Monday, 27 April 2020

Resepi popia carbonara



Kali ni nak share resepi popia carbonara. Sebelum aku start tulis resepi,aku nak bagi disclaimer. Ini ialah cara aku tersendiri. Anda mungkin ada cara anda tersendiri.

Anyway, popia carbonara ni basic dia ayam + sos carbonara. Itu jeeee. Tapi kita buat dia,so boleh oleh. Kalau nak guna sosej pun boleh. Nak guna ayam pun boleh. Nak guna minced chicken yang readymade tu pun boleh. Terpulang pada anda and depending on your budget as well.

Ada hari aku letak cendawan,ada hari aku tak letak. Ada hari aku letak carrot,tapi kali ni aku tak letak.

Mak aku pesan suruh guna bahan bukan processed food as much as i can,sebab tak sihat semua tu. So aku just guna readymade carbonara. Aku tak guna minced chicken instead aku beli ayam and cincang sendiri. Aku tak letak mushroom, sebab fresh mushroom tak ada. Mushroom tin tu tak rasa mushroom. So useless.

Anyway,gambar bercampur. Sebab aku dah banyak kali buat. So banyak gambar.


Resepi popia carbonara 


5 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji bawang holland saiz kecik (dadu)
1 biji carrot (sagat/potong/dadu)
1 tin cendawan (terpulang,optional)
800 gram isi ayam/ minced chicken
Atau kalau tak guna ayam nak guna sosej,also can,
2 paket sosej (dadukan)
Blackpepper

Sebelum start,sapa guna cendawan butang tin,disarankan potong potong. And then letak dalam kuali,tak payah minyak tak payah air,and then buka api. Masak kejap dalam 5-10 minit untuk buang air yang diserap cendawan. Kacau kacau.


Cara-caranya


1. Tumis bawang putih sampai garing. 
Tumis sampai garing

Garing macam ni!

2.masukkan ayam/sosej 

Ayam akan bawa keluar air,so masak kejap sampai air sedikit kering 



3. Masukkan bawang holland. And then kacau kacau. 

4.masukkan cendawan dan carrot (optional) 

5. Masukkan 1 tin prego carbonara 
Kacau bagi dia kering. (Its okay kalau kering,sebab nanti bila goreng automatik inti tu basah balik,dia berair balik)

6.season to taste. Put some blackpepper 

Pastu balut la... 

Siapppp. Itu sajoooooo!! 

Ingat,basicnya garlic,sos carbonara and ayam/sosej. Yang lain tu optional. 

Bahan hari ha,tu je. Aku guna ayam,bawang holland,bawang putih n sos prego. Thats it.


Ni kalau ayam cincang & isi ayam habis kat kedai,guna sosej. Boleh aja... Tekak kita kan.. kita yang nak makan. 











Wednesday, 22 April 2020

Kek coklat

Resepi dah pernah bagi dulu. Lagipun this is a normal-and-typical-moist-chocolate-cake. So resepi bersepah kat luar.

Actually kan kek coklat la kek pertama yang aku sendiri buat yang jadi. Its quite easy to make.

But that is not the point.

When i was form 2, aku ada kelas amali memasak. Aku pun tak ingat dah aku masak apa time tu. Yang aku ingat,kami buat ala ala potluck juga. Di samping masak,kami juga bawa makanan sendiri. Jadi aku bawa kek coklat (tak ada topping pun). Time tu sekolah sesi petang. Aku terbangun lewat,pukul 10 bangun terus baking. Pukul 11.30 bersiap pi sekolah. Keh tu kek cincai tanpa topping.

Jadi aku bawa kek pergi sekolah. Bila makan,semua puji sedap la. Ala biasa la. Orang jaga hati. Dan aku rasa coklat kek ni sangat dekat dengan semua orang. Ramai orang suka kan. Lepas tu,cikgu aku ni dia peniaga kek. Dan bila dia makan kek aku dia puji melambung la kek aku sedap. Aku rasa segan. Sebab dia memang jual kek coklat,tapi dia dok puji kek aku.

Tak apa la. Lepas tu dia cakap dia nak resepi, aku ingat dia main main. Aku angguk je la. Lepas tu, sebenarnya aku lupa nak bagi. Sebab aku ingat dia main main,tapi dia terjumpa aku,and dia minta resepi lagi. LOL. Aku pun bagi je la resepi.

Dua minggu macam tu,dia terjumpa aku lagi. Lepas tu benda pertama keluar dari mulut dia

"Kenapa saya buat kek tak sesedap saffi punya kek" fuh kembang terus aku dibuatnya.

