Friday, 2 June 2017

resepi creampuff SEDAP FILLING CUSTARD+WHIPPED CREAM


Assalamualaikum ... selamat berpuasa semua!alhamdulillah sama sama kita manfaatkan ramadhan ini ye..

hari ni nak share resepi creampuff sedap tak muak.feeling dia whipped cream mix dengan custard!!!so sedap okay.


nah gambar aku buat creampuff.resepi ni aku dapat dari blog cik epal dan feeling dapat dari facebook.

mari lah kita teruskan je dengan resepi 


RESEPI CREAMPUFF
  • 125g butter
  • 250ml air
  • 150g tepung gandum *ayak
  • 2 sudu kecil baking powder *ayak
  • 4 biji telur
  • 1 sudu essen vanilla 
CARA CARA NAK BUAT

-masukkan air dan butter di dalam satu periuk,panaskan sehingga butter cair dan air menggelegak
-masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak,kacau laju laju hingga sebati dan sehingga berkeping didasar periuk 
-Alihkan doh tadi ke dalam bekas lain,pecah telur satu persatu (dekat doh tu) dan kacau hingga sebati dan tambahkan sedikit esen vanila

masukkan kedalam piping bag,dan pipe diatas dulang yang telah dioles dengan minyak@marjerin . pipekan kemas kemas dan comel . 

spraykan air diatas puff ini bertujuan untuk puff berkembang

bakar didalam suhu 200 darjah celcius selama 20-30 minit atau sehingga keperangan




tanda puff jadi ialah bila ianya berongga atau berlubang ditengah 


baru keluar oven panas panas lagi 

rupanya tak sama,sama seperti manusia yang diciptakan berbeza beza lol done dakwah ehhhhh done merapu


RESEPI FILLING CREAMPUFF (CUSTARD+WHIPPED CREAM)

buat custard dulu..

200ml fresh milk
3 sudu besar tepung kastard

  1. panaskan susu dan campurkan dengan tepung kastard.kena kacau sentiasa supaya ianya sebati dan licin.
  2. sejukkan
untuk whipped cream

1/2 cawan whipping cream
  1. pukul whipping cream sehingga bertanduk (dah kental) 
  2. campurkan custard kedalam whipping cream dan kacau perlahan lahan
letak didalam piping bag dan pipe didalam puff. puff potong@tebuk suka hati la biar ada ruang lepas tu inject dengan feeling tadi sambil feeling feeling jadi doktor gituww.




Dia kena buat filling sambil feeling.geddit?
ini whipping cream je tak siap lagi lol




Monday, 22 May 2017

pilihan elektif sains komputer tingkatan 4

so untuk entry ni ada la content sikit so at least aku takdak la sembang bohong banyak sangat kan?so untuk form4 yang masih blurr untuk pilih elektif dan aliran boleh la baca benda ni (walaupun aku tahu entry ini akan berat sebelah)

for sure budak budak tingkatan 3 (2017) ada yang dah start buat research mengenai aliran yang akan diambil tahun hadapan waktu tingkatan 4.so basically,you need to have your own MATLAMAT. bila dah ada matlamat ofc everything dah di-plan such as you already have your ambition .

benda ini sangat penting Ya Allah trust me,sangat penting untuk tahu kebolehan diri.satu lagi untuk diingatkan,jangan dengar cakap orang dalam hal ini especially 'orang luar' . minta PENDAPAT PARENTS,CIKGU AND KAUNSELOR kalau masih dilema. dan lagi sekali diingatkan minta pendapat,bukan patuh arahan.

bila masuk menengah atas (tingkatan 4&5),ada 5 subjek wajib iaitu Bahasa Melayu,English,Pendidikan Islam,Sejarah dan Matematik . selepas itu,akan dipecahkan kepada dua aliran (ini aliran yang selalu ada yang FAMOUS) .aliran pertama aliran sains,aliran kedua aliran sastera.

aliran sains ialah aliran yang belajar mengenai fizik,kimia,biologi,addmath.subjek sains tidak ada kerana sains telah dipecahkan kepada 3 subjek tersebut

aliran sastera ialah aliran yang dipecahkan banyak bahagian.bab sastera ini aku masih kurang ilmu untuk nak explain pasal dia . tetapi yang aku tahu,subjek dalam kelas sastera banyak mengikut kelas yang diduduki.ada geo,seni,perdangan,perniagaan,SRT,account dan banyak lagi.

sebab itu aku kata hampa kena ada matlamat,ada cita cita,tahu kebolehan diri,minat . semua itu sangat penting supaya tiada penyeselan ditengah jalan (ya i feel it rn) . susah untuk nak bertukar aliran jika sudah dipertengahan jalan.so untuk mengelakkan orang lain macam aku,aku tekan kat sini perlu ada matlamat.

