Tuesday, 15 November 2016

Resepi mee goreng sedapp

This is my first time masak mee goreng, sebelum ni tak pernah masak segala jenis noodle except mee maggi la.  Bihun koey tiew mee mee siput semua tak pernah.
Mee ini aku masak untuk aku dan abah. Niat di hati hanya mahu mencuba, jadi tak ada lah aku masak banyak banyak. Hanya sekadar dapat rasa .
Mee ini aku rujuk blog auntie azie kitchen , boleh la. Aku rasa,rasa dia sedap cuma pedas.abah makan sunyi sepi je maksud nya sedap lah . Mari masakkk mee goreng . Tiada sukatann yang tepat so pandai pandai lah .
Bahan bahan
-mee *dicuci bersih halalan toyyiban
-2 sudu cili kisar
-2ulas bawang putih *dihiris
-3biji bawang merah *dihiris
-pokok pokok sawi/carrot/kobis/taugeh
-binatang *ayam/udang/sotong
-3 sudu sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap
-air
-telur
Cara cara
1.tumis bawang putih dan merah sampai naik bau,masukkan cili kisar (cili yang. Dipotong dan direbus dan diblend) biar sampai cili masak .
2.masukkan sos sos.setiap sos tu letak 3 sudu .masukkan kicap ha tuang suka hati la nak hitam mana pon.
3.campak binatang,saya guna ayam sajooo . Lepas tu kacau kacau sat lepas tu boh air . Biar sampai mereneh .
4.masukkan mee . Kacau kacau sampai mee tu betul betul masak la , lepas tu letak pokok pokok yang digemari . Kacau kacau .

5.buat lubang tengah mee, pecah telur. Biar jap, pastu kacau. Pastu biar lama sikit, pastu kacau. Pastu gaul dengan mee.
6.hidang. Siap!
Makan dengan bangganya awak pandai masak.
Resepi ini bukan untuk mak mak sebab saya yakin mak mak lagi pandai masak dari saya. Saya hanya lah pelajar sekolah yang berumurr 15 tahun tapi dek kerana keterpaksaan perut yang asyik ajak bergaduh , saya terpaksa masak.

Wednesday, 9 November 2016

Mee maggi goreng

Hari ini bangun pukul 6.15pagi punya ngantuk nauzubillah . Memang tak leh bawa bincang lansung ngantuk ini. Macam nak gaduh . Mata aku terbeliakkkk supaya aku tak ada lah ngantuk sangat hergh . Tapi sebenarnya tetap ngantuk
Dah siap siap nak pegi sekolah tudung stokin semua dah pakai aku check group depa tulis depa takmau pi . Tak guna pagi nak pi sekolah baru nak bincang . Patutnya bincang semalam la nak pi sekolah ka tak . Isshhhhhhh geram aku .
Lepas tu aku sangkut la balik tudung tanggal stokin tukar baju . Lps tu luqman dah siap siap nak pegi AS orintasi tak habis lagi kahkahkahkah,abah dah pegi keje,mak siap siap nak gi market sebab barang dapur basah semua habis . Segala jenis bawang halia lengkuas cili semua habis . So,mak sudah ke pasar .
Aku kelaparan di rumah . Tekak meronta ronta nak makan mee goreng mamak even mee goreng mamak pon aku tak pernah rasa . Kedai mamak kat area rumah aku dari awal buka sampai kedai dah tutup dah pindah aku tak pernah pegi . Itu yang rasa menyesal tu . Jadi aku guna kan kuasa aku iaitu jari aku untuk google resepi . Malangnya saffi memang tak sedar diri. Bukan ke aku dah kata rumah aku barang basah dah habis? Apa ke bengap confirm confirm barang tak cukup. Jadi aku batalkan niat aku dan membuat resepi hentam keromo aku tapi tetap sedap . Ye,memang harus puji diri sendiri sebab aku tahu takda sapa nak puji aku dah.
Ooh haah,yang atas tu cuma mukadimah mari lerr tengok resepi senang aku ini.
Mee maggi goreng
Bahan-bahan
-maggi 1 packet
-bawang putih & merah (cincang)
-1 sudu cili kisar
-sos cili & sos tiram (+sos tomato)
-sedikit kicap
-separuh perencah maggi
-carrot/sawi/taugeh (suka hati la)
-haiwan sikit (ayam/sotong/udang)
Cara cara
*first tumis lah dulu bawang tu lepas tu tumis cili kisar . Agak Agak sampai cili tadi masak lahh pastu campur lah sos cili+tiram=bagi cukup 1 sudu.  Maknanya 1/2 sudu sos cili 1/2 sos tiram.  Kalau ada sos tomato ha tambah sikit sos tamota tapi aku punya sos baru nak buka botol.  Ketat gilaa so aku tak letak . Kang benda aku tumis tu hangus pon belum tentu settle lagi dengan botol sos tu. Tambah separuh perencah maggi dan sedikit kicap dan kacau.  Tambah 1/4 cawan air.
*tambah lah sayur dan binatang binatang yang kau nak lepas tu kacau kejap dan biar didih. Masukkan la maggi kau.  Kacau kacau pastu hidang la. 
Aku tambah telur mata pecah pastu perah limau sikit perghh terangkat beb. Tapi aku tak letak pon limau tu sebab rumah aku dah habis. Nak kutip kat pokok kat luar malas ya Rabbi. 
Oh maggi aku, aku letak ayam. Ayam tu abah dapat nasi tomato semalam kat masjid tapi takda sapa makan, so aku cincang ayam tu aku masuk kan sekali dalam maggi aku.  Jimat.
Nah apa lagi alasan kau nak bagi? Aku yang 15 y/o pon masak sendiri takkan hampa yang 20+ keatas mak yang tolong masak bagi hampa makan.  Haihhhh wat malu kat orang aihhh. 
Byeeeeeeee. Makan dengan bangganya awak pandai masak.
Assalamualaikum. 
Have a nice day!

