Resepi Kek Velvet kukus simple

Kek red velvet ini aku buat sempena birthday anis.tapi aku salah tarikh,aku ingatkan birthday dia 4 march tapi sebenarnya 3 april so? hahahahahha dasar kawan tak guna aku ini boleh lupa tarikh lahir kawan kawan aku. sempat lah aku agihkan cupcake ni semua kepada kawan kawan aku dari kelas 3A2 tahun lepas .



so let check it out resepi yang nampak renyah,tapi senang insyallah.bergantung kat diri kita semua ini,kalau kita ikhlas menghasilkan sesuatu makanan,maka jadi la dia.yang penting jangan pernah berputus asa kalau kek tak jadi,cuba lagi sampai jadi.sebab itu semua proses pembelajaran.



RED VELVET KUKUS
credit:Azlina Ina @ Azlina Sukardi

BAHAN A (buttermilk@susu masam)


1 cawan susu segar / susu cair
1 sudu besar cuka masakan
1 sudu besar pewarna merah

Jangan kacau,biar kan sekejap 10 minit.

BAHAN B (BAHAN KERING)

2   1/2 cawan tepung gandum
1 sb cocoa powder
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

ayak semua bahan b

BAHAN C

250 g butter
1  1/4 cawan gula halus
3 biji telur
1 sdk soda bikarbonat + 1 sudu besar cuka *biarkan berbuih


  • Panaskan pengukus terlebih dahulu 
  • mixkan butter dan gula selama 10 minit sehingga kembang dan bertukar warna putih
  • masukkan telur satu persatu mix selama 5 minit
  • masukkan tepung dan berselang seli dengan bahan A
  • campurkan 1 sdk soda bikarbonat dengan 1 sdb cuka dan masukkan kedalam adunan
  • kacau hingga sebati
  • masukkan kedalam cup cup kecil ataupun loyang yang telah disapu dengan minyak dan dilapik baking paper 
  • kukus selama 30-45 minit bagi cup dan 1-1.15 jam bagi loyang.


RESEPI CREAM CHEESE FROSTING
credit:kathy kay
250g cream cheese 
250 butter 
3/4 cawan susu pekat
sedikit perahan lemon 
1 sdk esen vanilla
  • putar butter dan cream cheese sehingga kembang dan kuning pucat 
  • tambahkan sedikit demi sedikit susu pekat mengikut citarasa
  • tambahkan sedikit perahan lemon dan esen vanilla kacau sebati
  • masukkan ke dalam piping beg dan pipe kan keatas permukaan kek
siap!sedia untuk dihidangkan

selamat mencuba!!



Comments

Popular Posts