Sunday, 12 October 2025

Anugerah Dekan yang diimpikan

Orang selalu cakap, doa adalah senjata orang mukmin. Kalau nak apa-apa, kita kena ingat formula DUIT: Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal.

Ada satu benda yang aku jarang cerita — sejak zaman sekolah menengah, setiap kali aku berdoa, aku selalu merayu nak dapat keputusan cemerlang dan naik pentas. Bukan sebab nak menunjuk, tapi sebab aku nak rasa dihargai atas usaha sendiri.

UPSR? Tak dapat. PT3? Lagi hauk. SPM? Memang tidak lerrr — semua ABCDEF aku kutip. STPM? Keputusan agak membanggakan, tapi Allah tetap tak izinkan aku naik pentas. Bukan sebab gagal, tapi sebab masa tu Covid. Bayangkan, dah nak rasa kejayaan… tapi rezeki belum tiba.

Masuk ijazah, aku pasang niat — “Aku nak jadi pelajar dekan. Aku nak capai impian kecil aku dari dulu.” Tapi masa tu aku tak tahu, rupa-rupanya kat UPM nak dapat dekan kena CGPA 3.75. Tinggi weh. Nak dapat 3.0 pun aku tak yakin.

Semester pertama, aku blur. Orientation online aku tidur. Kat UPM aku tak bergaul, tak kenal sesiapa. Aku lone ranger. Result pertama? Tak dapat dekan. Tapi bila nampak kawan-kawan post dorang dapat dekan… aku start jeles. Jeles yang membakar, bukan jeles yang dengki. Dari situ aku tekad — “Semester depan, aku mesti dapat dekan.”

Semester kedua, aku usaha betul-betul. Dah start kenal kawan, dah start tanya soalan dalam kelas, dah start buat study group. Tapi result aku 3.73. Dua markah lagi weh... dua markah je. Masa nampak kawan-kawan pergi Majlis Dekan, aku nangis. Betul-betul nangis. Sebab aku rasa… “Kenapa aku tak cukup bijak?”

Masuk semester ketiga, aku doa:
“Ya Allah… bagi aku rasa sekali je pun tak apa. Sekali pun cukup.”
Tapi result? DROP terus. Terkejut. Mungkin sebab aku ambil banyak sangat subjek sampai aku sendiri tak terdaya.

Masa tu aku redha. Aku cakap kat diri sendiri, “Tak apa lah. At least aku survive universiti.”

TAPI… Allah tu kan penuh kejutan.

Satu malam, aku dah baring nak tidur. Saja sembang dengan Saffa buat-buat tak ingat pasal result. Tapi tangan tetap gatal nak check.

Bila aku tengok… 3.75.

Masa tu aku literally beku. Aku cakap:
"Website rosak ke?"
Refresh.
"Ya Allah… janganlah website rosak…"

Bila confirm memang betul… aku jerit kat Saffa,
“SAFFA KITA DAPAT DEKAN!!!”

Saffa yang dah nak tidur pun terus bangun berdiri macam kena solder.

Aku over? Memanglah over. Sebab orang yang tak pernah merasa, bila Allah bagi… dia peluk kejayaan tu macam emas.

Semester keempat — doa aku termakbul. Lepas dua tahun. Dua tahun doa yang sama. Dua tahun usaha. Allah bagi tepat pada masa Dia.

Dan lepas tu… semester lima, enam, tujuh — aku Alhamdulillah, maintain dekan juga.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang bila aku imbas balik, aku sebak. Bukan sebab aku bangga dengan diri sendiri. Tapi sebab aku cuma minta sekali… tapi Allah bagi empat kali. Allah bukan saja Maha Adil… Dia Maha Pemurah.

Aku tulis ni bukan nak show off. Aku tulis sebab:

  1. Aku nak remind diri sendiri — aku dah usaha. Allah nampak. Allah tahu. Allah dengar.

  2. Aku nak cakap kat adik-adik dekat TikTok yang sedih sebab pointer rendah: aku pernah rasa benda yang sama. Kau tak keseorangan. Jangan give up.

  3. Aku tengah menganggur sekarang. Aku masih belum dapat kerja. So aku tulis ni untuk ingatkan diri sendiri… kalau Allah boleh kabulkan doa aku yang ni, Allah boleh kabulkan doa aku yang lain.

Doakan aku dapat kerja yang sesuai ya.

Dan kalau kau tengah baca ni, angkat tangan kejap.
Doakan juga untuk diri kau sendiri. Allah dengar. Serius.
Dan kalau kita ada masa untuk risau, kita ada masa untuk doa :)

Cheers,
Saffi.



My first time merasa majlis anugerah dekan di semester ke empat di UPM 

With some of my classmate, yang dekan juga.

Ni waktu kali kedua hadiri majlis anugerah dekan. masa ni dapat dekan untuk semester kelima.

Gambar wajib! tangkap gambar dengan classmate



ni masa kali ketiga attend majlis anugerah dekan. masa ni dapat dekan untuk tahun akhir di UPM, iaitu semester keenam. and gigih ambik cuti intern, untuk attend dekan. 

ni gambar wajib dengan classmate yang berjaya dapat dekan.

waktu semester ketujuh, aku tak attend majlis. sebab aku dah kat kedah masa tu. 











Sunday, 5 October 2025

MENJADI PRODUCER DI UMUR 24 TAHUN?!!

Helloo....

Kalau ada antara pembaca yang mengenali diri ini, mungkin anda tahu yang aku baru habis belajar dan sedang menunggu graduasi (dan kerja kosong).

