Hanani

Hari ini tetiba terasa nak cakap pasal Hanani. Nak tulis pasal Hanani. Nak kenang balik kenangan pasal Hanani. 


Perkenalan dengan Hanani ini bermula tahun 2015. Dia pindah sekolah dan masuk kelas aku. Kami mula rapat. Tetapi sekejap saja, sebab lepas itu aku pindah kelas. Semasa tingkatan 4 dan 5, aku rasa kami mula rapat balik. Pengakap lah yang menyatukan kami. Sebab waktu tu, aku dan Hanani daftar sebagai Calon Pengakap Raja. 

Zaman itu juga, zaman kegemilangan aku dan Hanani. Kalau boleh, semua kem kami nak join. Paling aku ingat mesti la di Jamboree Kedah 2017. Seminggu lebih, seminggu itu aku duduk dengan Hanani. Suka, gelak, nangis, makan, minum, mandi, tidur, main, jatuh rakit semua dengan Hanani. Mana bisa aku lupakan semua kenangan yang dah dicipta. Waktu di kem juga aku dapat kenal Hanani dengan lebih baik. 


Dia seorang manusia yang selfless. dan sangat mengambil berat pasal kawan dia. Dia akan ikut aku pergi mana-mana sahaja aku nak. Dia akan teman aku. Dia sudi jadi kawan berkepit aku masa di kem. Aku masih ingat kepenatan kat kem sehingga masa majlis penutup, aku tertidur di kaki hanani dan lansung tak sedarkan diri. Punya la aku lena. Sejam lebih juga aku tidur tu. dan dia tak kejut lansung. Sebelum aku terjaga tu, aku ada dengar dia cakap kat kawan kawan yang lain, jangan kacau aku. sebab aku penat. dia cakap. Macam mana saya akan lupa perkara macam ini? sedangkan benda ni dah jentik hati aku. buatkan aku terharu. 

tak cukup dengan itu, Hanani ialah seorang kawan yang sangat jaga solat 5 waktu dah solat dhuha tak pernah tinggal. kiranya dia ahli wajib la di surau. lain la aku, muka aku ni jarang la jumpa kat surau. Tapi hanani tak, dia memang menjaga hubungan dia dengan Allah. dan aku masih ingat dia cakap, kita jangan sekadar solat 5 waktu. tetapi, kita juga perlu menjaga kesempurnaan solat, semoga allah menerima amal kita. Mana mungkin aku lupa semua benda ini.

Hanani, ingat tak, kita dua dua sengkek tak ada duit. Muka kita la setiap hari kat tempat makan. Bukan tu je, muka kita la orang pertama yang cedok makanan. Sebab kita masing masing sengkek dan berharapkan makanan yang disediakan. Ingat tak Hanani, masa semua orang gi kedai jual jual, kita akan tolak dan akan memilih untuk balik base kem dan makan di kem. Ingat tak Hanani, kita pergi kedai burger malam itu, dan memandangkan kita customer last, kita dapat burger free. dan esoknya, kita datang lagi supaya kalau kalau dapat burger free. ya la, masing masing tak ada duit. 

Ingat tak Hanani, kita pernah sama kelas lesen motor, and then masa tu hujan lebat sangat. Tapi, sebab desperate, kita teruskan ja latihan motor. baru satu round, kita dah kena marah dengan cikgu sekolah memandu sebab pandai pandai buat latihan masa hujan. 

Ingat tak Hanani, kenangan Sains 2 2017/2018. Best sangat kan? kita semua ponteng kelas ramai ramai. dua tiga hari sebelum SPM, pergi amanjaya Mall main macam macam. seronok sangatkan kenangan tu semua. 

Hanani, kita dah lama follow each other kat twitter.. tahu lah twitter ni tempat apa kan? tempat luahan perasaan. selalu aku baca tweet hang. terkilan sangat sebab aku tak pernah tanya keadaan hang. aku minta maaf untuk jadi kawan yang tak guna. 

aku mungkin tak rapat sangat dengan hanani. ya la, berbeza geng. tapi tetap rapat sebab satu kelas. dan satu geng pengakap ^_^

Tapi, tu semua tinggal kenangan yang sangat sedih untuk diingatkan kembali. 

14 November 2022, Hanani telah meninggal dunia akibat jalan raya. Akan aku ingat tarikh ini sampai bila bila. sedih sangat aku tak tahu nak cakap apa. sedih yang aku rasa susah nak telan semua ini. tapi bukan lah bermaksud aku menolak ketentuan tuhan, tapi aku perlukan masa untuk telan semua ini. sakitnya ingat semua benda ni. 


Tengok ni, ini gambar yang masa tu aku tangkap sebab aku cakap "JOM TANGKAP GAMBAR GENG TWITTER".

Never have i ever thought, that i will lost a friend of mine.

Comments

Popular Posts