu

Pergh tajuk ngade betul hahahahha . Ini 2 minggu lepas . Lepas habis trial geo & sj (sekolah aku pelik sikit sebab tu geo dgn sj pon ada trial) esok tu terus buat roti .
Bm dah lama tersimpan . Simpan sejak dari bulan puasa dan lansung tak guna . Nanti apa kata encikboss kalau aku tak guna . Sia sia je kan? So mari manfaatkan .
For this entry,aku takde resepi sebab aku tak ingat resepi . But dont worry . Just google and type 'ROTI SARANG LEBAH AZLINA INA'  
Roti ni fav family aku lah sebab sedapppp sangat . Dulu aku asyik beli rm5 sebekas and now aku tak beli . Bukan sebab dah ada bm , tapi sebab aku dah pokai . Plus bahan bahan nak meroti ni memang ada semua kat rumah .
So that is not a big prob lahhh .
Roti agak huduuhhh tapi jangan risau rasa tiptop . Tersalah guna loyang yang besar sebab nak sekali bakar je . Acah senang kerja padahal rupa lah pulak burukkk .
Hahahhahahahh

Wednesday, 7 September 2016

Kek marble simple sedap

Okay just straight to the point la since im so sleepy rn . Nanti aku lupa resepi ni so better letak kat blog siap siap

Kek marble Azlina Ina

So bahan bahan:-

Marjerin/butter 1 cawan + 1/2 cawan -> mix sampai kembang .

Tambahkan 2 biji telur + 1 sk esen vanilla + 1/4 cawan susu pekat

Then ayak 1 1/4 cawan tepung gandum + 1 sk baking powder dan putar sampai gebu 

Bahagikan kepada 3 .

1- letak milo or serbuk koko
2-campur pewarna yg disukai dan perasa contoh warna pink dan perasa strawberri
4-plain (takyah campur apa apa)

Letak selang seli didalam loyang yg dah digeris dan dipanas dalam oven suhu 170c 30minit or ikut oven masing masing.

Cara nak makesure kek dah masak cucuk lidi secara menyerong . Kalau lidi tu bersih cun dah masak laaatu .

Tunggu sejuk baru potong .

Tapi kalau kau ikut perangai si budak degil cam aku ni panas panas aku dah makan waktu tu hujan pulak layan betul . Sedar sedar dah banyak aku makan hahahhahhahah .

Friday, 2 September 2016

Milk green tea

Why i just know about sedapnya air green tea? Omaigadddd . B4 this ada try beli air big cup but for me tak ada lah sedap mana pon .

Waktu pergi ke rantau panjang,ada kedai yg jual serbuk green tea rm10 ja . Waktu tu aku fikir aku tak minum green tea so better takyah beli nanti membazir .

Bila abah sekali lagi singgah di bukit bunga untuk beli apa apa yg boleh dijadikan souvenir , aku tengok ada lagi . Terus aku try beli even mahal sikit dari rantau panjang . Rm15 (ha padan muka) .

Bila buat sendiri aku lebihkan creamer bcs i love it . Perghhhh sedap tho siap aku boleh buat aiskrim lagi .

So lets try

Rendam 4 sudu besar serbuk green tea dalam air yg mendidih (betul betul panas) .

Letak 4 sudu creamer dan 2 sudu besar susu pekat letak air panas sikit (dalam cawan lain). Kacau . Letak air teh yg dah direndam dan ditapis dan kacau . Lepas tu minum dengan bangganya awak pandai buat air .

Okey?

Assalamualaikum .
Have a nice day !

Thursday, 1 September 2016

Resepi puding roti pelangi

Assalamualaikum .
Happy friday .

Today im gonna give you simple recipe how to make PUDING ROTI PELANGI .

Buat puding roti ni pun sebab ada orang order,so why not share resepi kan?

Resepi ni sumpah sedap gila and aku adjust ikut tekak aku . So manis tu nanti boleh adjust okay?

BAHAN BAHAN

*4 keping roti
*2 biji telur
*1 tin susu cair
*1/2 tin susu pekat
*1/2 cawan gula (aku guna 2 sudu besar je)
*secubit garam
*1 tbsp esen vanila
*1/2 cawan air
3 cawan air
1 packet serbuk agar agar 10gm
Sedikit pewarna
Serbuk koko atau milo

Cara cara

Masak 3 cawan air sehingga mendidih . Masukkan serbuk agar agar dan sentiasa kacau lepas dah bubuh serbuk agar agar .