Jadi, aku memilih untuk berkongsi perasaan menjadi penerbit radio di umur 24 tahun. Ianya satu pencapaian yang agak lumayan bertuah, sebab aku tak pernah terfikir untuk menjadi penerbit di usia semuda ini. 

Untuk yang baru di blog ini, dulu saya menjalani latihan industri di radio Kool 101, dibawah naungan syarikat Media Prima Audio. dan, saya juga telah dipanggil untuk menjadi penerbit rancangan pagi yang diterajui oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, Haiza dan Muaz. 

WOW kan?

I pun rasa wow. dan, secara jujurnya, aku telah reject offer ni 2 kali, sebelum aku cakap "Ons". sebab aku sendiri pun tak yakin untuk menjadi penerbit untuk 3 individu yang sangat luar biasa hebat, yang sangat berilmu dan berpengalaman dalam pengacaraan dan industri seni. 

Aku? aku hanya ikan blup blup, sebab aku hanya reti bernafas. gila ke tiba tiba jadi penerbit? yes, itu lah apa fikirkan. sebab itu la aku reject. tapi, boss aku try yakinkan aku dengan cakap, dia akan bantu dan bimbing aku. 




Menjadi penerbit di usia 24 tahun banyak mengajar aku untuk sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ilmu teknikal radio, dari segi mencari idea, kena lebih kreatif dan kena pandai work independantly. Apapun, aku SANGAT berterima kasih dekat boss saya, Rara dan juga 3 announcer yang banyak mengajar dan bimbing aku. sebab mereka selalu tanpa marah ajar diri ini untuk menjadi penerbit yang lebih baik dari semasa ke semasa. 

Waktu awal awal masuk, aku jijik weh nak introduce diri yang aku ni penerbit or producer radio. sebab aku rasa aku masih banyak benda tak tahu. 

Ada banyak peristiwa di mana orang tak berapa nak layan aku. mungkin dari fizikal kelihatan aku yang sangat kecik, menyebabkan orang tak yakin dengan aku. banyak kali la tetamu jemputan ambil endah tak endah dengan aku. bermula dari situ baru aku start introduce diri aku sebagai penerbit, dan perlahan lahan aku nampak layanan orang terhadap aku mula berbeza. mungkin sebab sebelum ni dorang rasa entah sapa sapa la budak kecik ni. 

Aku masih ingat, ada seorang pakar mental, dia datang. dan dia tanya. "Maaf saya nak tanya, jika tak keberatan, Nabilah ni umur berapa ya? sebab nampak muda sangat". hehehe. muda sangat ke? sebab aku rasa macam aku dah tua. 






Anyway, untuk yang bertanya. eh macam mana boleh jadi penerbit? saya intern as a content intern awak. saya producer untuk drive show segment yang diterajui oleh Hanif Miswan dan Hazeman Huzir untuk selama beberapa bulan. dan dalam pada masa yang sama, saya assistant producer for breakfast show. Kiranya, saya sudah ditrain menjadi producer sejak dari intern lagi. Cuma, kenapa kalau dah ada pengalaman tak yakin lagi?

Sebab, untuk semua radio di malaysia ini. segment pagi radio adalah segment paling crucial! sebab waktu pagi la jumlah pendengar sangat banyak! kalau nak buat iklan pon, segment pagi la paling mahal. sebab waktu tu memang ramai pendengar. jadi, sedikit sebanyak, saya takuttttt :((((((

Banyak benda saya belajar. Saya bersyukur dikurniakan team radio yang sangat hebat dan sporting! 
Producer Kool 101, 
Officially signing off. 

Bye bye radio life :(




Sunday, 22 June 2025

RASA HILANG ARAH TUJU

Hii semua,

Lepas habis belajar, aku rasa sedikit lost dengan hidup.

Manakan tidak, dari umur 5 tahun sampai lah 24 tahun, hidup aku sentiasa dalam acuan sistem.

Tadika > Sekolah Rendah > Sekolah Menengah > Universiti.

Sejujurnya, sejak umur 14 tahun aku dah mula doa sungguh-sungguh supaya direzekikan sambung belajar ke universiti. Kalau orang tanya, “Eh, cita-cita hang apa?”, jawapan aku senang je — nak masuk universiti.

Kenapa? Sebab dari kecil, orang sekeliling macam tak percaya dengan kebolehan aku. Bukan bermaksud mereka pandang rendah, cuma depa rasa aku tak mampu. Bila aku berjaya masuk universiti, baru lah orang mula nampak aku pun ada potensi.

Jadi, bayangkan… 19 tahun hidup dalam sistem. Dalam dunia akademik yang dah tersedia jalannya. Jadi, bila semuanya tamat, aku rasa lost. Kosong.

Ramai juga yang tanya, “Dah ambil Masscom, kerja ja la media.” Tapi itulah yang menjadi persoalan utama untuk aku. Sebabnya, aku taklah betul-betul enjoy dunia media. Bukan tak suka, tapi aku tahu aku tak nak teruskan dalam bidang tu.

Bila aku mula mohon kerja yang lebih ke arah korporat, orang korporat pula tolak aku. Katanya, “Awak terlalu entertainment.” Aku jadi pening.

Dan sampai sekarang, aku masih lagi tercari-cari. Masih rasa lost. Tak pasti apa sebenarnya yang aku nak buat dengan hidup ni.


(gambar zaman intern; hari-hari terakhir sebelum sri pentas ditutup)

Thursday, 1 May 2025

I AM BACK

 Haluu

Assalamualaikum,

Sedikit janggal apabila nak tulis ni. 

