pilihan elektif sains komputer tingkatan 4

so untuk entry ni ada la content sikit so at least aku takdak la sembang bohong banyak sangat kan?so untuk form4 yang masih blurr untuk pilih elektif dan aliran boleh la baca benda ni (walaupun aku tahu entry ini akan berat sebelah)

for sure budak budak tingkatan 3 (2017) ada yang dah start buat research mengenai aliran yang akan diambil tahun hadapan waktu tingkatan 4.so basically,you need to have your own MATLAMAT. bila dah ada matlamat ofc everything dah di-plan such as you already have your ambition .

benda ini sangat penting Ya Allah trust me,sangat penting untuk tahu kebolehan diri.satu lagi untuk diingatkan,jangan dengar cakap orang dalam hal ini especially 'orang luar' . minta PENDAPAT PARENTS,CIKGU AND KAUNSELOR kalau masih dilema. dan lagi sekali diingatkan minta pendapat,bukan patuh arahan.

bila masuk menengah atas (tingkatan 4&5),ada 5 subjek wajib iaitu Bahasa Melayu,English,Pendidikan Islam,Sejarah dan Matematik . selepas itu,akan dipecahkan kepada dua aliran (ini aliran yang selalu ada yang FAMOUS) .aliran pertama aliran sains,aliran kedua aliran sastera.

aliran sains ialah aliran yang belajar mengenai fizik,kimia,biologi,addmath.subjek sains tidak ada kerana sains telah dipecahkan kepada 3 subjek tersebut

aliran sastera ialah aliran yang dipecahkan banyak bahagian.bab sastera ini aku masih kurang ilmu untuk nak explain pasal dia . tetapi yang aku tahu,subjek dalam kelas sastera banyak mengikut kelas yang diduduki.ada geo,seni,perdangan,perniagaan,SRT,account dan banyak lagi.

sebab itu aku kata hampa kena ada matlamat,ada cita cita,tahu kebolehan diri,minat . semua itu sangat penting supaya tiada penyeselan ditengah jalan (ya i feel it rn) . susah untuk nak bertukar aliran jika sudah dipertengahan jalan.so untuk mengelakkan orang lain macam aku,aku tekan kat sini perlu ada matlamat.

bila cikgu dah tentukan kelas,you still have choice or chance . kalau tak minat,you better change your class . dalam bab ini tolong jangan ikut kawan,sebab for sure ramai kawan kawan yang akan membantah dengan keputusan hang.tapi,its for your future so,buat lah pilihan yang bijak.

untuk adik adik yang memang nak masuk kelas aliran sains,ingin ditekankan bahawa sains dan math di menengah rendah mesti cekang power la. sebab nanti takda la ketinggalan bila cikgu mengajar.so for those yang basic pon masih blurr but still nak kelas sains,its okay,you still have time.hargai setiap minit yang berlalu.

so,itu baru aliran . akan ada elektif di sesetengah kelas. apa itu elektif?subjek elektif ialah subjek pilihan sebab dia akan ada dua dan hampa boleh pilih nak subjek apa.macam kelas aku,ada Sains Komputer dan Grafik Komunikasi Teknikal . selalunya sekolah dah tetapkan dah elektif hang,but still you have choice sama ada nak tukar or just go on . untuk pengetahuan,subjek elektif boleh drop if you want.cakap kat cikgu kelas kalau nak drop.tetapi,cikgu selalunya aku suggest untuk hampa terus hadap subjek subjek itu untuk meluaskan cabang cabang course di universiti or ipta/ipts nanti.

banyak lagi subjek elektif,tetapi aku cuma cakap apa yang aku tahu seperti sains komputer,grafik komunikasi teknikal,sains rumah tangga,akaun.

ye ini lah baru apa yang cuba aku sampaikan,panjang betul mukadimah aku supaya boleh faham.

fyi,start tahun ini kerajaan telah mewujudkan subjek sains komputer dan grafik komunikasi teknikal bagi menggantikan subjek ICT dan LKJ.

basically,sejak dari dahulu lagi,student seram betul dengan subject ict ini.sebab apa eh?katanya sebab susah.sebab ict kena belajaq in english am I right?so what about lkj (i am not so sure lkj belajaq dalam bahasa apa) ?

so bila kerajaan dah tukar kepada sainskom n GKT pon still ramai yang memilih gkt sebab takut sangat dengan sainskom.idk why but sainskom okay apa.rasa cool ja kalau belajaq.cikgu pon okay.


so what is your first expectation abt sainskom?to be honest sainskom is about programming.ramai yang bila dah dengar perkataan sainskom macam takut gila.kenapa wahai kawan kawan?adakah sebab perkataan sains?hello it doesn't matter lah.