Waktu tunggu air mendidih tu pergi Blend semua yg bertanda (*) sehingga sebati . Dan campurkan ke dalam air yg telah dicampur serbuk agar agar .

Kacau dan biar hingga mendidih dan adunan pekat *kacau sesekali*

Selepas itu boleh lah bahagikan adunan dan campurkan pewarna yg disukai . (Cnth: 1 warna plain,1 warna pink,dan 1 lagi campurkan sedikit serbuk koko atau milo)

Dan layerkan kedalam loyang . Make sure cepat tau sebab masa ni agar agar cepat keras .

Done!! Siap . Makan dengan bangganya awak pandai masak .

Assalamualaikum .
Have a nice day !

Tuesday, 30 August 2016

Craving

Sometimes,i'll craving for some foods . Mak buyung pon kadang kadang mengidam macam macam . Anak anak kecik also feel the same like us . Sometimes we will craving for something or some foods or etc .

Is it a big mistake , a big sins to craving for something?

Is it our false?

"Benda tu boleh je kan ignore . Ignore je lah" then that is up to us .

Okay now ambil contoh paling Dekat . Semua orang pernah jadi kids right? Woow . Sometimes we will craving for something . Ada yg dapat ada yg tak .

Kalau ada budak kata "mak teringin nak makan roti canai" adakah dia buat salah yg besar? Lepas tu kau nak tampar la kalau dia teringin nak makan . Pang ! Ha terus tak craving . Gitu? Tu cara penyelesaian ke?

Kadang semua org even tok nenek kita pon akan teringin nak makan sesuatu . Benda tu lumrah . Tak perlu dihina tak perlu dikeji . Benda tu datang tanpa kita minta .
Kalau rasa benda tu berat nak tunaikan contoh dia nak makan buah tin (buah tin susah nak cari di m'sia) . So why not kita explain dengan baik . Tak yah marah marah .

"Maaf kakak/adik/abang/pak cik/ mak cik/ tok/ nenek/mak jah / joyah / mak long/ pak leman/ pak sudin susah nak cari benda tu . Nanti kita cari ye?ada rezeki ada lah" .

That is better kot .

Orang pon insyallah faham .

Choose the good way to explain and dont be mad to them . Everyone have heart . If you think you are fine,maybe they are broken . They are hurt by your words . Dont let someone down just because of ur words . Mind ur words .

Lidah lagi tajam dari pisau .
Kau dah terlepas cakap,u never can TARIK BALIK APA YANG U CAKAP .

Kata kata ialah doa . Dan kata kata melantun . So better talk a possitive thing.

Dah besar tak akan benda simple nak ajar?

Kita yang besar tak tunjuk contoh kat budak kecik,then what u expect from them ? We need to show a good attitude to the kids .

Explain lebih lebih kang ada yang sentap . Ada yang kata aku acah pandai pulak .

That is not to late to change . Kalau kita nak berjaya,kita berubah dari sekarang .

Assalamualaikum.
Have a nice day !

Monday, 29 August 2016

Maggi thai

Lepas baca status di fb 3 bulan lepas pasal kerabu maggi,aku terus craving . Bila dapat tahu kakak dapat umk im always said "nak beli maggi thai" . Series . Ohh lagi satu aku asyik sebut wakaf che yeh .

Lepas selesai register dan segala urusan mengenai kakak,kita org bertolak ke wakaf che yeh . Ha padan muka sapa suruh tak google . Rupanya,wakaf che yeh beroperasi waktu malam hahhahahah .

Then terus bawa diri ke rantau panjang . Tak beli apa sangat since kat sana hujan lebat yakmat . Sumpah lebat sampai shop lot tu pun naik air .

Yang penting apa yg dihajati tercapai . Dapat juga beli maggi thai . Rm3.5 for 5 pack . Terus grab 10 pack .

Lepas ni senang nak buat kerabu maggi . Ohh ini untuk percubaan je . Kalau rasa sedap nanti kakak boleh jadi tukang beli .

Assalamualaikum.
Have a nice day !

Monday, 22 August 2016

Farhaan rahmat

Last week, ada program motivasi di sekolah . And the best part is cikgu invite FARHAAN RAHMAT .

Omg !!!!! Who doesn't know him??? Okay kalau tak tau gi google .

Aku punya excited sampai aku berlari dari kelas aku sampai dewan . Weh,dewan dengan kelas aku jauh kot . Aku lari and dapat depan sekali (even ada orang potong tempat aku)

Weh tengok dari tepi dia hensem sebab muka macam shah jazzle . But that is not the main point .

Cara penyampaian dia memang okay la . Superb gila ahh . Bcs 98% bagi tumpuan waktu dia tengah cakap . Sebab? Sebab dia lawak la . Tak kering gusi . He is so humble . He inspired me a lot . Srsly .

abang an pandai buat suara kartun tau . cita cita nak jadi dj radio arau pembaca berita tapi ehh terjadi pakar motivasi pulak .

Srs harap sangat kalau pi ajm terserempak abang . Kkkkkk tu ja nak pok pek . Sebab benda ni dah basi + expired 


Assalamualaikum .

Have a nice day !


Sunday, 21 August 2016

TRIAL PT3

Assalamualaikum..

First of all,please forgive everything i've done . Please forgive me.

Next week I'll start trial pt3 . I cant laah . Cepatnya masa berlalu . So please pray for us . What I need is your dua . Please dua for all of us (pt3 candidates) .

So to all pt3 candidates , wishing you all the best . Do the best okay?

Idk i think waktu entry ni publish mesti otak aku tengah serabut jawab exam . Herghhhhh

Friday, 19 August 2016

Roti jala

Hari ni rajin betul nak update apa yang aku masak hahahahha .
Semalam mak request nak makan roti jala . So why not?
Bater roti jala
3 cawan tepung gandum
2 cawan setengah air
3 sudu besar minyak atau marjerin
Sebijik telur
Secubit garam
Pewarna or serbuk kunyit
Blend semua yang kat atas . Blend lama lama supaya tak berketul . Kalau berketul susah kau nak menjala jah oi .
Okay then lepas blend tapis dan baru masukkan dalam botol roti jala.
Panaskan non stick pan or kuali biasa but sapa yg guna kuali biasa oleskan dengan sedikit minyak .
Boleh start jala . Harap harap ada lah ikan tersangkut hagahahah .
Lepas tu tak payah terbalik terbalik bagai . Agak agak dah masak angkat then gulung je .
Buat sampai habis bater .
Kalau taknak buat semua i mean taknak habiskan bater,simpan bater dalam peti ais okay?
Makan roti jala cicah kari ayam yang ada kentang sekali . Perghhhhh terangkat babe!
Makan dengan bangganya awak pandai masak~enjoy!

Roti goreng sardin (sardin roll)

Today im gonna share with u what i cooked . Since mak beli sebuku besar roti and abah terbeli sebuku besar roti jadi mari manfaatkan roti .
Since tin sardin ada je yang masih tak buka padahal dah lama beli . And tak expired lagi so mari manfaatkan apa yang ada kat rumah .
What u need to do is prepare the ingredient first (ayat lebih kurang waktu oral bi hari tu . Practice make perfect)
Masak sardin dulu.macam mana nak masak?
Tumis satu biji bawang besar sampai layu,masukkan 1 sudu kecil cili boh,agak agak cili tu dah masak masukkan separuh kuah sardin,biar mendidih masukkan ikan ikan sardin . Adjust seasoning . Agak nak pedas lagi ketuk 2,3 biji cili padi . Kalau nak kering biar jap atas api,kalau nak basah tambah kan lagi kuah sardin . Its up to you~
Okay next
Roti gardenia sebanyak mana yang kau nak
Bancuhan tepung (untuk gam roti)
Sardin
Telur dan tepung (untuk salut roti masa goreng)
First kau gelekkan dulu roti kau guna penggelek (taktau nama apa benda tu) ataupun leperkan roti kau senipis nipisnya .
Second,belah dua roti . Masukkan sardin dan letak bancuhan tepung disekeliling hujung roti .
Pecahkan sebiji telur dan tambah dua sudu tepung gandum (aku masukkan balik bancuhan tepung yg untuk gam tu,ha kan dah tak membazir)
Third,panas kan kuali masukkan roti yg telah disalut dengan bancuhan telur dan tepung . Masak agak agak warna jadi brown .
Lastly angkat dan makan sambil cicah sos cili thai perghhh . Makan sambil bangga awak pandai masak okay? Thats all

Saturday, 25 June 2016

Assalamualaikum

idek why we need to be others ppl.
its fine if we just love others personalities.
but jangan obses

sometimes,
kita terlalu obses dengan sesuatu,
sampai lupa bersyukur kepada allah yang maha esa

stop being like others.
just be urself.
and proud to be urself.

jangan jadi munafik .
pura pura jadi orang lain.

i feel like i cant be ur friend anymore.
im sorry .


Thursday, 16 June 2016

REVIEW:samyang hot chicken ramen (spicy ramen)

Assalamualaikum.

dah rasa ka spicy ramen?
banyak challenge kat youtube.
aku pon tergoda dengan ramen ini


(gambar google)

for me:okay la . not bad,tapi kalau kena pilih antara ramen ni dengan maggi kari aku pilih maggi.sebab maggi ni entah la. 

bagi aku ramen ini memang pedas,tapi takda la pedas sangat . so so ja. 


aku minum susu ni . abah dapat free dari thailand. punya spare siap siap takut pedas . tapi sumpah susu ni dia potong rasa pedas . bila minum susu ini , awal awal pedas skit mulut tu tapi sekejap je. lepas tu tak pedas dah .

so . i think tahap kepedasan dia 7.5/10 
rasa sedap 5/10 

actually nak bawa balik rumah opah sebab janji dengan saffa n daniel nak buat challenge sama sama,tapi lambat sangat so aku rasmi dulu.


Tuesday, 14 June 2016

school update #2


assalamualaikum

awal tahun sedikit stress dengan semua benda. 
but now alhamdulillah , hampir settle semua yg menyebabkan kecelaruan .
syukur Alhamdulillah dengan izin allah .

now nak focus kat sejarah next week . tajuk BANGUNAN BERSEJARAH.
doakan yang terbaik untuk pt3 aku .
aku tengah speed study ni . 
gear 1 aku pecut .
punya aku nak study.

so ya thats all.
doakan kejayaan aku.
sebut yang baik baik sebab itu semua doa. 





Saturday, 4 June 2016

Ramadhan Al-mubarak

Diharapkan kita semua dapat bertemu ramadhan yang akan datang,lagi 2hari .

Ya Allah,sesungguhnya ini bulan barakkah . Bulan penuh rahmat dan berkat . Syaitan diikat .

Semua orang Islam mesti nak lailatulqadar . Banyakkan beribadat .

Diharapkan dibulan barakkah ini kita dapat mengurangkan percakapan dan perbanyakkan istighfar .

Sapa ja tak suka bulan ramadhan. Macam macam kuih ada dijual . Semua akan happy bila berbuka puasa . Then jalan kaki ke masjid .damn. i miss that moment .

So nak minta maaf untuk selama aku hidup ini,selama aku mengenali hampa  aku cakap buat hampa teqasa ka,sakit hati,jeles,kecewa,sedih, or etc . Please forgive me . Aku tau aku banyak dosa,maafkan aku?

Wednesday, 18 May 2016

resepi cekodok

dah tak payah gelak , takde sapa buat lawak. iye resepi cekodok je sebab cekodok je aku pandai buat . okay argh tu lambat lagi aku nak besar sempat lagi aku belajar. so yaaaa step by step lagi uolls menyampah aku cekodok je pun.

bahan bahan

1 biji kentang (dadu)
1 labu bawang besar (dadu)
ikan bilis segenggam (suka hati la,kalau rasa suka letak,kalau tak suka takpayah)
tepung (suka hati banyak mana)
air (depends kepada tepung yang kita letak)
1/4 sudu kecil baking powder
telur sibijik (nak letak boleh,taknak pun takpa)


ha campak semua kentang and bawang

bubuh tepung+baking powder+ikan bilis

telur sebijik +garam secubit

kacau mesra lepas tu tambah sedikit demi sedikit air (ikut la na cekodok texture macam mana)

goreng 


ha makan dengan sos.kalau nak lagi terangkat makan dengan sambal ikan bilis,tapi sebab aku tak pandai masak sambal jadi aku just makan dengan sos .


