Kek coklat

Resepi dah pernah bagi dulu. Lagipun this is a normal-and-typical-moist-chocolate-cake. So resepi bersepah kat luar.

Actually kan kek coklat la kek pertama yang aku sendiri buat yang jadi. Its quite easy to make.

But that is not the point.

When i was form 2, aku ada kelas amali memasak. Aku pun tak ingat dah aku masak apa time tu. Yang aku ingat,kami buat ala ala potluck juga. Di samping masak,kami juga bawa makanan sendiri. Jadi aku bawa kek coklat (tak ada topping pun). Time tu sekolah sesi petang. Aku terbangun lewat,pukul 10 bangun terus baking. Pukul 11.30 bersiap pi sekolah. Keh tu kek cincai tanpa topping.

Jadi aku bawa kek pergi sekolah. Bila makan,semua puji sedap la. Ala biasa la. Orang jaga hati. Dan aku rasa coklat kek ni sangat dekat dengan semua orang. Ramai orang suka kan. Lepas tu,cikgu aku ni dia peniaga kek. Dan bila dia makan kek aku dia puji melambung la kek aku sedap. Aku rasa segan. Sebab dia memang jual kek coklat,tapi dia dok puji kek aku.

Tak apa la. Lepas tu dia cakap dia nak resepi, aku ingat dia main main. Aku angguk je la. Lepas tu, sebenarnya aku lupa nak bagi. Sebab aku ingat dia main main,tapi dia terjumpa aku,and dia minta resepi lagi. LOL. Aku pun bagi je la resepi.

Dua minggu macam tu,dia terjumpa aku lagi. Lepas tu benda pertama keluar dari mulut dia

"Kenapa saya buat kek tak sesedap saffi punya kek" fuh kembang terus aku dibuatnya.

"Mesti ada resepi rahsia saffi tak habaq kat saya ni. Saya dah buat guna resepi tu dua tiga kali,tetap tak sama rasa macam yang saffi buat"

Ni aku tak tipu. Dia yang cakap centu.

Pastu lama aku fikir. Apa yang membuatkan kek tu rasa lain. Aku sememangnya tak ada rahsia.

Lepas tu baru teringat.

Time tu aku guna bahan lain untuk buat kek. Iaitu:-

Aku guna serbuk koko volhalten (entah betul ke tak eja ni)
Aku guna susu coklat dutch lady
Aku guna minyak bunga matahari

No wonder la rasa dia lain. Bila kita memasak ni,kalau kita guna bahan berkualiti,rasa akan berbeza sekali.

So aku bagitahu cikgu. Lepas tu cikgu cakap "patut la sedap. Bahan kamu guna mahal mahal."

Laaaaa

Comments

Popular Posts