Kena tahan polis

Alhamdulillah im officially 16 years old.my birtday already past .

Aku sekarang busy sikit kena hias kelas lah,sukan la,tusyen la,kokurikulum lah, takda masa . Sekarang aku tengah ambil lesen . Baru proses belajar la . Aku dah dapat L.

Hari tu,my first day belajar moto dekat sekolah memandu yang sumpah jauh dari rumah aku ada la dalam 10km aku rasa.aku bawa moto sorang waktu petang ke sekolah memandu.

Biasa lah bila petang,panas terik sumpah panas gila . Air mineral yang aku bawa dari rumah dan aku tinggal kat motor pon panas.lepas habis belajar tu,dahaganya ya allah . Nak pegi kantin ramai pulak lelaki .

Pastu aku balik terus.memang cuaca panas gila,dengan aku yang pagi pegi tusyen then rehat jap tapi tak mandi terus pegi belajar. Then badan memang melekitt eiyukk

Tengah bawa motor entah macam mana aku tak perasan ada roadblock entah . Nasib aku lah hari tu . Lepas itu belakang ada banyak kereta jalan pulak sempit. Aku pon pasrah je la sebab dalam hati ingat yang aku ni tak salah apa apa aku pemandu yang halal kahkahkah yakin je aku.

Pastu pakcik polis tu tak sampai hati nampak aku yang nak nangis ni dia lepas je.tapi series pak cik tu baik dia bagi salam minta lesen lepas tu dia tegur plat moto tak cukup 7 digit kahkahkah

Aku tak pernah perasan no plat tak cukup sebab tu aku yakin je . Then aku pon malu malu . Balik tu terus singgah kedai balas dendam beli air yang sejuk untuk tenangkan hati yang ketakutan. Dah la kena tahan panas tahu tak????!

Seram ohhhh

Comments

Popular Posts