"Mesti ada resepi rahsia saffi tak habaq kat saya ni. Saya dah buat guna resepi tu dua tiga kali,tetap tak sama rasa macam yang saffi buat"

Ni aku tak tipu. Dia yang cakap centu.

Pastu lama aku fikir. Apa yang membuatkan kek tu rasa lain. Aku sememangnya tak ada rahsia.

Lepas tu baru teringat.

Time tu aku guna bahan lain untuk buat kek. Iaitu:-

Aku guna serbuk koko volhalten (entah betul ke tak eja ni)
Aku guna susu coklat dutch lady
Aku guna minyak bunga matahari

No wonder la rasa dia lain. Bila kita memasak ni,kalau kita guna bahan berkualiti,rasa akan berbeza sekali.

So aku bagitahu cikgu. Lepas tu cikgu cakap "patut la sedap. Bahan kamu guna mahal mahal."

Laaaaa

Tuesday, 21 April 2020

Buat nasi lemak



"no one is born a great cook, one learns by doing" 



I love that quotes. I always get this "hang tak apa la pandai masak" LOL

Izinkan saya ketawa kawan kawan. Because i am not. Yesy you might probably say that because you see what i post on my social media. But what i show to the social media is just 30% of my life. Of course i choose to show the good side of my life. And keep the bad side to myself only.

Same goes to cooking & baking. I just show you apa yang jadi. Yang tak jadi kita simpan buat kenangan je.

Yang aku tahu, every day is a learning process. Nak power sesuatu skill,kita kena always practice.

So,today issa about sambal.

Sambal ni kan,aku belajar nak buat dia since aku 15 tahun. Maksudnya dah 4 tahun aku belajar. Aku mula mula ingat aku tak berjodoh dengan sambal,sebab masakan berasaskan sambal mesti aku failed. Give up gak la. Tapi tu la, lama lama macam dah okay pula sambal aku.

It taste slightly similar to my mom's sambal. LOL angkat bakul pulekkkkk

Hari tu mak cakap nak makan nasi lemak. Aku pun buatkan sebab aku pun teringin.

On daily basis,aku selalunya (almost every single day) aku beli nasi lemak untuk bekal aku. So boleh bayang betapa jemu nya aku dengan nasi lemak. A few days before MCO started,aku cakap kat mak "TAK NAK MAKAN NASI LEMAK JEMUUU DAH"

I guess i miss it already.

LOL

Here i show you the beauty of nasi lemak air tangan saffi.



Monday, 20 April 2020

Resepi koey tiau kung fu


Disclaimer: setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk masak. Dan this is my style of cooking. No judgement okay,saya budak baru belajar masak.


Aku pun confused apa beza koey tiau ladna dengan kungfu,sebab macam tak ada beza. Aku siap buat eksperimen beli koey tiau ladna dan koey tiau kungfu,lebih kurang sama. Tapi ladna punya kuah tak ada tumis. Tapi rasa sama je lol. Papeee je la.

Okay jom.

Tapi bare in mind,bahan agak agak je semua. Season to taste.

Resepi koey tiau kungfu (ni anggaran untuk 4-5 orang makan)

Bahan-bahan:
8 ulas bawang putih (cincang halus)
Ayam/sotong/udang (dadukan ayam)
1 jug air
1 kiub ayam
Sos tiram
Lada putih
Lada hitam
Cili padi
Garam
Air bancuhan tepung jagung (2 sb + air)
Sayur (kobis,carrot,anything you want)
Koey tiau
Kicap

Cara-cara membuatnya:-

Koey tiau dulu:
Koey tiau
Kicap
Lada
Telur

Kacau and goreng. Aku tak letak minyak,sebab tak nak dia too oily. So aku goreng cam besa tanpa minyak. Tapi orang selalu goreng dengan minyak yang banyak. Terserah nak pilih yang mana.

Kuah:
1.tumis bawang putih dengan api yang sederhana. Tumis sehingga bawang putih garing.
2.masukkan ayam. Sehingga ayam bertukar warna nacam masak sedikit.
3. Masuk air. Didihkan sebentar.
4.apabila dah didih,season to taste first.
-masukkan kiub ayam
-masukkan lada
-masukkan cili padi
-masukkan sos tiram
-rasa,kalau perlu,masukkan garam
Basically season to your taste,tekak lain lain kan~
5. Masukkan sayur mayur
6. Kalau ada seafood,part last ni masukkan seafood.
7. Masukkan telur,depends,
-nak telur sebiji,pecahkan sebiji.
-nak telur hancur dalam kuah, letak telur. Biar jap dalam 5 saat,pastu kacau 3 saat,repeat.
8. Masukkan bancuhan tepung jagung dan teruskan kacau.