Rasa macam baru semalam start blogging, tapi dah nak masuk 11 tahun menulis (walaupun tulis on off).

Nak start tulis dari mana, aku pon tak pasti. Tapi, aku rasa aku patut mula dengan berkongsi ber8ta gembira. Setelah sekian lama, aku nak umumkan, aku akan berkahwin. Hehehehe, tipu jaa la. Aku nak share, yang aku dah habis belajar. Yahuuuuu! Aku dah berjaya habiskan degree di bumi serdang darul berilmu berbakti. Dengan itu, bermaksud aku dah habis belajar, aku dah siapkan final year project, aku dah intern, now aku sedang menungu untuk konvo, sambil sambil tu berharap dan berdoa aku akan dapat kerja. 

Doakan okay? 

Sebab aku sedang struggle meencari pekerjaan. 

Oleh itu, aku akan start menulis kembali. Nanti aku update lagi. Bye


Andai ada yg rindu, ini lah saffi yang dewasa, sedang cuba tumbuh sihat sejahtera.
Adios.



Tuesday, 3 September 2024

APA PERSEDIAAN PERLU BUAT SEBELUM START INTERN / PRAKTIKAL? (PART 1)

 Assalamualaikum guys. 

Hari ini dah masuk September 2024, dan hampir sepuluh tahun juga aku terjebak dalam dunia penulisan di blog ini. Wuhuu, dari darjah enam aku mula menulis, sehingga sekarang sedang menjalan latihan industri / praktikal / internship di sebuah syarikat Media di Kuala Lumpur. 

Dari seorang anak kampung yang tinggal jauh di utara tanah air, sekarang sedang belajar untuk menetap di tengah kota bandaraya ini. Wow. 

Jadi, aku terfikir untuk berkongsi persediaan sebelum memulakan latihan industri. Untuk semua bakal bakal pelajar latihan industri boleh buat persediaan sewajarnya. Setidaknya nanti, tidak lah anda terlalu terkejut bila memulakan kerja di alam industri.


#1 Sediakan mental, fizikal dan kewangan

i. Bila dah nak mulakan latihan industri, anda perlu fikir tau. Bila dah bergelar pelajar industri, anda akan dilayan seperti seorang pekerja. Tidak lagi di layan seperti seorang pelajar. 

Kalau dulu zaman belajar boleh lambat bangun pagi, buat kerja cincai, assignment suka hati nak buat atau tidak, kat tempat latihan industri dah tak boleh buat benda tu. 

Fikiran dah kena matang. Kerja boss kasi mesti buat. Tak tahu, directly tanya. Jangan diam diam pastu tak siap pastu baru bagitahu boss "saya tak faham", memang kena marah sebab tak bagitau awal-awal. Nanti, bila kat tempat latihan industri, kalau dapat satu task je for a day, maksudnya anda bernasib baik. 

Tetapi, kalau dapat beberapa tugasan dalam sehari, bukan bermaksud anda bernasib malang, tapi anda juga bernasib baik sebab diberikan peluang untuk belajar benda. Jangan lah nanti boss bagi kerja banyak, anda complain "saya tak nak buat, kerja banyak". Tetapi sebaliknya gunakan cara lain untuk berunding. 

Semua ini, kena buat persediaan mental sebelum memulakan latihan industri. supaya, nanti tak terkejut sangat. Bila dah bersedia mental, at least nanti boleh senang adapt dengan persekitaran. itu yang kita harapkan. 

ii. Dah mula latihan industri nanti, kena banyak rehat. Kalau dulu zaman belajar, jam 2 atau 3 pagi masih melepak di mamak, terutamanya geng-geng UPM ni suka sangat lepak PKS Maju, lepas start intern kena tinggalkan tabiat itu. Boleh lepak, tapi berpada lah. Sebaiknya, rehatkan diri untuk bersedia bekerja pada esok hari. Tapi kalau anda rasa anda okay tidur 2-3 jam sehari, teruskan lah. Tapi kalau macam aku yang lemah ni, memang aku memilih untuk rehat. lepak hanya pada hujung minggu. 

iii. Kewangan

Cadangan aku, 6 bulan awal dah start menabung untuk intern. Mungkin ada sesetengah pihak yang beranggapan "eh tak apa lah. aku nak intern kat syarikat besar, elaun RM1000, banyak aku dapat. buat apa menyimpan" TETTT. salah. anda salah. benda ni salah kalau kewangan diri dan keluarga anda biasa biasa sahaja. tapi, kalau kewangan keluarga anda kaya, teruskan lah untuk tidak menyimpan. 

Untuk siapa yang kewangan dia biasa, sini saya ceritakan kenapa kena menyimpan. Saya tidak lah prejudis atau apa-apa, tetapi kebanyakan company besar, HQ-HQ, ibu-ibu pejabat semua terletak di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. 

Jika anda ada berniat nak buat intern di Selangor/Kuala Lumpur, saya cadangkan, simpan lah duit untuk sewa rumah atau bilik. sebab kebiasaannya, deposit bilik memakan hampir RM800-1200. sakit nak bayar duit deposit ni. Sewa bulanan juga tidak kurang mahal nya, boleh mencecah RM300 untuk bilik sewa yang decent. 

Belum campur kira kos pengangkutan. Kalau naik public transport, mungkin la boleh beli monthly pass RM50. tapi kalau yang naik kereta motor, mungkin kos dah berbeza. 

