resepi sagu gula melaka


emm sedapnya sagu gula melaka especially bila makan waktu panas dan sagu ni sejuk je turun ke anak tekak em terliurnya.

aku kenal puding sagu a.k.a sagu gula melaka ini waktu pergi ke open house rumah kawan aku iaitu hani rahimi (terima kasih mak rahimi!) dan sejak itu lah aku mula jatuh cinta ewahhhhh

tapi aku susah nak makan sagu ni sebab dulu aku tak pandai masak saguu ni,sagu hancur la,sagu lembik la,sagu tak jadi macam sagu . tapi itu lah yang dinamakan proses pembelajaran . makin lama makin okay lah siap aku ada geng pecinta sagu (watdehek?) dalam rumah ini iaitu me,saffa,daniel n kakak .

 luqman tak sangat sebab dia tak suka benda manis n susu cair . i still remember macam mana dia makan cocktail buah buahan yang mak andak aku buat,then he asked mak andak "mak andak letak susu cair ke?" lepas tu terus dia masuk bilik air and muntah balik semua yang dia makan . haish over betul.

aku ada tengok video di instagram datin isma which is founder tia amelia,dia tunjuk tutorial nak buat sagu ni . go follow her ig .

so aku pon dah melalut panjang sangat so here we go

RESEPI SAGU GULA MELAKA

kita start dengan masak sagu 


  • 200 gram sagu 
  • 250 ml air 
  • sedikit pewarna jika suka 
-renehkan air didalam periuk sehingga menggelegak dengan api sederhana
-ambil sagu yang telah dibasuh terlebih dahulu dan masukkan kedalam periuk 
-tuangkan sedikit pewarna 
-kacau perlahan lahan agar sagu tidak hancur 
-kacau sehingga sagu tiada warna putih
-toskan kedalam penapis dan lalukan dibawah air paip agar kanji sagu keluar dan sagu berbiji cantik

gula melaka 
  • seketul gula melaka 
  • satu cawan gula merah
  • 2 gelas air 
  • daun pandan 
masakkan kesemua bahan diatas didalam periuk sehingga larut dan pekat.kemudian alihkan kedalam bekas lain dan tapis.

santan

  • 2 cawan santan cair fresh 
  • sedikit garam 
panaskan sebentar santan dan masukkan secubit gram . tutup api dan siap

atau 

1 tin susu cair

------------------------------------------------------------------------------------------------


kemudian,letak sagu,letak santan@susu cair dan lastly air gula melaka . siap!makan sejuk sejuk . sesuai untuk makan petang . 

sedapnyaaa


Comments

Popular Posts