bila cikgu dah tentukan kelas,you still have choice or chance . kalau tak minat,you better change your class . dalam bab ini tolong jangan ikut kawan,sebab for sure ramai kawan kawan yang akan membantah dengan keputusan hang.tapi,its for your future so,buat lah pilihan yang bijak.

untuk adik adik yang memang nak masuk kelas aliran sains,ingin ditekankan bahawa sains dan math di menengah rendah mesti cekang power la. sebab nanti takda la ketinggalan bila cikgu mengajar.so for those yang basic pon masih blurr but still nak kelas sains,its okay,you still have time.hargai setiap minit yang berlalu.

so,itu baru aliran . akan ada elektif di sesetengah kelas. apa itu elektif?subjek elektif ialah subjek pilihan sebab dia akan ada dua dan hampa boleh pilih nak subjek apa.macam kelas aku,ada Sains Komputer dan Grafik Komunikasi Teknikal . selalunya sekolah dah tetapkan dah elektif hang,but still you have choice sama ada nak tukar or just go on . untuk pengetahuan,subjek elektif boleh drop if you want.cakap kat cikgu kelas kalau nak drop.tetapi,cikgu selalunya aku suggest untuk hampa terus hadap subjek subjek itu untuk meluaskan cabang cabang course di universiti or ipta/ipts nanti.

banyak lagi subjek elektif,tetapi aku cuma cakap apa yang aku tahu seperti sains komputer,grafik komunikasi teknikal,sains rumah tangga,akaun.

ye ini lah baru apa yang cuba aku sampaikan,panjang betul mukadimah aku supaya boleh faham.

fyi,start tahun ini kerajaan telah mewujudkan subjek sains komputer dan grafik komunikasi teknikal bagi menggantikan subjek ICT dan LKJ.

basically,sejak dari dahulu lagi,student seram betul dengan subject ict ini.sebab apa eh?katanya sebab susah.sebab ict kena belajaq in english am I right?so what about lkj (i am not so sure lkj belajaq dalam bahasa apa) ?

so bila kerajaan dah tukar kepada sainskom n GKT pon still ramai yang memilih gkt sebab takut sangat dengan sainskom.idk why but sainskom okay apa.rasa cool ja kalau belajaq.cikgu pon okay.


so what is your first expectation abt sainskom?to be honest sainskom is about programming.ramai yang bila dah dengar perkataan sainskom macam takut gila.kenapa wahai kawan kawan?adakah sebab perkataan sains?hello it doesn't matter lah.

And I still remember how my friend said to me bila aku nak tukar elektif (ya at first aku GKT not sainskom) "susah weh,kak aku kata susah.nanti hang takkan paham.bila nak tengah tahun baru hang paham.tu pon atas usaha hang sendiri."

do i care abt that?its all abt my life not yours.

fyi,student sainskom kat sekolah cuma 11 orang.yang lagi malangnya,BUKU TEKS SAINSKOM SAMPAI BULAN MARCH AND HOW KAMI SEMUA BELAJAQ WITHOUT BUKU TEKS????yes kami survived.dan dah la buku teks lambat sampai,lepas itu dibekal kan cuma 10 buah ja????

so struggle okeyhhhh.

dan untuk pengetahuan yang kata susah,awal tahun hari tu punya ujian,9 orang dapat A dan cuma 2 orang dapat B.ha kami belajaq tanpa buku teks okay ja.

apa beza ict dan sainskom?

ict dan sainskom tiada beza.cuma,sainskom kerja kursus dia lagi sikit dari ict dan sainskom susah sikit lagi lagi untuk sapa yang tiada Asas Sains Komputer (subjek ASK). but its okay,aku pon takda ask but still boleh survive.semua atas usaha diri sendiri.jangan dengar cakap kawan because they know nothing.sebab tu la pepatah kata tak kenal maka tak cinta.sainskom ialah fav subject aku.sebab aku enjoy belajaq dengan evironment yang tenang,sejuk ber aircond,selesa.

apa yang aku belajaq pasal sainskom?

oh lupa nak cakap sains kom belajar dalam bahasa melayu not eng anymore. so ada 3 bab ja,



1.pengaturcaraan
2.pangkalan data
3.interaksi manusia dengan komputer

belajaq 3 bab dalam masa setahun .

kalau pasal GKT pulak,dia sama jugak dia macam lkj . lukis lukis,maaf aku tak tahu sangat apa yang GKT belajar cuma yang aku tahu GKT memang melukis.

faham ye adik adik????

so memang kena ada matlamat hidup.perancangan untuk masa hadapan.this is not abt over thinking,but this is abt your future.so for those yang still tak ada cita cita,mesti ada plan masa hadapan.senang sebab at least we know what we want in future.

penat la nak bebel,pray fo me for sainskom paper this wednesday (its actually on monday but i have something else to do on monday so kena tunda ke rabu)

oh actually,google send noti untuk type fully in malay,sebab dia kata kalau write in malay,makin ramai reader yang baru.so aku try dah untuk tulis dalam bahasa,but sorry google.

mak cik penat membebel dah


If you have any question comment down bellow and i'll reply it or for the fast respond dm me on instagram .no need to click the follow button,bcs i dont accept strangers :)  i don't accept dm anymore. Sorry. 

assalamualaikum have a nice day

_________________________

Update 15/12/18

Aku ada dapat beberapa dm dari budak budak lepasan pt3 asking me kelas apa yang patut dorang masuk and share diorang punya result pt3.