And I still remember how my friend said to me bila aku nak tukar elektif (ya at first aku GKT not sainskom) "susah weh,kak aku kata susah.nanti hang takkan paham.bila nak tengah tahun baru hang paham.tu pon atas usaha hang sendiri."

do i care abt that?its all abt my life not yours.

fyi,student sainskom kat sekolah cuma 11 orang.yang lagi malangnya,BUKU TEKS SAINSKOM SAMPAI BULAN MARCH AND HOW KAMI SEMUA BELAJAQ WITHOUT BUKU TEKS????yes kami survived.dan dah la buku teks lambat sampai,lepas itu dibekal kan cuma 10 buah ja????

so struggle okeyhhhh.

dan untuk pengetahuan yang kata susah,awal tahun hari tu punya ujian,9 orang dapat A dan cuma 2 orang dapat B.ha kami belajaq tanpa buku teks okay ja.

apa beza ict dan sainskom?

ict dan sainskom tiada beza.cuma,sainskom kerja kursus dia lagi sikit dari ict dan sainskom susah sikit lagi lagi untuk sapa yang tiada Asas Sains Komputer (subjek ASK). but its okay,aku pon takda ask but still boleh survive.semua atas usaha diri sendiri.jangan dengar cakap kawan because they know nothing.sebab tu la pepatah kata tak kenal maka tak cinta.sainskom ialah fav subject aku.sebab aku enjoy belajaq dengan evironment yang tenang,sejuk ber aircond,selesa.

apa yang aku belajaq pasal sainskom?

oh lupa nak cakap sains kom belajar dalam bahasa melayu not eng anymore. so ada 3 bab ja,



1.pengaturcaraan
2.pangkalan data
3.interaksi manusia dengan komputer

belajaq 3 bab dalam masa setahun .

kalau pasal GKT pulak,dia sama jugak dia macam lkj . lukis lukis,maaf aku tak tahu sangat apa yang GKT belajar cuma yang aku tahu GKT memang melukis.

faham ye adik adik????

so memang kena ada matlamat hidup.perancangan untuk masa hadapan.this is not abt over thinking,but this is abt your future.so for those yang still tak ada cita cita,mesti ada plan masa hadapan.senang sebab at least we know what we want in future.

penat la nak bebel,pray fo me for sainskom paper this wednesday (its actually on monday but i have something else to do on monday so kena tunda ke rabu)

oh actually,google send noti untuk type fully in malay,sebab dia kata kalau write in malay,makin ramai reader yang baru.so aku try dah untuk tulis dalam bahasa,but sorry google.

mak cik penat membebel dah


If you have any question comment down bellow and i'll reply it or for the fast respond dm me on instagram .no need to click the follow button,bcs i dont accept strangers :)  i don't accept dm anymore. Sorry. 

assalamualaikum have a nice day

_________________________

Update 15/12/18

Aku ada dapat beberapa dm dari budak budak lepasan pt3 asking me kelas apa yang patut dorang masuk and share diorang punya result pt3.

Adik adik sekalian,saya ni bukan la siapa siapa untuk saya menentukan kelas awak semua. My advice is,awak semua boleh rujuk ujian psikometrik and compare dengan minat awak.

Kalau awak masih keliru nak minta pendapat or bertanya,ask your teacher or parents. They know you better than me.

Tapi kalau still nak tanya apa apa

Kalau nak tanya apa pa tanya pasal aliran or apa apa,just slide to my dm dekat twitter or ig. Dan PLEASE JANGAN TEKAN FOLLOW BUTTON,sebab saya tak accept strangers. Coz its my private acc


________________________________________

U P D A T E (17/10/18)

Actually,to be very honest,aku dah drop subjek sainskom. Some of you have asked me this and that. I am so sorry,sebab dah tinggal lama aku tak ingat.

The reason why aku drop is sebab cikgu tak ada. Cikgu yang sepatutnya ajar sainskom dah pindah ke sekolah lain. And nasib bertambah malang,sekolah aku tak ada cikgu lain yang berkebolehan ajar subjek sainskom.

Bukan tu ja la,ada la some others reason yang membuatkan aku pilih untuk drop. Which i dont think i should share it,sebab mengaibkan.