Tuesday, 8 November 2016

Photos

. 

Aku tau hampa kusut bila gmbaq hampa tetiba ja hilang macam chipsmore opss chips more terlalu famous .madam biskut Marie.  Sat Ada pasty nanti tetiba hilang.

Dan waktu tu hampa meroyan macam kucing hilang anak menangis sampai keluaq ayaq hingus pa semua punya sedih gambaq hilang . Tak habis dengan tu,nanti hampa meratap dan mempersoalkan kenapa mesti hilang . Sambil spam kawan kawan hampa macam mana nak dapat balik gambaq tu,tapi sayang waktu tu hanya tinggal penyesalan.benda yang lepas jangan dikenang-gituww kata kawan kawan yang malas nak layan hampa . Ataupun sabar lah-ayat tak nak kesah pon pasal hang.

Okay before terjadinya tragedi/drama/episod/babak penyesalan yang ikhlas terbit dari sanubari hampa tu (ceh gambaq hilang buat sedih,mak ayah larang dok buat tak rasa sedih pulak) jadi mari lah membuat pilihan yang bijak dengan save back up . Ya,jadi lah pengguna telefon pintar yang bijak. Jangan tunjuk sangat بودوھ hampa tu so yaa .

Okay first of course hampa kena ada photos boleh check ya,kadang kadang apps ni automatic mmg ada bila hampa beli fon cuma hampa terlalu rabun untuk menyedari kehadirannya sbb?sbb hampa memang rugi tak guna apps yang bagus tu . Dasar buta tuli mentang mentang hampa rasa benda tu tak berguna,lansung taknak try buka kan .

So hampa kena login guna email hampa tak kesah la gmail ka hot mail ka yahoo ka rocketmail ka n watsoeve . Okay dah log in p la peqoset kat setting tu nak back up gambaq apa ja . Lps tu nanti dia back up semua dont worry . Buat macam hampa lepas baca bismillah pastu makan tanpa bersalah dan akan datang hampa menyesal hampa gemuk ha padan muka .

So dah back up,ikut hampa la nak delete or ignore semua gambar yg dah back up . But for me,aku delete ja . Buat berat fon aku . Penuh kan memory aku ja. Semak . Semak macam mana aku nak fikirkan untuk kuruskan badan aku ini herghhhh . So jimat space kan?