Selain itu, kalau anda mulakan latihan industri, duit makan lagi. kena kira tu. waktu mula-mula saya mulakan latihan industri, duit makan saya sahaja untuk sehari boleh mencecah RM25 untuk makan pagi, tengah hari dan malam. Sedangkan, makanan yang saya beli tu makanan basic yang bukah GAH atau makanan mall. makanan biasa sahaja. kalau seminggu dah RM125. Kalau sebulan dah RM500. 

Mungkin anda merasakan makanan itu boleh dibeli menggunakan duit elaun, suka saya ingatkan elaun bukan dapat awal. paling cepat pon hujung bulan baru dapat. dan macam company saya, saya mulakan intern contoh pada April. paling awal elaun saya boleh dapat adalah pada penghujung Mei. 

Jadi fikirkan la kewangan anda. buat kira-kira siap siap. bagaimana cara anda uruskan kewangan ke. 


so itu sahaja persediaan intern untuk PART 1. nanti saya akan kongsikan lagi persediaan yang perlu dilakukan di Part 2.

Monday, 6 February 2023

Bacelor Komunikasi, UPM

 Helloo hello everyone... Err, I guess I'm back! 


Bertemu kembali dalam penulisan saya yang semakin lama semakin malas nak tulis. 

Hari ini, aku nak tulis pasal course yang aku ambik. Sebab ever since aku enter degree life, terlalu ramai yang tanya "memang minat kos ni ke?" "Sejak bila hang minat journalism?" 

Baiklah, untuk memberi sedikit kefahaman. Aku memang minat komunikasi dan media, masscom la spesificnya. Sebab aku membesar tengok Life At Thinker. Sapa geng LAT-Lover jugak? Kita gengggg. Dari aku form 3 aku tengok LAT. So memang aku makin lama makin cintakan job scope kerja bahahian media ni. Which mean, aku kena ambil masscom. Tetapi, aku selalu mendengar orang cakap sapa yang cantik cantik sahaja boleh ambik masscom. Knowing myself too well, I know that I cannot fit that criteria. Sebab sis, I sedar diri I tak cantik.

So, aku letak tepi keinginan aku. Masa tingkatan 5, aku memang nak study TESL. Sebab aku terlalu minat dan cintakan Bahasa Inggeris. Aku memang all out tau belajar BI ni. Aku letakkan banyak effort in learning english. Salah aku disini aku rasa, aku tak prepare untuk speaking. Jadi, apabila iv TESL, aku sangkut. 

Eh saffi dapat iv ka? Yup. Saya lepas ujian MEDSI tahun 2020. Dan pergi IV UPSI dan UKM. Waktu tu musim lockdown, so IV online. Aku memang dah letak 100% effort especially for UPSI la. Sebab yang UKM tu punya, last minutes aku check baru aku tahu aku dapat IV. Jadinya aku tak prepare sangat untuk IV UKM. Maksudnya aku tetap usaha sehabis baik for UKM, but I could have done better if aku check result IV tu lebih awal... Silap ya saya di sini. Hehe. To cut story short, I guess tak ada rezeki la dalam bidang pendidikan. Dan aku tak dapat pon TESL UPSI MAHUPUN UKM. Akan tetapi, aku dapat course bacelor komunikasi. 


Macam aku cakap awal tadi, aku minat masscom, tapi sebab aku tak cantik, aku terpaksa tolak tepi keinginan aku. Masa isi UPU, aku google apa bacelor komunikasi. Rupanya, it is quite similar to masscom, tapi bukan masscom. Tapi lebih kurang. 

Dalam bacelor komunikasi di UPM ni, nanti kita akan dipecahkan kepada major. Ada 4 major disediakan. Which are Broadcasting (penyiaran), Journalism (Kewartawanan), Corporate Communication (Komunikasi Korporat) dan Human Communication (Komunikasi Manusia). Pada semester 1, semua orang akan ambil personality test untuk menentukan major. 

Basically, broadcast & journal lebih kurang cam masscom, manakala corporate comm & human comm more to communication. So belajar nanti macam mana? Kita semua tetap belajar komunikasi. Lagi lagi pada semester 1. Tapi, pada semester 2 dan ke atas, kita punya subjek dah tertumpu kepada major kita. Akan tetapi, dalam setiap semester kita tetap kena ambik dua tiga subjek komunikasi. Selebihnya, subjek ikut major. 

Result menunjukkan aku dapat journalism. Hehe, alhamdulillah sebab journalism memang first choice aku. Second choice aku ialah corporate comm. Tapi aku dapat first choice alhamdulillah saya ialah bakal wartawan tersakiti.  

Sejak aku bagitahu orang aku belajar journalism, ramai cakap aku punya major bosan sebab aku belajar tentang journal. Ya tuhan, bukan itu. Aku akan tulis apa aku belajar dalam journalism la, memandangkan aku budak journalism. Dalam journalism sendiri, aku belajar tentang penulisan berita, pengumpulan berita, fotografi asas, fotografi kewartawanan, basically semua subjek berkaitan kewartawanan. 

Kalau penyiaran belajar pasal macam mana nak produce karya di tv, contoh cam kelas edit video, kelas tentang tugas setiap staff dalam syarikat pernyiaran seperti tugas producer, cameraman, writers and so on, belajar cam na hasilkan karya. Aku tak leh cakap lebih pasal major lain, sebab tak berapa tahu. Kalau nak tahu pasal major lain, komen la..nanti aku tanya details dekat kawan kawan aku.

Seronok tak? Tak. Sebab aku penat belajar. Sapa suka belajar dipersilakan. Aku kan pemalas. Jadi aku a bit struggle la untuk belajar. Tapi overall, aku enjoy je. Aku pun lama lagi ni nak hadap belajar ni. Lagi 4 semester. Sekarang aku di hujung semester 3. Insyallah, mac nanti aku akan masuk semester 4. 