Siap!

Ni bahan aku,apa adanya je lah~ 


Suka hati la,tapi minyak jangan sikit sangat.



Okay tumis sampai garing

Masukkan ayam,agak agak ayam dah jadi warna putih,masuk la air

Pastu season to taste la

Kuah diaaaaaa

Selamat mencuba


Abang polis buat lawak

So just in case to let you know. Currently pengakap also involve to help the frontliners with the ppe,tapi fokus pengakap lebih kepada face shield la. So setiap kelana untuk setiap negeri dikerah untuk buat face shield untuk diberikan kepada klinik kesihatan,hospital,balai-balai polis etc,basically fokus diberikan kepada frontliners yang di hospital la. Sebab depa lagi terdedah kepada risiko untuk dijangkiti.

So aku join pengakap. So join project ni,project ni namanya face shield heroes. So lepas buat face shield kena bagi kat tempat tempat yang aku dah sebutkan tadi.

So. Hari ni aku punya tempat penyerahan ialah dekat beberapa buah klinik kesihatan dan juga beberapa tempat roadblock. Total 300 face shield hari ni.

So time tu,aku yang pi bagi,so polis kenal la aku kan. Sembang jap dengan dorang pasal roadblock,tanya ramai ke yang keluar tanpa sebab. Soalan centu la basically. Borak jap,then blah.

Lepas tu,time nak balik,aku balik naik motor. Motor aku parking dekat rumah kawan aku. Selalu aku guna jalan jauh untuk balik rumah sebab taknnak jumpa polis. Tapi sebab tadi aku dah jumpa polis,so aku rasa aku boleh chill sikit. Mesti polis rileks je bagi aku lalu. Konon la. Itu apa yang aku sangka.

Aku pun lalu. Dari jauh polis dah tahan aku. Aku pun cam gelabah sikit. Muka acah kekal tenang. Lepas tu, polis kata "berhenti" aku redha la kena tahan. Tapi dalam hati macam "takkan dia tak kenal aku kot,tadi aku baru datang sini"

Sigh.

Pastu,polis kata "dari mana ke mana" aku cam pelik apahal la polis ni,tadi aku datang sini kan.

Aku tak sempat jawab. Lepas tu dia cakap "bawa keluar ic lesen. Ic lesen aku letak bawah motor. So aku kena buka seat. So aku cam nak turun motor. Tapi masih blurr kat situ.

Lepas tu semua polis kat jalan tu berdekah gelak kat aku. Siotttt. Pastu abang polis tu cakap

"Saya melawak je,dah la,jalan"

Bang polis,sesungguhnya itu tidak lawak.
Bukti memang aku datang kat polis. Tapi sampai hati dorang SCAM AKU herghhggg



Just a normal selfie.



Thursday, 9 April 2020

Thought about covid-19

Night thought actually.
[31 march,2:30 am]

Sebenarnya,aku rasa mco atau pkp ni ialah fasa dimana kita kena preparekan diri menghadap ilahi.

Sebab?

First,of course mati itu pasti. Lol

Second,we have so much free time,so we can solat,ngaji,puasa,qada solat and banyak lagi ibadah yang kita boleh buat.

Third, corona virus is not a joke. It spread so fast. It is so dangerous. And at this phase,we need to expect that everyone have that virus including us. Because it is not impossible for us to get it too,i meant nauzubillah la kita nak dapat,tapi just think about it again. Possibility untuk kita dapat pun ada kan.

So? Tak ke rasa yang mco is fasa untuk kita prepare ke sana?

Monday, 6 April 2020

Sedia berkhidmat err

I slept at 5:45 am and got a phone call from my senior at 10.00 am asking me if i can go to somewhere to help them packing barang bantuan. And how can i say no to them?

Pukul 10 juga call orang merata cari orang,sebab nak kena ada kat sana before 11. By 10:30 aku baru nak mandi apa semua.

Sampai sana, petugas rela  tanya kenapa lambat. Kami cakap la baru dapat info literally an hour ago. Lepas tu dia kata "apa tagline pengakap kelana"

Aku pagi pagi,baru bangun tidur ni blurr ya allah

"Sedia berkhidmat kan? So ready je la" kata abang tu lagi. Aku pun errrrrr 🙃🙃🙃


But anyway,we did it.
Banyak sangat sumbangan. Aku tak tau berapa ratus pack semalam. Sebab sangat banyak.

