RASA HILANG ARAH TUJU

Hii semua,

Lepas habis belajar, aku rasa sedikit lost dengan hidup.

Manakan tidak, dari umur 5 tahun sampai lah 24 tahun, hidup aku sentiasa dalam acuan sistem.

Tadika > Sekolah Rendah > Sekolah Menengah > Universiti.

Sejujurnya, sejak umur 14 tahun aku dah mula doa sungguh-sungguh supaya direzekikan sambung belajar ke universiti. Kalau orang tanya, “Eh, cita-cita hang apa?”, jawapan aku senang je — nak masuk universiti.

Kenapa? Sebab dari kecil, orang sekeliling macam tak percaya dengan kebolehan aku. Bukan bermaksud mereka pandang rendah, cuma depa rasa aku tak mampu. Bila aku berjaya masuk universiti, baru lah orang mula nampak aku pun ada potensi.

Jadi, bayangkan… 19 tahun hidup dalam sistem. Dalam dunia akademik yang dah tersedia jalannya. Jadi, bila semuanya tamat, aku rasa lost. Kosong.

Ramai juga yang tanya, “Dah ambil Masscom, kerja ja la media.” Tapi itulah yang menjadi persoalan utama untuk aku. Sebabnya, aku taklah betul-betul enjoy dunia media. Bukan tak suka, tapi aku tahu aku tak nak teruskan dalam bidang tu.

Bila aku mula mohon kerja yang lebih ke arah korporat, orang korporat pula tolak aku. Katanya, “Awak terlalu entertainment.” Aku jadi pening.

Dan sampai sekarang, aku masih lagi tercari-cari. Masih rasa lost. Tak pasti apa sebenarnya yang aku nak buat dengan hidup ni.


(gambar zaman intern; hari-hari terakhir sebelum sri pentas ditutup)

Comments

Popular Posts