Adik adik sekalian,saya ni bukan la siapa siapa untuk saya menentukan kelas awak semua. My advice is,awak semua boleh rujuk ujian psikometrik and compare dengan minat awak.

Kalau awak masih keliru nak minta pendapat or bertanya,ask your teacher or parents. They know you better than me.

Tapi kalau still nak tanya apa apa

Kalau nak tanya apa pa tanya pasal aliran or apa apa,just slide to my dm dekat twitter or ig. Dan PLEASE JANGAN TEKAN FOLLOW BUTTON,sebab saya tak accept strangers. Coz its my private acc


________________________________________

U P D A T E (17/10/18)

Actually,to be very honest,aku dah drop subjek sainskom. Some of you have asked me this and that. I am so sorry,sebab dah tinggal lama aku tak ingat.

The reason why aku drop is sebab cikgu tak ada. Cikgu yang sepatutnya ajar sainskom dah pindah ke sekolah lain. And nasib bertambah malang,sekolah aku tak ada cikgu lain yang berkebolehan ajar subjek sainskom.

Bukan tu ja la,ada la some others reason yang membuatkan aku pilih untuk drop. Which i dont think i should share it,sebab mengaibkan.

So itu sahaja.

I wish you guys all the best for sainskom! Sainskom will always be my fav subject!

And semoga straight A spm. Doakan saya,nabilah saffi mendapat keputusan cemerlang spm 2018. Terima kasih.


_________________________________________

Update 2020,August 5th

I don't mind if you wanna dm me and asking me. But make sure that question is relevant.

I mean,some of you dm me just to ask "kerja apa boleh dapat kalau ambik course ni?"


Are you kidding me kids? Google la. How can i know when im not in these sc comp field. Go and ask the right person.

Lepas tu jangan la tanya,sekolah mana ada sains komputer. Sesungguhnya saya tak kerja dengan ppd untuk saya tahu sekolah mana ada sainskom. You need to ask your teacher or kaunselor. Bcs i dont know. 

Tutup salam.

Friday, 5 May 2017

resepi sagu gula melaka


emm sedapnya sagu gula melaka especially bila makan waktu panas dan sagu ni sejuk je turun ke anak tekak em terliurnya.

aku kenal puding sagu a.k.a sagu gula melaka ini waktu pergi ke open house rumah kawan aku iaitu hani rahimi (terima kasih mak rahimi!) dan sejak itu lah aku mula jatuh cinta ewahhhhh

tapi aku susah nak makan sagu ni sebab dulu aku tak pandai masak saguu ni,sagu hancur la,sagu lembik la,sagu tak jadi macam sagu . tapi itu lah yang dinamakan proses pembelajaran . makin lama makin okay lah siap aku ada geng pecinta sagu (watdehek?) dalam rumah ini iaitu me,saffa,daniel n kakak .

 luqman tak sangat sebab dia tak suka benda manis n susu cair . i still remember macam mana dia makan cocktail buah buahan yang mak andak aku buat,then he asked mak andak "mak andak letak susu cair ke?" lepas tu terus dia masuk bilik air and muntah balik semua yang dia makan . haish over betul.

aku ada tengok video di instagram datin isma which is founder tia amelia,dia tunjuk tutorial nak buat sagu ni . go follow her ig .

so aku pon dah melalut panjang sangat so here we go

RESEPI SAGU GULA MELAKA

kita start dengan masak sagu 


  • 200 gram sagu 
  • 250 ml air 
  • sedikit pewarna jika suka 
-renehkan air didalam periuk sehingga menggelegak dengan api sederhana
-ambil sagu yang telah dibasuh terlebih dahulu dan masukkan kedalam periuk 
-tuangkan sedikit pewarna 
-kacau perlahan lahan agar sagu tidak hancur 
-kacau sehingga sagu tiada warna putih
-toskan kedalam penapis dan lalukan dibawah air paip agar kanji sagu keluar dan sagu berbiji cantik

gula melaka 
  • seketul gula melaka 
  • satu cawan gula merah
  • 2 gelas air 
  • daun pandan 
masakkan kesemua bahan diatas didalam periuk sehingga larut dan pekat.kemudian alihkan kedalam bekas lain dan tapis.