Tolong doakan Nabilah Saffi berjaya gemilang terbilang, mendapat keputusan cemerlang setiap semester dan mendapat pekerjaan yang baik sesuai dengan kelayakannya. Amin. 

Anyway, aku denga UPU akan dibuka tak lama lagi. Jadi, macam biasa, if you have any question, kindly leave the comment here. Nanti saya reply okay ❤️ nak dm pun boleh, tapi komen la dulu sebab komen anda amat bermakna. 

Aku pun pelik sebab setiap entry blog can reach to hundreds and thousands of readers. Tapi kurang engagement, jadi adalah lebih baik kalau anda meninggalkan komen, kerana ia akan membuatkan saya bahagia. 

Wednesday, 11 January 2023

VOLUNTEER PROGRAM SUKAN


Assalamualaikum Hello Hellooooo everyone! I am back and trying to make a new posting here. 

Pada bulan September hari itu, aku ada join program sukan sebagai volunteer. Sebenarnya, ini lah program kesukarelawanan sukan pertama yang aku join. 

Sebelum ni, memang aku dah banyak join program sukarelawan sukarelawan yang lain, tapi kebanyakkannya semua berunsurkan misi kemanusian bagi bantuan kewangan, makanan, mengajar dan sebagainya. Tak pernah lagi aku join program sukan. 

Untuk memudahkan kefahaman, program kesukarelawanan ini ibarat urusetia program yang membantu untuk program dilaksanakan. 

Program yang aku join ialah program Sukan Staf Universiti-Universiti di Malaysia. Menarik tau! Sebab sukan ini kira acara besar sebab melibatkan semua universiti di Malaysia termasuk UNIMAS dan UMS. 

Sukan Staf Universiti atau dikenali sebagai SUKUM ini diadakan 2 tahun sekali. Dan buat julung kalinya, tahun 2022, UPM jadi tuan rumah. Jadi, semasa semua orang cuti semester, aku perlu ke UPM kembali untuk sukan ini. 

Walaupun pada mulanya sedikit berat hati untuk menyertai, tambah pula bila aku disuruh menjaga sukan Badminton, which is sukan yang aku tak minat dan tak pernah tonton pon. Jadi, pada awalnya aku sedikit struggle ya nak fahamkan undang undang dan peraturan badminton ni semua. Maklum lah, saya memang mandom pasal sukan. 

Sehari sebelum program, kami dibawa ke Uptown Sport, tempat program ini dijalankan. Tujuan pergi sehari awal, untuk set up tempat dan diberi briefing mengenai hari kejohanan badminton tersebut. Waktu tu la baru aku tau susah jugak badminton ini, dulu ingatkam badminton ni main pukul shuttlecock je. 

Kami kena jadi Linesman. Jaga line, tengok la bola masuk dalam ke, luar ke. Dan kalau ada kekotoran dalam court semasa game berjalan, kami kena cuci dan bersihkan. Gitu ja. Tak susah sangat. Lepas dah tau gerak kerjanya, dah senang. 

Walaupun menjadi linesman ni kedengaran macam senang, tapi tak senang tau! Macam aku cakap, aku tak pernah tahu pasal badminton. Jadi, waktu hari pertama aku susah sangat nak faham. Tambah pulak, nervous. First game dah kena jaga. Ditambahkan lagi dengan penyokong yang ramai. 

Waktu first day, ada sedikit isu dimana penyokong nampak shuttlecock jatuh dalam. Aku nampak dia jatuh luar. Jadi kita jadi linesman ni, kena pendirian tetap. Nampak dalam, cakap dalam. Jangan tukar tukar and takut takut. Biar je penyokong cakap apa pun. Which mean, waktu tu, penyokong maki maki dan bagi jelingan maut. Sumpah ramai gila waktu tu!!! Rasa nak nangis dan nak balik rumah jugak! Sedih tauuu kena maki berjemaah ni. 

Masa tu, aku rasa kenapa lah aku join ni. Pastu kenapa setiap minit terasa lambat berlalu. Dah la kena hadap caci maki penyokongggg. Tapi, bila hari kedua dan seterusnya, aku dah faham konsep badminton. Jadi dah tak susah. Disebabkan hari pertama aku dah kena maki, jadi hari kedua dan seterusnya aku dah kebal. Maki la saya, saya tetap dengan kata kata saya dan tak akan berubah. 

Masa game ini lah juga, aku kenal perangai banyak orang. Tahu tak, kan first day ada problem penyokong tak setuju dengan pendapat aku, jadinya, hari kedua dan ketiga, dorang record muka aku. Aku biarkan je la. Dengan harapan, nanti ada orang tengok muka aku dan cakap "eh cantiknya budak ni walaupun dia tak reti jadi linesman" gituuu. Hidup ini mudah, jangan dipersulitkan. 



Peserta peserta ini kebanyakannya bapak bapak orang, orang orang tua. Tiada masa untuk aku mencuci mata. Semua dah tua belaka. Pangkat pangkat bapa kita. Siap ada sorang pak cik ni cakap dia nak kenenkan aku dengan anak dia. Silap la pulak aku gelak and geleng, patutnya aku iyakan dan ambik nombor telefon!! HEHEHEHEHE GATALLL. 