Gonna put the pic right here.

Ni kawan baru...
Zzzz dah la pendiam.


Aku dah pesan,nak tangkap gambar habaq,ni tak habaq. Tak lawa la aku.

Ni jad. Tengok la banyak mana beras tu. Fuh berat siot.

Acah acah busy sikit.



Satu plastic bag ada 

2kg gula
2 kg tepung gandum
3 tin susu pekat
3 tin sadin
1 bihun
1 teh
1 kopi
3 paket minyak
2 paket maggi 

Dan diberi bersama beras 10 kg.

Okay,aku nak betulkan urat urat badan aku. Totally sakit. Sebab kena angkat berat semua. And perempuan hanya 3 orang. Tak nak jadi manja,semua yang lelaki angkat,semua kami angkat 😭😭 sakitnya. Macam ni ka apa yang lelaki rasa selama ni???? 

Saturday, 4 April 2020

Pengalaman derma darah

Aku ingat time kecik kemain dengan angkuh dan selfish nya aku cakap "buat apa nak derma darah? Allah dah bagi kat aku,kenapa aku nak kena bagi orang". It was 9 years ago when i was 10 years old.

As time passes by,i know how important blood donation is to someone. I've read a few tweet saying thanks to those who donated their blood.  In fact,they will not be here if there are no blood. Especially kes macam beranak kan.

In fact,mak aku sendiri pun cerita yang dia tumpah darah banyak. Dan doktor masukkan darah.

Plus untuk menguatkan lagi hati aku, sebab actually dari 2019 aku nak derma. Aku ada date yang aim bila pihak hospital buat derma darah, tapi bila hari kejadian aku tak boleh derma for some reason.

Bila tahun 2020, aku beli buku 26 kes by katapilar. Penulis dia terdiri dari kalangan healthcare worker,ada doktor, ada staff nurse,ada medical assistant,dietition,pharmacist.

And dalam buku tu,cerita pasal dorang punya pengalaman yang tak boleh dilupakan. Dan ada a few story yang cerita pasal darah, which is patient kekurangan darah. Ada kes patient perlu more than 12 bag of blood. Sampai darah tak cukup,doktor tak boleh buat operation,bayangkan doktor tu pergi derma darah dulu so that he can save that patient. Darah yang dorang dapat panas je,sebab baru diderma. Semua kat asrama,sapa darah O (tak silap aku) dikejutkan untuk pergi derma. Betapa pentingnya pendermaan darah. Tu yang aku nak sangat derma.

Highly recommended. A really good book indeed. It is full of knowledge. Obviously pasal medical,tapi senang difahami. Aku rasa tak rugi duit aku beli buku ni. 

So,nak jadi cerita,pihak sekolah anjurkan program ni. 
Lagi aku excited. 
Aku punya tahap excited tu, doktor & cikgu suruh pergi rehat,aku isi borang and terus derma darah. Gittew~ 
To prove you that im so freakin excited to donate. 

And pak cik yang in charge,aku tak tahu dia sapa, i mean idk if he is a nurse,ma,doktor or what. 

Tapi dia check darah aku. Darah aku A+ cis,kenapa time exam susah sangat aku nak dapat A+.

Highblood pressure okay,semua okay. So proceed.

Aku pun dah derma.
Pastu dapat beg. Full of mineral water,milo 3 in 1,biskut,jajan sikit. 

Series talk,lepas derma tu pening sikit. Mungkin sebab darah tak cukup dalam badan. Dua hari gak la pening,lepas tu okay balik. 

Here aku attach-kan sekali gambar. 

Doktor puji hb aku bagus which was 14 something. Tapi at the same time,dia kata minum banyak air. Badan aku kurang air. I also dont get it,i drink water more than 2 litre every single day.

Nurse cucuk sekali ja,darah keluar dah. Sapa tau aku,mungkin tau tangan aku ni memang nampak urat. Kulit nipis boleh nampak urat dengan senang. 

Ni melawat orang. Aku bersyukur aku buat awal,tak payah tunggu orang. 


Beberapa kelebihan bila derma darah:
1. Dapat selamatkan 3 nyawa. (Tak perlu jadi superhero pun nak selamatkan orang)
2.dapat kurangkan kalori dalam badan. Which is good untuk sapa pemalas exercise macam aku.
3.mengurangkan risiko sakit jantung dan risiko cancer.



Anugerah Dekan yang diimpikan