santan

  • 2 cawan santan cair fresh 
  • sedikit garam 
panaskan sebentar santan dan masukkan secubit gram . tutup api dan siap

atau 

1 tin susu cair

------------------------------------------------------------------------------------------------


kemudian,letak sagu,letak santan@susu cair dan lastly air gula melaka . siap!makan sejuk sejuk . sesuai untuk makan petang . 

sedapnyaaa


Thursday, 4 May 2017

where is the key?

minggu lepas such a busy week for me (till now) but still nak blogging lol~

oh friday,aku ada date pergh tipu no . aku dah janji dengan my friend,syahira to go out and lepak lepak chill chill makan makan (dont get me wrong . its been a really long time aku tak spend time with syahira since we r not in the same class,since her class is so far away. aku contact dia guna whatsapp ja tu pun jarang jarang.). that was our plan . tapi tu la,kita hanya mampu merancang allah yang menentukan (baru reti nak insaf lol)

so before nak keluar nak start motor tetiba hujan lebat . n i tought its 'hujan lalu'

so aku chill chill sampai hujan reda . then aku keluar la. on the way to her house,i dont know.everything happen secara pantas . aku tak sempat nak ingat macam mana boleh jadi . semua benda macam sekelip mata ja jadi . i am so bengong lepas eksiden . aku nak masuk simpang rumah dia then brek tak makan macam mana aku taktau jadi brek cengkam.taya belakang bergerak 40 darjah (lol aku agak ja) . memang everything happen dengan cepat .

luckly,aku tak terkena dengan mana mana kenderaaan lain. sebab , depan aku kereta. belakang aku ada banyak kereta n satu motor. so when its happen,aku dah berguling atas tar tu macam buah cempedak berguling guling guling . pastu selipar aku hilang . entah yang aku sedar bila jadi macam itu,aku dengar bunyi cermin pecah . then baru la tersedar kepada realiti. aku tengok motor aku dah terbalik,side mirror pecah . fuhhhhhhhhhh.

luckly,ada someone tolong yes,penunggang moto belakang aku . he helped me (im so grateful) . this guy letak motor tepi . he helped me to stand up . he helped me to angkat motor . he helped me to find my seliparr jepunnnn .

he is so nice and so cool . but me,i was so gelabah biawak looking for my selipar (cari selipar sebab nampak ada ulat gonggok atas jalan hahahahhah) . like what i said,aku jadi bengong lepas bangun.

then,the first ayat yang keluar dari mulut aku is "where is the key?" . yes , aku gelabah cari kunci . how can i start the engine without the key???????? hello! im noob. aku taktau la,agak memalukan diri sendiri . mesti the guy pelik tengok aku dah susah nak acah diva kekwat speaking bagai .

but,you know what he is such a nice guy . he is handsome too (ehem ehem hello im single lol) . if i can meet him again,probably aku belanja dia makan sebab dia dah tolong aku . but actually,you know what,aku sebenarnya malu . first,sebab dia lelaki,second,sebab aku jatuh motor.third,aku tak perasan seluar aku koyak kat lutut . yes lutut kiri aku paling teruk la sampai seluar koyak . luckly,hari tu aku pakai jeans. bcs usually aku pakai seluar track suit bcs its more comfortable for me.


then the guy yang tolong startkan motor while me still blurr tengok luka . then bawak bawak moto terus air mata mencurah curah ewahhhhhh.

then aku pick up syahira and terus ajak dia pegi klinik . bcs aku takut darah . and darah aku dah keluar banyak gila . aku rasa nak pitam tengok darah sendiri warna pinkkkkkk.then luka kat tapak tangan aku dalam gila even kecik ja,nampak isi eiiyukkkk .

then we went to klinik dr azhar . luckly (saffi memang ada ongggg) doktor yang in charge tu doktor muda dan handsome dan swag (tak sebab selalunya pergi doktor tua) . astaghhfirullahhhhhhhhhh apa aku buat ni . kembalik ke pangkal jalan,he asked what happen . apa yang aku sakit . ala the normal question je . you know what,doktor tu lansung tak tengok kat aku . dia pandang kertas and tulis report . dia malu ka apa kecik hati akuuuu .

then he said "em kita cucuk la takut kancing gigi bla bla bla" aku tahan air mata jaa wehhhhh . then he asked me to go to the another room . keluar dari bilik dia,terus air mata bertakung . sakiiit .

then dah cuci terus blah gi farmasi sebab nak beli bandage bcs the next day tu jadual aku packed

hari seterusnya,aktiviti banyak . first i have tuition from 9.30-12.30 pm. then terus balik rumah besiap sebab nak pegi kenduri rumah kawan aku from 1.30 till 3 pm . then rest jap kat rumah sebab lepas tu nak kena keluar lagi . pukul 4.30-5.45 aku keluar untuk attend satu event yang sepatutnya mak aku yang pergi but mak busy so aku yang kena pergi . then rest rest till 7 terus pergi jom heboh till 11 . fuh what a packed day i have .