Apa yang membuatkan sukum ni lagi best adalah disebabkan teammate yang masuk air nak mampos. Dah habis game, mesti penat dan tak larat. Naik bas ngantuk ngantuk. Tapi si ziana, amanina, faiz, ramai lagi time tu yang menghiburkan. Setiap kali on the way balik, mesti dorang nyanyi nyanyi, siap request suruh pak cik bas bawa slow slow, sebab nak nyanyi banyak lagu. 

Rutin waktu sukum hari tu, memang wajib pukul 7:30 dah kumpul dekat tempat bas, dan sampai dekat venue pada pukul 8:00. Kemas kemas, sapu dan mop. Pukul 8:30 sharp selalunya start. Bagus sukan ni, sebab game game semua mula sharp. Tak ada melayu melayu lengahkan masa. Kebiasaannya, kita orang akan sampai kolej balik dalam pukul 6:15-7 petang. 

Walaupun penat, tapi tetap enjoy!! Pengalaman yang tak akan dilupakan. Seronok rupanya join program sukan macam ini. Cuma mental la kena prepare lebih sikit. 



Wednesday, 21 December 2022

Hanani

Hari ini tetiba terasa nak cakap pasal Hanani. Nak tulis pasal Hanani. Nak kenang balik kenangan pasal Hanani. 


Perkenalan dengan Hanani ini bermula tahun 2015. Dia pindah sekolah dan masuk kelas aku. Kami mula rapat. Tetapi sekejap saja, sebab lepas itu aku pindah kelas. Semasa tingkatan 4 dan 5, aku rasa kami mula rapat balik. Pengakap lah yang menyatukan kami. Sebab waktu tu, aku dan Hanani daftar sebagai Calon Pengakap Raja. 

Zaman itu juga, zaman kegemilangan aku dan Hanani. Kalau boleh, semua kem kami nak join. Paling aku ingat mesti la di Jamboree Kedah 2017. Seminggu lebih, seminggu itu aku duduk dengan Hanani. Suka, gelak, nangis, makan, minum, mandi, tidur, main, jatuh rakit semua dengan Hanani. Mana bisa aku lupakan semua kenangan yang dah dicipta. Waktu di kem juga aku dapat kenal Hanani dengan lebih baik. 


Dia seorang manusia yang selfless. dan sangat mengambil berat pasal kawan dia. Dia akan ikut aku pergi mana-mana sahaja aku nak. Dia akan teman aku. Dia sudi jadi kawan berkepit aku masa di kem. Aku masih ingat kepenatan kat kem sehingga masa majlis penutup, aku tertidur di kaki hanani dan lansung tak sedarkan diri. Punya la aku lena. Sejam lebih juga aku tidur tu. dan dia tak kejut lansung. Sebelum aku terjaga tu, aku ada dengar dia cakap kat kawan kawan yang lain, jangan kacau aku. sebab aku penat. dia cakap. Macam mana saya akan lupa perkara macam ini? sedangkan benda ni dah jentik hati aku. buatkan aku terharu. 

tak cukup dengan itu, Hanani ialah seorang kawan yang sangat jaga solat 5 waktu dah solat dhuha tak pernah tinggal. kiranya dia ahli wajib la di surau. lain la aku, muka aku ni jarang la jumpa kat surau. Tapi hanani tak, dia memang menjaga hubungan dia dengan Allah. dan aku masih ingat dia cakap, kita jangan sekadar solat 5 waktu. tetapi, kita juga perlu menjaga kesempurnaan solat, semoga allah menerima amal kita. Mana mungkin aku lupa semua benda ini.

Hanani, ingat tak, kita dua dua sengkek tak ada duit. Muka kita la setiap hari kat tempat makan. Bukan tu je, muka kita la orang pertama yang cedok makanan. Sebab kita masing masing sengkek dan berharapkan makanan yang disediakan. Ingat tak Hanani, masa semua orang gi kedai jual jual, kita akan tolak dan akan memilih untuk balik base kem dan makan di kem. Ingat tak Hanani, kita pergi kedai burger malam itu, dan memandangkan kita customer last, kita dapat burger free. dan esoknya, kita datang lagi supaya kalau kalau dapat burger free. ya la, masing masing tak ada duit. 

Ingat tak Hanani, kita pernah sama kelas lesen motor, and then masa tu hujan lebat sangat. Tapi, sebab desperate, kita teruskan ja latihan motor. baru satu round, kita dah kena marah dengan cikgu sekolah memandu sebab pandai pandai buat latihan masa hujan. 

Ingat tak Hanani, kenangan Sains 2 2017/2018. Best sangat kan? kita semua ponteng kelas ramai ramai. dua tiga hari sebelum SPM, pergi amanjaya Mall main macam macam. seronok sangatkan kenangan tu semua. 

Hanani, kita dah lama follow each other kat twitter.. tahu lah twitter ni tempat apa kan? tempat luahan perasaan. selalu aku baca tweet hang. terkilan sangat sebab aku tak pernah tanya keadaan hang. aku minta maaf untuk jadi kawan yang tak guna. 

aku mungkin tak rapat sangat dengan hanani. ya la, berbeza geng. tapi tetap rapat sebab satu kelas. dan satu geng pengakap ^_^

Tapi, tu semua tinggal kenangan yang sangat sedih untuk diingatkan kembali. 

14 November 2022, Hanani telah meninggal dunia akibat jalan raya. Akan aku ingat tarikh ini sampai bila bila. sedih sangat aku tak tahu nak cakap apa. sedih yang aku rasa susah nak telan semua ini. tapi bukan lah bermaksud aku menolak ketentuan tuhan, tapi aku perlukan masa untuk telan semua ini. sakitnya ingat semua benda ni. 