So itu sahaja.

I wish you guys all the best for sainskom! Sainskom will always be my fav subject!

And semoga straight A spm. Doakan saya,nabilah saffi mendapat keputusan cemerlang spm 2018. Terima kasih.


_________________________________________

Update 2020,August 5th

I don't mind if you wanna dm me and asking me. But make sure that question is relevant.

I mean,some of you dm me just to ask "kerja apa boleh dapat kalau ambik course ni?"


Are you kidding me kids? Google la. How can i know when im not in these sc comp field. Go and ask the right person.

Lepas tu jangan la tanya,sekolah mana ada sains komputer. Sesungguhnya saya tak kerja dengan ppd untuk saya tahu sekolah mana ada sainskom. You need to ask your teacher or kaunselor. Bcs i dont know. 

Tutup salam.

Comments

  1. Assalam , boleh tak bagi name ig ? sebab nak chat dgn awk lebih lnjut lg pasal aliran sains komp .

    ReplyDelete
  2. can i know you ? Nak tanya pasal ni pleaseeee

    ReplyDelete
  3. can i know you ? Nak tanya pasal ni pleaseeee

    ReplyDelete
  4. Nak tanya saya baru dapat 5A 3b 2c math sy b sn c boleh ke amik LKj or gkt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there. Saya bukan la layak sangat untuk hal ni. But berdasarkan TAHUN SAYA,5a sangat sangat layak. Saya rasa boleh. GoodGluck and all the best.

      Delete
  5. Hi , klau sains dan math D boleh ambil ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi 😊 rasanya boleh tapi agak tough la sebab subjek sains komputer ni datang dengan addmath. So kalau rasa awak boleh bawak,then boleh. Tapi subjek ni serious talk,tak susah tak tak senang. Yang penting minat dan ada usaha.

      Delete
  6. Hi saya form 4 ambil biologi nak tahu biologi susah ke gkt susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,sebabkan saya tak belajar dua dua benda tu saya pon tak tahu. And what can i say is semua subjek susah. Tak ada istilah gkt senang ke bio senang ke. Semua susah.

      Delete
  7. Nak tanya kalau kite amik sainskom ni ape jew pekerjaan kite nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wau. Em saya share ja la apa yang saya tahu. Boleh jadi programmer, engineer it, cikgu,lecturer.

      Delete
  8. nak tanya,saya skrng form 4 belsjar aliran sains tulrn ada sains komputer.tapi saya tiada laptop untuk buat kerja khusus sians komputer,saya fikir saya nak drop subjek ni sbb xde laptop.saya x tahu sama ada nk drip atau teruskan subjek ni,tolong beri pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. drop* slh tulis

      Delete
    2. Hi. When i was doing my kerja kursus (kk), i dont even have laptop. What i did was buat kk dekat sekolah. Yup, agak susah tak ada laptop sendiri,tapi ianya bukan la masalah besar. And if you ask my opinion,i would say it is all up to you. Kalau betul awak minat, them just study. But if you dont like it,then boleh la drop. But if you really love sains komputer but you rasa susah tak ada laptop, and you rasa nak drop. Then you can just drop. Sebab kat universiti nanti pun ada subjek ni. I guess you have your own answer already,but you just want to ask for other opinion. You shouldnt asked me. Bcs i dont know. Ask your friend,parents and kaunselor dulu. Baru you proceed with whatever your decision is. All the best and good luck. Sorry but i i have no answer for your question.

      Delete
  9. Klu spe2 yg amik sainskom ni.. Dikira pandai er? Or terlebih pandai? 😂😂😂tye je tuk kepastian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually i also dont know. Beshe je. Tak ada istilah budak pandai ambik sainskom. Tapi it is an advantage for you when you r going to take sains komputer dekat u nanti,nampak la berpengetahuan sikit nanti. Tu je

      Delete
  10. reply dm jap sis

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. boleh ke ambik sainskomp tapi tkde cg yg boleh ajar sainskomp kt sekolah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan saya:
      1.Kena bincang dengan guru kelas, kaunselor & penolong kanan (wajib)
      2. tanya diri sanggup ke self-study selama 2 tahun. Fikir dalam dalam and consider all the pros and cons.

      Delete
  13. Hi saya nk tanya akk sekolah kat mana and sekolah mne yg ade sains komputer nih sbb dh try cari kat google tak jumpa 😢🙁

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts