Resepi mee goreng sedapp

This is my first time masak mee goreng, sebelum ni tak pernah masak segala jenis noodle except mee maggi la.  Bihun koey tiew mee mee siput semua tak pernah.
Mee ini aku masak untuk aku dan abah. Niat di hati hanya mahu mencuba, jadi tak ada lah aku masak banyak banyak. Hanya sekadar dapat rasa .
Mee ini aku rujuk blog auntie azie kitchen , boleh la. Aku rasa,rasa dia sedap cuma pedas.abah makan sunyi sepi je maksud nya sedap lah . Mari masakkk mee goreng . Tiada sukatann yang tepat so pandai pandai lah .
Bahan bahan
-mee *dicuci bersih halalan toyyiban
-2 sudu cili kisar
-2ulas bawang putih *dihiris
-3biji bawang merah *dihiris
-pokok pokok sawi/carrot/kobis/taugeh
-binatang *ayam/udang/sotong
-3 sudu sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap
-air
-telur
Cara cara
1.tumis bawang putih dan merah sampai naik bau,masukkan cili kisar (cili yang. Dipotong dan direbus dan diblend) biar sampai cili masak .
2.masukkan sos sos.setiap sos tu letak 3 sudu .masukkan kicap ha tuang suka hati la nak hitam mana pon.
3.campak binatang,saya guna ayam sajooo . Lepas tu kacau kacau sat lepas tu boh air . Biar sampai mereneh .
4.masukkan mee . Kacau kacau sampai mee tu betul betul masak la , lepas tu letak pokok pokok yang digemari . Kacau kacau .

5.buat lubang tengah mee, pecah telur. Biar jap, pastu kacau. Pastu biar lama sikit, pastu kacau. Pastu gaul dengan mee.
6.hidang. Siap!
Makan dengan bangganya awak pandai masak.
Resepi ini bukan untuk mak mak sebab saya yakin mak mak lagi pandai masak dari saya. Saya hanya lah pelajar sekolah yang berumurr 15 tahun tapi dek kerana keterpaksaan perut yang asyik ajak bergaduh , saya terpaksa masak.

Comments

Popular Posts