Tengok ni, ini gambar yang masa tu aku tangkap sebab aku cakap "JOM TANGKAP GAMBAR GENG TWITTER".

Never have i ever thought, that i will lost a friend of mine.

Friday, 10 June 2022

Baling kasut di restoran

 Minggu lepas, aku terpaksa pergi ke sebuah kafe untuk aku dapatkan line internet untuk join kelas. Tambah pula, bila di kafe seorang diri, maka distraction luar itu sedikit berkurang jika dibandingkan bila berada di kolej atau rumah. 

Maka, aku macam biasa, order makanan dulu dan kemudian cari tempat. aku cari tempat yang paling hujung dan tak ramai orang. aku pun duduk la situ dalam 3 jam jugak aku kat situ. 

kemudian, ada dua orang wanita dan seorang kanak kanak duduk berhampiran dengan aku. aku rasa dorang kawan. sorang bawa anak, sorang tak bawa anak. kemudian, dua orang wanita ini sembang agak lama jugak, sama macam aku yang duduk kat situ lama. 

Biasa lah, bila dah lama, anak dah mula buat perangai. anak dia start baling baling barang, which aku tak tahu apa benda anak dia baling. dia dah mula jerit, lari sana sini. tapi itu bukan concern aku. aku perhati macam mana mak budak ini handle anak dia. surprisingly, mak dia buat bodoh and continue sembang macam tak ada apa berlaku.

OKAY JAP, KALAU KORANG TERDETIK DALAM HATI CAKAP "ye la, mak dia buat macam tu, sebab tak nak layan anak dia meragam. nanti kedepan, anak dia set dalam kepala otak, kalau meragam, mak aku akan ikut cakap aku". okay anda sabar ye, boleh baca sampai habis.

tak lama lepas dia dah baling barang, lari pusing satu kafe, jerit kuat kuat, anak dia baling kasut kat dinding banyak kali. and then, anak dia datang dekat dengan aku, dan baling kasut dekat dinding yang aku tengah sandar. and kasut tu almost kena aku. time ni, aku nak bengang sikit. ye la, anak sampai kacau orang lain, mak dia masih steady dan cool bersembang dengan kawan. tiada lansung rasa nak cakap kat anak jangan kacau orang. steady sembang sampai ke hujung.

Macam ini lah, aku faham ada certain parents tak nak biasakan anak dengan bagi screen time which is bagi main gadjet seperti telefon, ipad dsb. akan tetapi, jika pilih untuk tidak bagi screen time, parents perlu la provide alternative lain untuk anak supaya anak tak bosan. contoh, bawa lah mainan favourite anak. bawa lah buku bacaan untuk anak. bawa lah anything else yang boleh anak enjoy selain dari gadjet. dari situ, anak tak bosan. at least, anak itu sendiri ada aktiviti dia. 

selain itu, aku bukan nak nafikan hak mak mak nak ada masa bersosial. akan tetapi, mak mak perlu lah bijak atur strategi nak bersosial. pilih lah tempat bersesuaian dan duration masa yang bersesuaian juga. faham ada banyak benda nak catch up, tapi jangan lah sampai tak endah lansung pasal anak.

kalau korang kata mak dia tak nak layan anak dia, sebab tak nak anak dia akan meragam lagi dan lagi pada masa hadapan sebab tahu mak dia akan layan 'meragam dia'. dia macam ni kawan kawan sekalian, kalau anak meragam setakat jerit or menangis, it should be fine. kami outsider ni okay boleh terima lagi. akan tetapi, jika anak dah mula baling kasut dekat stranger yang literally minding their own business, itu dah tak boleh. parents perlu lah ambil tindakan bila anak dah mula guna kekasaran dengan cuba kacau orang lain. kita faham anda ada mindset biar je anak meragam tu, tapi tolong lah concern pasal orang luar yang tiba tiba kena attack dengan kasut anak awak tu. 

sumpah, aku tulis ni bukan sebab aku tengah study kat kafe and rasa anak dia ganggu study aku. in fact, aku sendiri tahu dan aware aku takleh expect apa apa bila study kat kafe sebab ni kafe, bukannya library kan. akan tetapi, jika aku letak diri aku as customer yang nak having lunch, aku sendiri rasa tak selesa bila benda tu jadi. baru nak makan, anak kau dah baling kasut.  

being a parents, your child is your responsibility. walau apa pun keadaan nanti, parents kena bijak untuk handle anak anak. sebab, at the end of the day, you are the one who choose to have a child. plus, your child is too young to distinguish between bad or good. you need to show good example to them.  


Friday, 15 April 2022

Degree life #1

Aku rasa, sebelum aku sambung menulis apa apa. Baik lah aku buat proper entry untuk aku tulis di mana aku sambung study. Supaya senang lepas ni aku nak cerita macam macam lagi. 

Rasa agak kelakar ya, aku mula tulis blog dari darjah 6 dan sekarang aku dah jadi student universiti. Hm, kalau tanya, adakah aku akan masih menulis? Aku sendiri tak pasti. Tapi kalau ada masa, aku nak tulis banyak banyak entry. Supaya aku boleh baca lagi 10 tahun. 

Anyway, kembali kepada topik asal. Aku nak bagitau, sekarang saya sudah besar dan menjadi pelajar universiti. Itu bukan untuk bangga, tapi untuk memberitahu saya dah masuk fasa menyeksakan diri dengan lambakan assignment. 

Sebenarnya, aku tak pernah terlintas nak masuk universiti ni pun. Jahatkan bunyinya? Aku tak pernah terlintas, tak pernah berharap, tak pernah terfikir. Tapi itu lah, percaturan allah kan? 

