Mee maggi goreng

Hari ini bangun pukul 6.15pagi punya ngantuk nauzubillah . Memang tak leh bawa bincang lansung ngantuk ini. Macam nak gaduh . Mata aku terbeliakkkk supaya aku tak ada lah ngantuk sangat hergh . Tapi sebenarnya tetap ngantuk
Dah siap siap nak pegi sekolah tudung stokin semua dah pakai aku check group depa tulis depa takmau pi . Tak guna pagi nak pi sekolah baru nak bincang . Patutnya bincang semalam la nak pi sekolah ka tak . Isshhhhhhh geram aku .
Lepas tu aku sangkut la balik tudung tanggal stokin tukar baju . Lps tu luqman dah siap siap nak pegi AS orintasi tak habis lagi kahkahkahkah,abah dah pegi keje,mak siap siap nak gi market sebab barang dapur basah semua habis . Segala jenis bawang halia lengkuas cili semua habis . So,mak sudah ke pasar .
Aku kelaparan di rumah . Tekak meronta ronta nak makan mee goreng mamak even mee goreng mamak pon aku tak pernah rasa . Kedai mamak kat area rumah aku dari awal buka sampai kedai dah tutup dah pindah aku tak pernah pegi . Itu yang rasa menyesal tu . Jadi aku guna kan kuasa aku iaitu jari aku untuk google resepi . Malangnya saffi memang tak sedar diri. Bukan ke aku dah kata rumah aku barang basah dah habis? Apa ke bengap confirm confirm barang tak cukup. Jadi aku batalkan niat aku dan membuat resepi hentam keromo aku tapi tetap sedap . Ye,memang harus puji diri sendiri sebab aku tahu takda sapa nak puji aku dah.
Ooh haah,yang atas tu cuma mukadimah mari lerr tengok resepi senang aku ini.
Mee maggi goreng
Bahan-bahan
-maggi 1 packet
-bawang putih & merah (cincang)
-1 sudu cili kisar
-sos cili & sos tiram (+sos tomato)
-sedikit kicap
-separuh perencah maggi
-carrot/sawi/taugeh (suka hati la)
-haiwan sikit (ayam/sotong/udang)
Cara cara
*first tumis lah dulu bawang tu lepas tu tumis cili kisar . Agak Agak sampai cili tadi masak lahh pastu campur lah sos cili+tiram=bagi cukup 1 sudu.  Maknanya 1/2 sudu sos cili 1/2 sos tiram.  Kalau ada sos tomato ha tambah sikit sos tamota tapi aku punya sos baru nak buka botol.  Ketat gilaa so aku tak letak . Kang benda aku tumis tu hangus pon belum tentu settle lagi dengan botol sos tu. Tambah separuh perencah maggi dan sedikit kicap dan kacau.  Tambah 1/4 cawan air.
*tambah lah sayur dan binatang binatang yang kau nak lepas tu kacau kejap dan biar didih. Masukkan la maggi kau.  Kacau kacau pastu hidang la. 
Aku tambah telur mata pecah pastu perah limau sikit perghh terangkat beb. Tapi aku tak letak pon limau tu sebab rumah aku dah habis. Nak kutip kat pokok kat luar malas ya Rabbi. 
Oh maggi aku, aku letak ayam. Ayam tu abah dapat nasi tomato semalam kat masjid tapi takda sapa makan, so aku cincang ayam tu aku masuk kan sekali dalam maggi aku.  Jimat.
Nah apa lagi alasan kau nak bagi? Aku yang 15 y/o pon masak sendiri takkan hampa yang 20+ keatas mak yang tolong masak bagi hampa makan.  Haihhhh wat malu kat orang aihhh. 
Byeeeeeeee. Makan dengan bangganya awak pandai masak.
Assalamualaikum. 
Have a nice day!

Comments

Popular Posts