So hopefully lepas ni takdak babak arau bibit  penyesalan yang keluar dari mulut hampa . N hopefully this is helpful. Boleh refer pic yg aku dah up kalau hampa masih bingung dan galau macam mana simbol apps tu .

Aku memang tak explain secara detail sebab emmmm as you can see batery aku tinggal berapa . Hampa boleh google untuk tahu dgn lebih dalam spt hampa mengenali pasangan hampa yang kononnya 'till jannah' tu.  Ohh btw banyak pulak muka budak laki dalam photos aku kes depa dok spam gambar dalam group whatsapp .

Bye phone aku nak mati dah sebab batery habis.... Habis lah akuuu .

Assalamualaikum.
Have a nice day!

Monday, 31 October 2016

Al fatihah untuk cik siah

Nothing to talk about . But just to let you know,cik siah dah meninggal pagi tadi . Insyallah jenazah cik siah akan sampai ke rumah pukul 11 kejap lagi . Dan insyallah lepas zohor nak dikebumikan.

Sangat terasa pemergian cik siah . Ingat lagi tahun ini aku pegi open house rumah dia,dia happy sangat . But now,dah takde dah .

Please sedekah kan al fatihah untuk cik siah .

Semoga dipermudahkan urusan pengebumian .permudahkan segala urusan mereka . Amin .

Tolong doakan cik siah

Cik siah ialah jiran aku sejak aku kecil . N aku tak ingat tahun bila dia start menghidap cancer payudara . Ya,dia bernasib baik sbb dapat kesan dari awal .

Dah bertahun dia buat kimo,tahun lepas atau tahun ini (im not so sure) dia sakit balik . Tulang belakang dia reput . Then doktor sahkan dia ada kanser apa aku tak ingat but d second cancer la .

Semalam,mak dapat tahu yang ada orang sakit . Mira bagitahu cik siah sakit . Semalam,mak nak pergi melawat cik siah . Tapi,cik siah tak balik dari hospital lagi .

Mak ajak abah pergi melawat ke hospital petang tadi,abah cuti . So abah on je . Doktor cakap keadaan cik siah dah teruk (if you know what i mean) . Najib (anak kedua ciksiah) menangis . Cik shahrin pon menangis . Allahu,berat dugaan mereka .

Aku speechless . But aku harapkan semua boleh tolong doakan untuk kesihatan cik siah . Kalau hampa nak kena baca yassin,or hampa nak baca yasin tolong niatkan untuk cik siah sekali .

Aku sedih.allahu cuba bayang kita di tempat mereka.anak cik siah yang paling kecik perempuan,umur 12 tahun . Dia kecik lagi . Dari kecik dia tengok mak dia sakit. Aku simpati dengan mereka . Cancer tu perit .

Ya allah . Please doa untuk cik siah . Anak dia yang kecik tinggal dengan cik siah . Si abang yang sulung belajar di unikl lumut. Si abang kedua (najib) belajar lagi kat as. Cik shahrin keje . Jadi ira tinggal berdua dengan cik siah .

Aku harap takde apa berlaku . Doa semoga semua ni sekejap je . Nanti cik siah akan sihat semula spt sediakala .