Dah kalau tak terfikir, kenapa minta masa UPU? Sebenarnya, aku minat ja course ini. Tapi, aku tak pernah expect untuk masuk universiti ini, aku punya harapan untuk masuk USM, UKM or UPSI sebab aku dapat iv kat sana. Bukan yang ini 😂 walaupun aku letak di pilihan ketiga, tapi aku tak sangka aku akan dapat. 

Cakap banyak dari tadikan? Lepas tu tak bagitahu pun U mana. Hm itu lah tu. Nak bagitau. Saya secara rasminya pelajar Universiti Putra Malaysia. Tak tahu nak gembira bangga atau sedih. Dia ibarat love-hate-relationship. 

Course apa? Tak perlu tahu. Sebab tak penting bagi anda, sebab yang penting anda tahu saya dah berjaya masuk universiti. 

Kalau tanya aku sekarang, adakah aku pernah terfikir akan masuk universiti? Jawapannya mestilah tidak. Aku ini pelajar tercorot, pelajar paling malas, pelajar suka tidur, pelajar rebel. 

Tapi aku berjaya juga masuk. Alhamdulillah. Aku percaya ini bukan atas usaha aku sorang, aku percaya di mana aku berada atas doa insan insan hebat seperti ibu ayah, ahli keluarga, saudara mara, cikgu-cikgu dan kawan kawan. 

Tibeh bagi ucapan macam dapat anugerahkan? Over tauuuuuuu. Tapi tu lah, aku bersyukur dapat masuk sini. Walaupun aku belum punya perasaan kat sini. Akan ku cuba tanam perasaan sayang kat sini 🤚🥲 

Macam mana life di universiti? Semestinya saya tidak tahu. Saya hanya pelajar atas talian. Kelas aku 95% online. Satu ja kelas fizikal. 

Oh kelas fizikal? Adakah aku di UPM? Jawapannya ya dan tidak. Ya aku ada bilik di kolej, tapi aku tak duduk situ. Aku tinggal dengan mak cik aku. Aku duduk kolej bila aku ada kelas fizikal, aktiviti kolej, dan jumpa kawan kawan. Tetapi, 80% saya di rumah mak cik saya. Bukan di asrama saya. 

Homesick? Awal awal dulu homesick. Tetapi tak dah. Alasan tak nak duduk asrama? Sebab tak ada roommate, dan bilik kawan kawan saya semua jauh. Saya kena menapak naik bukit. Nak pergi mana mana kena naik bas. Nak naik bas boleh, tapi kena tunggu bas di stesen bas. Iaitu lebih kurang 800m dari kolej. Dan kena mendaki bukit!! Penat. 

Maafkan seketul si gemuk macam saya yang penat mendaki bukit.  Dapat pulak rumah mak cik di bangi, almost every day aku berulang alik bangi-serdang 🥺 gigih!

Itu ja untuk introduction hari ini. Lepas ni kita update lagi okay? Bye. 

Wednesday, 6 April 2022

Paris & tutti fruitti

I am officially 21 years old now. Kadang rasa surreal sebab tak percaya diri sendiri dah tua. Dulu time aku kecik, aku selalu rasa fasa menjadi orang dewasa yang berada di fasa student best. Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa mungkin best jadi student. Kecik kecik bukan faham apa. 

Dah jadi besar (besar sikit 🤌🏼) aku selalu rindu zaman kecik aku. Bestnya jadi budak kecik. Bestnya zaman sekolah, hanya fikir nak sekolah & siapkan kerja rumah ja. Yang lain tak ada. 

Anyway bercakap soal kecik kan, aku teringat. Kami time kecik selalu lalu depan tutti fruitti Village Mall. Setiap kali lalu la tekak teringin betul nak makan ais krim tu. Sampai la ada masa tu, ayah aku baru balik dari Paris. Tak, ayah aku kerja sekejap je dekat Paris. Cuma dia setahun tu ada la sekali, atau dua kali abah kena pergi Paris.

So back tu the story, time first trip abah pergi Paris tu, abah tak berbelanja sangat, sebab makan disediakan, tempat tinggal di beri. So dia jimat duit kat situ. 

Jadi, balik dari Paris tu, ayah aku belikan kami tab. Beli satu ja la, share 5 beradik 🤣 zaman tu kira sapa pakai tablet kaya la. Tapi kami tak kaya pun. Abah simpan duit supaya kami boleh guna tab dan tak berebut laptop.

Selain dari beli tablet, abah juga bawa kami 5 beradik pergi makan tutti fruitti. Tutti fruitti kan kira ikut timbang. Kira mahal jugak la. Tapi sebab anak anak abah teringin, abah pun bawa anak anak dia pergi. Kami pun makan dengan bahagia. Seronok okay masing masing! 

Lately ni aku teringin betul tutti fruitti tau. Tapi tutti fruitti kat kedah tak ada dah. Jadi masa aku balik Bangi, aku pun gigih la pergi Bangi Gateaway sebab nak tutti fruitti. Aku rasa aku pergi lewat dalam pukul 11:30, tapi kedai tu tak buka. Kecewa gila aku. Gigih redah panas terik ke sana, tapi tutup. Pastu kami ronda la Bangi Gateaway dulu, then dalam pukul 1 kedai buka. Jadi aku pun terus la ambik ais krim. Dan bayar!!!



Melalut gila cerita aku. Sumpah kemalasan tahap dewa nak tulis! Bye. 



Anugerah Dekan yang diimpikan