Monday, 4 April 2016

resepi kek batik simple

Hm hampa suka kek batik tak?

aku suka sebab sedap,lagi lagi kalau biskut dia still rangup omaigaddddd menceceh air liur kita wak .

tapi berapa tahun aku tak buat kek batik sebab last time aku buat,kek tu sumpah keras dan aku hempuk pon tetap sama.sangat sangat keras.but then,i found a new recipe yang superb senang

p/s:tujuan pos resepi ni nak bagi kawan kawan yang asyik suruh aku buat buat sendiri,sebab saya pemalas wakkkk

_________________________________________________________________________________




bahan bahan

1 paket biskut marie
 (aku tak suka sangat biskut jenama ni sebab dia cepat kembang and lembik)
2 cawan Milo/Cocoa Powder
(aku buat 1 cawan milo,3/4  cawan cocoa powder sebab cocoa powder aku pahit aku kurangkan)
1 ketul butter (250g)
Setengah tin susu pekat
1 biji telur
1 sk esen vanilla (optional)



Cara cara

cairkan butter dengan api yang kecil
bila butter cair,masukkan telur dan cepat cepat masukkan susu pekat,
lepas itu masukkan milo or cocoa powder 
kacau sebati,dan tenggekkan di atas api sekejap
patah patahkan miskut marie and masukkan ke dalam adunan tadi.kacau rata dan menyuluruh

ambil loyang,lapikkan plastik (mudahkan proses nak bawa keluar)
tuang semua bahan tadi ke dalam loyang dan tekan tekan adunan untuk padatkan
simpan dalam peti ais at least 2 hours

pastu makan.

____________________________________________________________________________

senangkan?buat lah lepas tu bagi aku pula hahahahahahahahah.k jk jk. 



simple ja,buat sendiri lebih jimat.adik aku suka kek batik aku,Im happy okehhhhhh
luqman makan pon tak complain meaning that sedap latuuuu.kalau tak sedap mulut tu asyik complain ja.


agagaggagagagaggagag


so enjoy lah buat n n n n makan dengan bangganya yang awak pandai masak.
ueuueueueueuueueuueue











Saturday, 27 February 2016

lari kampungggg

ha semoga mimpu buruk ye XD

last few days,ada merentas desa di sekolah dan hari kantin

this year aku tak join hari kantin sebab hari kantin sumpah sangat memenatkan.so saya pencen ye awakkkkk tahun depan saya join balik

aku rasa takda la teruk sangat pon merentas desa ni (tapi awat aku poyo cakap aku takmau lari?whats going onnnnnn)

aku habiskan trek ehh. ha tepuk kuat kuat sikit aku nak dengar. 
aku dapat number 45 untuk kelas 2p . saya sangat berbangga sebab waktu form1 aku lari sekerat and then  balik naik kereta.last year tak lari lansung duduk lepak jaga gerai. 

ha okay,thats all.

aku nak lena dah bye bye 

P/s;test henset mahai sahira tuu (big eye 100% on,slim face 100%,ploless face 100%) im crazy

Thursday, 14 January 2016

School update

Assalamualaikum


aku rasa bosan gila sesi pagi.
sesi petang pon bosan
hmmmmmmmmmmmmmmm

bila sampai rumah

1.45:sampai rumah.solat.
2.00:sembang dengan mak atau luqman 
3.00:aku dah start tidurrrrrrr

hahahahhahahahahah so lifeless.bila malam baru mengadap homework sampai 2-3 pagi.

cikgu kata "kamu semuakan candidates pt3,kena lah usaha sikit." 
aku tengah hadam ayat cikgu wehhh.
hampir setiap subject ada homework even seni dan sivik pon.
aku tetap tak berseni jugak.tetap takda sivik jugak

ketua kelas aku tahun ini zahir.my friend since sekolah rendah.tahun ini aku balas dendam,tahun lepas geng dia yang calonkan aku.kali ini aku calonkan dia.

tolong aku boleh?

"SEMOGA NUR NABILAH SAFFI BINTI ROSLI MENDAPAT RESULT YANG CEMERLANG UNTUK PT3 2016"

amin

p/s:gambar last year k




Monday, 4 January 2016

RESEPI KEK COKLAT SENANG KEBABOMMMM

aku minat baking since mak beli oven baru.ah la mak beli mahal tapi terperuk dalam kotak.so that,dari situ aku mula belajar buat biskut raya,roti,kek.