bila balik rumah nak buka balutan kaki,allah seksa gila . sebab dia tak kering lagi,n nanah . so memang seksa.masalahnya,kalau tak balut,nak jalan sakit kaki terangkat n bengkok,kalau balut okay jalan macam biasa. tapi kalau balut bila nak buka sakit namateyyyy . i cried a lot . aku take time nak buka bandage tu secara slow .

esok tu demam.sebab aku kalau kena cucuk mesti demam . so mc lagggi

but now alhamdulillah,okay la luka dah kering.tapi kaki aku still jalan terangakat . sangat menyeksakannn . tangan aku pun dah kering .

doakan jala yang baik baik . sekarang bulan peperiksaan . so far so good . baru 3 paper which is sej paper 3,bm paper 1 and paper 2 . another 18 papers to go , hopefully eveything gonna be okay . may allah ease everything , assalamualaikum,have a nice day!



Monday, 1 May 2017

why not?

aku pernah rasa duduk dikelas bawah  (till now) so,at least aku ada pengalaman kena palauuu dengan budak budak pandai.

the things about budak kelas depan yang alaahh tak best sebut budak kelas depan,budak budak pandai ni is,susah nak bergaul dengan orang especially perempuan lah.because lelaki senang gila untuk berkawan you know like lelaki never act like a diva so?

so thats why i dont mind to be friend with everyone,thats is not a big sin at all. ada jugak makjah makjah yang cakap

 "jangan kawan dengan budak kelas belakang nanti kita terikut dengan perangai depa"

tbh,aku tak setuju dengan statement tu.as long as we know ourselves n know how we are,so you actually already know how to handle yourself.so its all up to us . stop blaming others,its actually up to you.

however,if you think they're bad,so that it is. so you supposed to know what should you do as a friend,help them . stop judging them,n help them . they are actually smart like all of u,tapi ada benda yang buat depa jadi macam tu.

and please stop comparing . nak beza beza awak dengan mereka. you r not in their shoe,so you know nothing about them . thats why you need to start learning about life. 

benda ni pon kira salah satu proses pembelajaran.belajar tentang kehidupan.

jangan sebab hidup hampa selesa,senang senang hampa nak jatuhkan hukum (like what i said in my previous entry)

nama ja kelas depan,but hampa susah sangat nak masuk dengan orang lain. obviously we can see when kena buat group n that time benda yang paling penting ialah teamwork.tapi sebab communication skill yang lemah,benda tak akan jadi babe,

yes sometimes we need to be selfish,but please belajar untuk tengok masa yang sesuai nak jadi selfish pon. 

cakap banyak pon satgi orang kata kami buat pala . susah jugak . so that all.

have a nice day!
assalamualaikum . 

xx
thanks for reading 

Monday, 17 April 2017

Resepi Kek Velvet kukus simple

Kek red velvet ini aku buat sempena birthday anis.tapi aku salah tarikh,aku ingatkan birthday dia 4 march tapi sebenarnya 3 april so? hahahahahha dasar kawan tak guna aku ini boleh lupa tarikh lahir kawan kawan aku. sempat lah aku agihkan cupcake ni semua kepada kawan kawan aku dari kelas 3A2 tahun lepas .



so let check it out resepi yang nampak renyah,tapi senang insyallah.bergantung kat diri kita semua ini,kalau kita ikhlas menghasilkan sesuatu makanan,maka jadi la dia.yang penting jangan pernah berputus asa kalau kek tak jadi,cuba lagi sampai jadi.sebab itu semua proses pembelajaran.



RED VELVET KUKUS
credit:Azlina Ina @ Azlina Sukardi

BAHAN A (buttermilk@susu masam)


1 cawan susu segar / susu cair
1 sudu besar cuka masakan
1 sudu besar pewarna merah

Jangan kacau,biar kan sekejap 10 minit.

BAHAN B (BAHAN KERING)

2   1/2 cawan tepung gandum
1 sb cocoa powder
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

ayak semua bahan b

BAHAN C

250 g butter
1  1/4 cawan gula halus
3 biji telur
1 sdk soda bikarbonat + 1 sudu besar cuka *biarkan berbuih


  • Panaskan pengukus terlebih dahulu 
  • mixkan butter dan gula selama 10 minit sehingga kembang dan bertukar warna putih
  • masukkan telur satu persatu mix selama 5 minit
  • masukkan tepung dan berselang seli dengan bahan A
  • campurkan 1 sdk soda bikarbonat dengan 1 sdb cuka dan masukkan kedalam adunan
  • kacau hingga sebati
  • masukkan kedalam cup cup kecil ataupun loyang yang telah disapu dengan minyak dan dilapik baking paper 
  • kukus selama 30-45 minit bagi cup dan 1-1.15 jam bagi loyang.