Saturday, 1 October 2016

Puding karamel tanpa telur

Hampa suka tak puding karamel?ceq suka tapi ceq tak suka yang versi ada telur tu sbb even dah letak esen vanilla still rasa telur . Baik makan telur goreng boh kicap boh cili ha tu sedap lah .
Sebab kan aku tak suka,so kita buat sendiri je senang . Bahan bahan pon tak banyak . jimat pon jimat .
Bahan bahan untuk karamel
Ada 2 version and suka hati lah nak guna yang mana . But kalau korang guna loyang yang aluminium tu (ala yg bakar kek tu) baik korang guna version takda air sebab senang . Kalau korang nak letak dalam bekas satu satu baik korang letak air . So jom check it out .
1st version
2 sudu gula
letak loyang atas dapur dan letak gula . Lepas tu masak sampai gula cair dan keperangan . Jangan risau tak rosak pon loyang tu .
2nd version
4 sudu gula
2 sudu air
Masak gula atas periuk (jangan guna pula bekas bekas hampa tu kang lebuq baru tau) sampai cair dan warna keperangan lepas tu tuang air . Takpa dia memang akan berketul sikit tapi jangan risau . Kacau sentiasa . Nanti dia jadi balik macam biasa .
Bahan puding
-1 packet serbuk agar agar bunga raya original
-5 sudu besar gula (ikut kemanisan yang disukai)
-sedikit esen vanilla
-1 liter air
-1 tin susu cair
-2sb tepung kastard .
Langkah langkah
*Panas kan air
*Tambah serbuk agar agar dan sentiasa kacau sehingga serbuk agar agar larut
*tambah gula dan kacau sampai larut
*masukkan susu cair dan sedikit esen vanilla
*tambah tepung kastard dan kacau sentiasa supaya tepung tidak berketul
*tutup api dan tuang dalam loyang
------------------------------------
Tepung kastard tu optional . Kalau tak letak lagi sedap . Plus aku memang tak reti letak tepung sbb nanti mesti berketul .
Puding ini kena letak dalam peti ais dulu makan sejuk sejuk . Heaven betul .
Makan dengan bangganya awak pandai masak .
Assalamualaikum .
Have a nice day !

Tuesday, 27 September 2016

Wedges ala ala kepci

Perghhh tajukk .
Ini resepi wedges ala ala kfc tapi kfc lagi sedap lahhh . Mana boleh lawan . Wedges ini kalau aku buat sekilo pon boleh habis (kalau 7/7 ada kat rumah) . Tu punya aku nak cakap sedap kan?
Okay jom kita buat sendiri jimat takyah gi kfc dah . Siap ada sos cheese lagi .
Okay first kupas 1kg kentang . Panas kan air seperiuk dan masukkan garam secukupnya dan 2 kiub pati ayam knorr/maggi. Masukkan kentang sampai 1/2 masak .
Lepas tu tos dan tunggu sejuk . Dah sejuk potong macam kfc memanjang.
Bahan salut .
*Tepung bestari secukupnya (atau tepung gandum+serbuk kari+serbuk cili+lada putih+garam)
*2 sb tepung bestari campur dengan 4sb air dan pecah sebiji telur=kacau
Goreng macam biasa .
Panaskan minyak.
Salut kentang dalam bancuhan tepung dan telur .
Salut dengan tepung bestari .
Goreng sampai warna keemasan .
Angkat tos.
Siap!
Sos cheese ialah sos paling senang . First kena ada serbuk cheese . "Kat mana nak beli serbuk cheese?" Pergi ke bakery terdekat atau beli online . Ramai gila orang jual kat online .
Bancuh dengan air panas je ikuy kepekatan yg disukai . Siap!
Makan weh,nikmat.
Makan dengan bangganya awak pandai masak .
Assalamualaikum.
Have a nice day !

Thursday, 8 September 2016

Roti sarang lebah di hatikuuuu

Pergh tajuk ngade betul hahahahha . Ini 2 minggu lepas . Lepas habis trial geo & sj (sekolah aku pelik sikit sebab tu geo dgn sj pon ada trial) esok tu terus buat roti .
Bm dah lama tersimpan . Simpan sejak dari bulan puasa dan lansung tak guna . Nanti apa kata encikboss kalau aku tak guna . Sia sia je kan? So mari manfaatkan .
For this entry,aku takde resepi sebab aku tak ingat resepi . But dont worry . Just google and type 'ROTI SARANG LEBAH AZLINA INA'  
Roti ni fav family aku lah sebab sedapppp sangat . Dulu aku asyik beli rm5 sebekas and now aku tak beli . Bukan sebab dah ada bm , tapi sebab aku dah pokai . Plus bahan bahan nak meroti ni memang ada semua kat rumah .
So that is not a big prob lahhh .
Roti agak huduuhhh tapi jangan risau rasa tiptop . Tersalah guna loyang yang besar sebab nak sekali bakar je . Acah senang kerja padahal rupa lah pulak burukkk .
Hahahhahahahh

Wednesday, 7 September 2016

Kek marble simple sedap

Okay just straight to the point la since im so sleepy rn . Nanti aku lupa resepi ni so better letak kat blog siap siap

Kek marble Azlina Ina

So bahan bahan:-

Marjerin/butter 1 cawan + 1/2 cawan -> mix sampai kembang .