Sebelum ini,aku belajar buat kek coklat 3 kali,tapi ketiga tiganya aku gagal,bantat la,kek macam puding (lembik :P),kerass macam biskut kering hahahaha.

lepas tu aku start tanya kawan aku macam mana buat kek coklat dia pon ajar la semua.balik rumah google kek coklat kukus sebab at first aku tak yakin guna oven takut terhangus.

kek coklat sedap tapi aku rasa tak berbaloi beli kat kedai sebab kat rumah aku pon aa bahan-bahan dia,cuma rajin atau tak je.



Bahan Bintang *nama kasi sedap sikit*

1 1/2 cawan tepung gandum (satu cawan + setengah cawan)
1 cawan serbuk koko (aku beli terus dari bakery tak tahu la pulak jenama apa)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan Bulan perindu

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak 
1 cawan gula 

Bahan Pluto 

3 biji telur ayam basuh sampai ayam menetas
1 sudu esen vanila

Korang mix kan bahan bintang and then ayak,letak tepi

Bahan bulan perindu campurkan dalam satu bekas atau periuk dan masa dengan api yang kecil.make sure sentiasa kacau.kacau sampai sebati.*goyang goyang goyang kepala goyang* jangan over kacau pulak ehh,agak agak dah sebati tutup api n biar dia cool dulu.

blendkan bahan pluto sampai berbuih atau pun kalau kau pemalas tahap dewa kau kacau dengan garpu je.

okey kau ambik bahan bulan perindu (cecair) campur dengan bahan bintang (tepung) sehingga sebati. ni aku garang ni,sebati,jangan nak over over mix kan dia.kau nak pakai mixer ke,pakai tangan ke terpulang lah.lepastu baru mix kan dengan bahan pluto (telur vanila)

ohya,make sure kau dah sediakan bekas untuk menguksus ye,api biar panas.make sure kau panaskan dulu tray kau tu . dan pengukus betul betul panas. oles dengan minyak ke,pelanta ke nthen lapik dengan kertas (aku tak ingat apa nama kertas tu) kalau takde tak payah pon takpe.lepastu tutup lapisan tray kau tu dengan aliumminiumfoil atau pon plasti kau ikat reben je maknon oiii.lepastu kau tutup penutup guna kain .kalau tak paham jugak tekan link dekat bawah

tuang adunan kau perlahan lahan dan kukus selama 1 jam,so that spanjang tempoh 1 jam tu tak payah gedik nak buka tengok.aku tahu la,korang mesti tazzzabar kan?tapi bawa besabar lah.

sementara tunggu tu kalau rajin gi buat topping.takkan nak makan kek coklat ceroii kot?ceroi bahasa kedah,kalau nak tahu maksud gi buka kamus.

Bahan untuk topping 

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu minyak

Mix kan bahan bahan ni dan masak sekejap diatas kuali.kacau kacau kacau sampai dia sebati dan makin likat . siappp 

ha lepastu bila kek dah masak,jangan terus curah topping tu,tunggu kek cool down dulu.lepastu curah la sebanyak yang mungkin sambil berfantasi sendiri.lepas tu up to you la nak simpan dalm fridge atau terus makan.kalau aku,aku potong bagi mak test rasa.bila dah ada green light semua orang makan seperti tiada hari seterusnya.

aku tahu ramai yang dah tau resepi ni.biar la,kasi chance aku nak berhuhu dengan blog ini.alaaamak.

kawan aku selalu sruh buat kek coklat,aku bukan tak nak buat,cuma aku bust thooooo.so hopefully its helpful. dan tiada alasan lagi bagi mu. kalau pengukus takde,guna periuk ajaib (aku pon taktau buat cenna) atau pun guna periuk.kau diy la dia punya lapik tu guna dawai yang petak petak tu..lepas tu kukus.

oh ya ,minyak tu terpulang lah nak letak minyak apa,minyak masak ke,minyak jagung ke,planta yang dicairkan ke,minyak goreng kunyit kau yang lebih pon takde hal.tekak kau.asalkan jangan letak minyak petrol udah le

okey,aku sebenarnya banyak homework.dah la hari ini tak cukup tidur.tidur 5 jam je,kau bayangkan lah mata kuyup ini.aku harap hampa semua boleh nampak effort aku tulis ini.ini bukan copy paste,aku tulis sejibik sebijik . resepi ni aku dah hafal.aku dapat dari hakak manis ini. 

dah la,aku ngantuk ini,baju tak iron lagi,homework tak siap lagi,so aku nak settlekan kerja aku . byee semuaaa









Anugerah Dekan yang diimpikan