RESEPI CREAM CHEESE FROSTING
credit:kathy kay
250g cream cheese 
250 butter 
3/4 cawan susu pekat
sedikit perahan lemon 
1 sdk esen vanilla
  • putar butter dan cream cheese sehingga kembang dan kuning pucat 
  • tambahkan sedikit demi sedikit susu pekat mengikut citarasa
  • tambahkan sedikit perahan lemon dan esen vanilla kacau sebati
  • masukkan ke dalam piping beg dan pipe kan keatas permukaan kek
siap!sedia untuk dihidangkan

selamat mencuba!!



Friday, 14 April 2017

TIPS UNTUK UJIAN LISAN/ORAL BM BI

so as you can read the tittle above,so here we go. I'm gonna give some tips (opppss,aku tau aku ni tak hebat mana but tak salah share benda baik) . tips tips ni dari cikgu aku sendiri,and also based on my experience . I should write this entry dari awal,so that pt3 candidates boleh juga dapat tips ini. but i also dunno kenapa oral bm bi tahun ni awal gila (??) i have no idea why.

oh btw,you can also use this tips for oral test form 4&5 .

1. Make some research

so the first tips,ini sangat penting.jangan kejap lagi your turn,and baru nak tanya kawan kawan bcs depa pon nervous sama and depa pon nak prepare untuk diri depa so they dont have time for you. and that time everyone akan pentingkan diri sendiri.

so for pt3 first, hampa tanya senior senior hampa pasal oral ni,so at least you have the idea what is oral . boleh tanya depa soalan yang depa dah buat,so at least hampa ada gambaran dalam kepala otak hampa macam mana ujian oral ni.

pt3:macam aku,aku tak kena hari first day.so aku kena second day. and i asked my friends yang dah buat,aku tanya soalan apa yang naik . and aku search supaya at least aku ada ilmu sikit pasal apa yang akan ditanya.

untuk yang oral spm ni,for sure the teachers will give you the topic awal kan?bcs you need to prepare the material and prob stuff like that.so,jangan la sediakan saja,you need to have a knowledge first . sebab hang nak bentangkan kat kelas,you need to present tapi kalau hang pon takda ilmu,apa benda yang nak bentangkan?apa benda yang nak terangkan?

so hampa memang wajib ada knowledge,thats why sekolah wujudkan program nilam,nak bagi hampa baca banyak buku so that hampa akan dapat banyak ilmu.supaya cara hampa berfikir di luar kotak, jangan la mengharapkan program nilam saja,guna kan lah telefon pintar yang hampa ada.tanya pakcik google,


2.SPEAK CLEARLY

so for the second tips,sila lah bercakap dengan jelas . bila nak cakap dengan jelas automatik suara pon kena kuat .

PT3; hampa ada 2 sections if im not mistaken (correct me if im wrong) , the first sections kena baca.yes your reading section which is you need to read a text in front of your teacher. waktu ni,cikgu nak dengar cara hampa speaking . cara hampa sebut each one of the words.

kalau oral spm:sama jugak,cikgu nak check grammar kita,check pronunciations,ada macam mat saleh ka kita speaking . so sama ja. cuma beza kalau spm ni,aku minta hampa jangan la baca dengan takda nada,baca laju,pelan.jenoh ckg nak tgk mulut hang .

so kat sini aku suggest kan hampa,banyakkan dengar lagu omputeh. tengok movie omputih . baca subtitle . so at least hampa tau cara nak sebut,kalau nak lagi best,tengok movie without using the subtitle so hampa kena pahamkan apa yang depa cakap sebab depa cakap lain dari kita so at least kita belajar macam nak speaking macam depa.second,baca lah paper@surat khabar english such as:new straight times,so hampa boleh la baca ayat ayat yang ditulis tu dengan betul. sebab kadang kita tulis english or speaking ni kita lintang pukang (me too) sebab tu la kita perlu didedahkan dengan english . benda ni automatik kita buat pembetulan . at least hampa tau yang hampa tau kesalahan hampa,and still have time to improve yourself.

