VOLUNTEER PROGRAM SUKAN


Assalamualaikum Hello Hellooooo everyone! I am back and trying to make a new posting here. 

Pada bulan September hari itu, aku ada join program sukan sebagai volunteer. Sebenarnya, ini lah program kesukarelawanan sukan pertama yang aku join. 

Sebelum ni, memang aku dah banyak join program sukarelawan sukarelawan yang lain, tapi kebanyakkannya semua berunsurkan misi kemanusian bagi bantuan kewangan, makanan, mengajar dan sebagainya. Tak pernah lagi aku join program sukan. 

Untuk memudahkan kefahaman, program kesukarelawanan ini ibarat urusetia program yang membantu untuk program dilaksanakan. 

Program yang aku join ialah program Sukan Staf Universiti-Universiti di Malaysia. Menarik tau! Sebab sukan ini kira acara besar sebab melibatkan semua universiti di Malaysia termasuk UNIMAS dan UMS. 

Sukan Staf Universiti atau dikenali sebagai SUKUM ini diadakan 2 tahun sekali. Dan buat julung kalinya, tahun 2022, UPM jadi tuan rumah. Jadi, semasa semua orang cuti semester, aku perlu ke UPM kembali untuk sukan ini. 

Walaupun pada mulanya sedikit berat hati untuk menyertai, tambah pula bila aku disuruh menjaga sukan Badminton, which is sukan yang aku tak minat dan tak pernah tonton pon. Jadi, pada awalnya aku sedikit struggle ya nak fahamkan undang undang dan peraturan badminton ni semua. Maklum lah, saya memang mandom pasal sukan. 

Sehari sebelum program, kami dibawa ke Uptown Sport, tempat program ini dijalankan. Tujuan pergi sehari awal, untuk set up tempat dan diberi briefing mengenai hari kejohanan badminton tersebut. Waktu tu la baru aku tau susah jugak badminton ini, dulu ingatkam badminton ni main pukul shuttlecock je. 

Kami kena jadi Linesman. Jaga line, tengok la bola masuk dalam ke, luar ke. Dan kalau ada kekotoran dalam court semasa game berjalan, kami kena cuci dan bersihkan. Gitu ja. Tak susah sangat. Lepas dah tau gerak kerjanya, dah senang. 

Walaupun menjadi linesman ni kedengaran macam senang, tapi tak senang tau! Macam aku cakap, aku tak pernah tahu pasal badminton. Jadi, waktu hari pertama aku susah sangat nak faham. Tambah pulak, nervous. First game dah kena jaga. Ditambahkan lagi dengan penyokong yang ramai. 

Waktu first day, ada sedikit isu dimana penyokong nampak shuttlecock jatuh dalam. Aku nampak dia jatuh luar. Jadi kita jadi linesman ni, kena pendirian tetap. Nampak dalam, cakap dalam. Jangan tukar tukar and takut takut. Biar je penyokong cakap apa pun. Which mean, waktu tu, penyokong maki maki dan bagi jelingan maut. Sumpah ramai gila waktu tu!!! Rasa nak nangis dan nak balik rumah jugak! Sedih tauuu kena maki berjemaah ni. 

Masa tu, aku rasa kenapa lah aku join ni. Pastu kenapa setiap minit terasa lambat berlalu. Dah la kena hadap caci maki penyokongggg. Tapi, bila hari kedua dan seterusnya, aku dah faham konsep badminton. Jadi dah tak susah. Disebabkan hari pertama aku dah kena maki, jadi hari kedua dan seterusnya aku dah kebal. Maki la saya, saya tetap dengan kata kata saya dan tak akan berubah. 

Masa game ini lah juga, aku kenal perangai banyak orang. Tahu tak, kan first day ada problem penyokong tak setuju dengan pendapat aku, jadinya, hari kedua dan ketiga, dorang record muka aku. Aku biarkan je la. Dengan harapan, nanti ada orang tengok muka aku dan cakap "eh cantiknya budak ni walaupun dia tak reti jadi linesman" gituuu. Hidup ini mudah, jangan dipersulitkan. 



Peserta peserta ini kebanyakannya bapak bapak orang, orang orang tua. Tiada masa untuk aku mencuci mata. Semua dah tua belaka. Pangkat pangkat bapa kita. Siap ada sorang pak cik ni cakap dia nak kenenkan aku dengan anak dia. Silap la pulak aku gelak and geleng, patutnya aku iyakan dan ambik nombor telefon!! HEHEHEHEHE GATALLL. 

Apa yang membuatkan sukum ni lagi best adalah disebabkan teammate yang masuk air nak mampos. Dah habis game, mesti penat dan tak larat. Naik bas ngantuk ngantuk. Tapi si ziana, amanina, faiz, ramai lagi time tu yang menghiburkan. Setiap kali on the way balik, mesti dorang nyanyi nyanyi, siap request suruh pak cik bas bawa slow slow, sebab nak nyanyi banyak lagu. 

Rutin waktu sukum hari tu, memang wajib pukul 7:30 dah kumpul dekat tempat bas, dan sampai dekat venue pada pukul 8:00. Kemas kemas, sapu dan mop. Pukul 8:30 sharp selalunya start. Bagus sukan ni, sebab game game semua mula sharp. Tak ada melayu melayu lengahkan masa. Kebiasaannya, kita orang akan sampai kolej balik dalam pukul 6:15-7 petang. 

Walaupun penat, tapi tetap enjoy!! Pengalaman yang tak akan dilupakan. Seronok rupanya join program sukan macam ini. Cuma mental la kena prepare lebih sikit. 



Comments

Popular Posts