Tambahkan 2 biji telur + 1 sk esen vanilla + 1/4 cawan susu pekat

Then ayak 1 1/4 cawan tepung gandum + 1 sk baking powder dan putar sampai gebu 

Bahagikan kepada 3 .

1- letak milo or serbuk koko
2-campur pewarna yg disukai dan perasa contoh warna pink dan perasa strawberri
4-plain (takyah campur apa apa)

Letak selang seli didalam loyang yg dah digeris dan dipanas dalam oven suhu 170c 30minit or ikut oven masing masing.

Cara nak makesure kek dah masak cucuk lidi secara menyerong . Kalau lidi tu bersih cun dah masak laaatu .

Tunggu sejuk baru potong .

Tapi kalau kau ikut perangai si budak degil cam aku ni panas panas aku dah makan waktu tu hujan pulak layan betul . Sedar sedar dah banyak aku makan hahahhahhahah .

Friday, 2 September 2016

Milk green tea

Why i just know about sedapnya air green tea? Omaigadddd . B4 this ada try beli air big cup but for me tak ada lah sedap mana pon .

Waktu pergi ke rantau panjang,ada kedai yg jual serbuk green tea rm10 ja . Waktu tu aku fikir aku tak minum green tea so better takyah beli nanti membazir .

Bila abah sekali lagi singgah di bukit bunga untuk beli apa apa yg boleh dijadikan souvenir , aku tengok ada lagi . Terus aku try beli even mahal sikit dari rantau panjang . Rm15 (ha padan muka) .

Bila buat sendiri aku lebihkan creamer bcs i love it . Perghhhh sedap tho siap aku boleh buat aiskrim lagi .

So lets try

Rendam 4 sudu besar serbuk green tea dalam air yg mendidih (betul betul panas) .

Letak 4 sudu creamer dan 2 sudu besar susu pekat letak air panas sikit (dalam cawan lain). Kacau . Letak air teh yg dah direndam dan ditapis dan kacau . Lepas tu minum dengan bangganya awak pandai buat air .

Okey?

Assalamualaikum .
Have a nice day !

Thursday, 1 September 2016

Resepi puding roti pelangi

Assalamualaikum .
Happy friday .

Today im gonna give you simple recipe how to make PUDING ROTI PELANGI .

Buat puding roti ni pun sebab ada orang order,so why not share resepi kan?

Resepi ni sumpah sedap gila and aku adjust ikut tekak aku . So manis tu nanti boleh adjust okay?

BAHAN BAHAN

*4 keping roti
*2 biji telur
*1 tin susu cair
*1/2 tin susu pekat
*1/2 cawan gula (aku guna 2 sudu besar je)
*secubit garam
*1 tbsp esen vanila
*1/2 cawan air
3 cawan air
1 packet serbuk agar agar 10gm
Sedikit pewarna
Serbuk koko atau milo

Cara cara

Masak 3 cawan air sehingga mendidih . Masukkan serbuk agar agar dan sentiasa kacau lepas dah bubuh serbuk agar agar .

Waktu tunggu air mendidih tu pergi Blend semua yg bertanda (*) sehingga sebati . Dan campurkan ke dalam air yg telah dicampur serbuk agar agar .

Kacau dan biar hingga mendidih dan adunan pekat *kacau sesekali*

Selepas itu boleh lah bahagikan adunan dan campurkan pewarna yg disukai . (Cnth: 1 warna plain,1 warna pink,dan 1 lagi campurkan sedikit serbuk koko atau milo)

Dan layerkan kedalam loyang . Make sure cepat tau sebab masa ni agar agar cepat keras .

Done!! Siap . Makan dengan bangganya awak pandai masak .

Assalamualaikum .
Have a nice day !