3.JAWAB SEMUA SOALAN

PT3:for the second section hampa,hampa kena jawab tajuk yang diberi oleh cikgu yang memeriksa hampa.cikgu akan bagi tajuk besar dan soalan soalan dia.

waktu ini,dont ever use bahasa. talk in english no matter what.cikgu nak tengok cara hang boleh bercakap ka tak,grammar teruk ka apa tu  nombor dua.so bila hampa taktau nak jawab,jap bukan taktau nak jawab.tapi hampa taktau nak translate kan jawapan jawapan tu,cakap dekat cikgu tu yang hampa taktau jawapan dia contoh hampa kata "sorry teacher/sir,i don't know the answer of this question" contoh. atau pun,suruh cikgu tukar soalan . sebab setahu aku pelajar berhak tukar soalan kalau hampa taktau . "sorry teacher/sir can you change the topic/question?" or "i dont know the answer of this question.can we go to the next question?"

untuk oral spm:actually sepatutnya hampa tau jawapan yang ditanya kan oleh guru atau kawan kawan hampa sebab cikgu bagi tempoh untuk hampa sediakan materials and prob + prepare yourself  . thats why aku kata kena make some research.okay?

4.INTRODUCTION

yang ni ramai yang taktau,sebenarnya ada markah untuk introductionor bahasa mudah nak faham mukadimah .

pt3:bila dah masuk,bila dah sampai dekat cikgu,bagi salam untuk yang islam dan, for non muslim bagi greeting contoh good morning,good evening, etc. and bila duduk tu pura pura la sat tanya "can I have a sit now?"

yes hampa kena buat macam tu,sebab ada markah.benda ni bagi markah sayang lah kalau hampa tak guna peluang ni. bukan susah pon.

oral spm:bagi greeting first,then cakap pasal apa yang hampa nak cakap/bentang/present . bagi depa gambaran sikit contoh macam cikgu bagi topic "family" then explain what is family,ha macam tu ja.bukan susah pon

5.CONTROL YOUR FEELINGS

bila nak dekat turn hampa for sure lah akan rasa gementar or nervous . tapi semua tu perasaan.dan boleh dikawal oleh kita sendiri.jangan tunjuk sangat yang kita nervous,tunjuk kita berani dan bersedia dan berani.

6.PRACTICE

Apa maksud aku practice?

Contoh.kita spesific kepada bi eh since bi yang banyak student lemah.
You need to speak in english. I mean practice la. Macam aku,aku selalu speaking dengan mak ayah aku.depa macam ah pasaipa anak aku ni gila ka apa,tapi tak apa.cakap ja bahasa inggeris.

Nowadays kita suka chatting kan?berinstagram? Ha tulis ayat ayat hampa in english. Seriously,it helps a lot!

Macam hampa baca blog aku ni.broken je semua english aku.tak apa.slowly kita belajar.

Kalau hampa amalkan konsep esok oral hari ni nak prepare,boleh.tapi hampa tak fully prepare la. So bersedia dari awal.
________________________________________________________________________________

okay thats all untuk sedikit tips yang aku tau.
harapnya sedikit sebanyak ia dapat bantu hampa untuk oral test

bm bi sama ja,yang ni aku explain lebih kepala oral bi,tapi sama ja hampa tukaq ja kalau nak gunakan tips ni untuk bm.

yang ini sedikit sebanyak aku tau,aku share.kalau aku salah tolong betulkan.
mungkin ada lagi tips yang aku taktau,boleh komen kat bawah untuk kongsikan bersama orang lain.

Saja share,sebab ada junior aku tanya.
Kalau hampa rasa ayat ayat aku tulis semua broken.its okay,your teacher nak tengok hang boleh bercakap ke dak.bukannya perfect and fluent in english.

Hopefully,tak ada la manusia yang judgemental.kalau kawan speaking,tak yah nak condemn nak gelak.

Kita kalau tak boleh jadi baja,jangan jadi racun perosak.

Oh btw,if you r wondering berapa aku dapat i got 15/20 when i was form 3. I got 25/30 when i was form 4. And i got 29/30 when i was form 5. Tu markah BI.

Tak riak. I just wanna share so that hampa akan tau yang aku tak cakap seperti tin kosong.

setakat ini sahaja yang aku nak tulis,jumpa di next entry .

Comment down bellow if you have any question to ask.

Good luck.

assalamualaikum.
Have a nice day!

__________________
Update:September,2019

Edit, this is based on what i know.
Zaman saya dulu format pt3 & spm macam tu.

I am aware that format pt3 dah tukar,but i just dont have time to research and update this entry with the latest format.

I have my own life too. Yes i do love sharing tips and so on, but i am busy with my study too.

I am sorry if you read this,and tak sama dengan real oral test. I am truly sorry okay?

Dont dm me saying bad things and scold me for not sharing the latest one.

Please bare in mind this entry is posted on 2017 which is 2 years ago.

Anyway,sorry and good luck!

Thank you for coming to my blog.

Leave a comment so that we can be friend.




Friday, 7 April 2017

typical manusia

i dunno why tapi kita manusia cepat sangat menghukum,without knowing anything abt it then we easily judge it.

easily judge people.

kadang kita lupa

hidup kita,
makanan kita bazirkan,
makan pakai semua cukup,
tidur lena,
beralaskan tilam empuk,

tapi ada orang lain,
makan apa yang ada,
fikir macam mana nak cari duit,
untuk sara family
tidur tak lena fikir kan kesusahan hidup

jangan sebab hidup kita selesa kita lupa kesusahan orang.

sebab tu lah ada orang alim ulamak cakap dalam rezeki kita,ada rezeki orang lain.bantu lah orang orang yang lebih memerlukan.

Tuesday, 14 March 2017

Kena tahan polis

Alhamdulillah im officially 16 years old.my birtday already past .

Aku sekarang busy sikit kena hias kelas lah,sukan la,tusyen la,kokurikulum lah, takda masa . Sekarang aku tengah ambil lesen . Baru proses belajar la . Aku dah dapat L.

Hari tu,my first day belajar moto dekat sekolah memandu yang sumpah jauh dari rumah aku ada la dalam 10km aku rasa.aku bawa moto sorang waktu petang ke sekolah memandu.

Biasa lah bila petang,panas terik sumpah panas gila . Air mineral yang aku bawa dari rumah dan aku tinggal kat motor pon panas.lepas habis belajar tu,dahaganya ya allah . Nak pegi kantin ramai pulak lelaki .

Pastu aku balik terus.memang cuaca panas gila,dengan aku yang pagi pegi tusyen then rehat jap tapi tak mandi terus pegi belajar. Then badan memang melekitt eiyukk

Tengah bawa motor entah macam mana aku tak perasan ada roadblock entah . Nasib aku lah hari tu . Lepas itu belakang ada banyak kereta jalan pulak sempit. Aku pon pasrah je la sebab dalam hati ingat yang aku ni tak salah apa apa aku pemandu yang halal kahkahkah yakin je aku.

Pastu pakcik polis tu tak sampai hati nampak aku yang nak nangis ni dia lepas je.tapi series pak cik tu baik dia bagi salam minta lesen lepas tu dia tegur plat moto tak cukup 7 digit kahkahkah

Aku tak pernah perasan no plat tak cukup sebab tu aku yakin je . Then aku pon malu malu . Balik tu terus singgah kedai balas dendam beli air yang sejuk untuk tenangkan hati yang ketakutan. Dah la kena tahan panas tahu tak????!

Seram ohhhh

Saturday, 4 March 2017

Hidup atlet

Sapa yang tahu aku memang tahu la aku ni memang susah nak berlari kat padang bla bla bla dah la penat buat sakit dada ja . Nanti bila orang tengok aku lari depa tak reti beza antara kura kura dengan manusia . Saiz aku pon lebih kurang besaq slow pon boleh tahan gak ah .

Aku kalau masuk lumba lari takda nombor lansung sebab punya la slow aku ni sampai cikgu suruh aku keluar dari trek lari tu .

Ish ish ish .

Pastu tetiba cikgu azwal cakap "saffi kamu masuk la lari 400m.400m ja pon"

Cikgu azwal ni terlalu besangka baik ka acena? Hahahahahahha

Sunday, 12 February 2017

Taktau la rasa jiwa ni mak cik mak cik sangat bila tak suka shopping baju baju tapi suka shopping barang dapur barang bakery .

Minggu lepas aku pergi ke bakery my cake and ingredients house kat penanti selalunya aku pergi dekat kepala batas . Kepala batas tu jauh dari highway so susah . Selalunya pegi otw nak balik kampung lepas tu abah terpaksa exit sp (s) . So sekarang dah mudah sebab dekat dengan rumah tok plus boleh pegi tengok along sekali . The reason why aku pegi kat bakery MCAIH ni sebab owner dia islam . Support melayu tak lah bukan apa sebab kadang kadang ada certain things yg x halal so kalau owner islam sah sah la dia jual yg halal je .

Kahkahkah

Sekarang otak tengah blank pebenda yang aku beli kat bakery sampai beratus . Ish sumpah tak leh kawal diri terus rasa macam kena histeria and grab everything . Habis duit aku (ha,aku beli tak pakai duit mak ayah aku) istighfar tengok total . Waktu tu rasa macam nak buat taktau and blah dari kedai .

Mahalnya ya allah .

Jangan salah faham aku bukan boros,tapi aku topup barang barang kek aku sebab last aku pegi bakery tahun lepas 25 jan 2016 ni datang lagi waktu 9 feb . Gitu la pegi bakery setahun sekali je . Plus nak join hari kantin nak jual kek so kena la beli barang.

Hari tu pegi beli barang dapur dengan safda berdua baru lah sedar sekarang barang mahal . Beli sikit je dah nak dekat rm100 . Pening kepala barang barang semua mahal

Bila lah ekonomi kita nak pulih aku yang 16 tahun ni pon dah pening apakah pula mak ayah aku . Aaduhai