Kem aneh

Aku tak boleh fikir tajuk. Jadi aku tulis kem aneh. 


Aku sangat suka pergi kem. Bagi aku kem best! Tapi, ada la part yang tak best kan. 


Contoh,aku saja nak cerita in case 3-4 tahun akan datang aku dah lupa cerita ni. And bila baca,aku ketawa sendiri. 


Cerita dia macam ni. Kami kem. Aku antara salah seorang AJK kem. Dan semua peserta kem diarahkan berkumpul satu tempat sebab hari hujan lebat. Aktiviti tak boleh dijalankan pada malam itu. 


Jadinya,urusetia lelaki diarahkan untuk jaga peserta. Manakala urusetia perempuan pun kena jaga peserta. Tapi sampai pukul 10 kot. Pukul 10,urusetia perempuan di arahkan buat sambal nasi lemak ye untuk sarapan semua orang keesokan harinya. 


Jadi, masa itu, aku pun ajak kawan aku D untuk pergi tempat masak. Tempat memasak sangat jauh dari dewan. AJK lain tak nak pergi lagi. And ada juga a few of them yang pergi mandi dan janji kononnya akan datang kat kami. 

Jadi masa aku jalan dengan D nak pergi tempat masak,memang aku dah rasa lain macam dah. Tapi kami sama-sama diam tak bersuara.

Aku dengan D pun cepat cepat potong cili kering,kupas bawang,blend tumis and seterusnya lah. Kira masa itu,memang kami berdua je kat tempat masak untuk memasak. Aku memang dah rasa lain macam,aku dah cakap kat D,suruh dia jangan pergi jauh-jauh. Buat kerja dekat dekat aku. 


Ada satu part tu,kami berdua keluar cari sumber air sebab Jurulatih suruh masak air. Jadi nak ke sumber air tu,ada blok-blok bangunan. Tiba-tiba, aku dengar dengan jelas suara perempuan tengah gelak gelak. And dengar bunyi tapak kaki menapak. Dan tetiba booooom!!!!! Pintu tertutup dengan kuat. Time ini cuak gila nak mampos. 


Tak apa,aku cakap kat D bertenang. Aku pun tak tenang. Kami masuk balik tempat memasak,buat kerja lain. Memang tak guna AJK lain,dorang nak nama je ke apa aku pun tak faham. Tapi,dorang tak datang lansung. Aku dengan D ni punya la takut sampai rasa nak terkencing,sampai tak boleh buat kerja apa apa. Aku memang shaking habis! 


Tak tipu weh,memang rasa nak terkencing ketakutan. Jadi sebab memang tak boleh duduk diam dah. D try call urusetia perempuan yang lain. Itu lah yang aku marah,punya la hanat dorang ni. Lansung tak datang tolong buat kerja. Call pulak tak angkat. 


Last-last,D call urusetia lelaki. Dan mamat tu datang tanya kenapa sebab D call dia dengan nak nangis. Ya allah,aku rasa kalau hampa ada kat situasi aku,baru hampa tau apa aku rasa. Memang nak nangis gila babeng. So mamat tu datang. Aku syak mamat tu tahu la kot. Dia tanya kenapa banyak kali,tapi aku dengan D diam. 


Jadi kami cakap kat mamat tu,dia duduk diam je la kat situ. Asalkan dia ada. Jadi dia duduk je la situ.


Benda ni,aku tak pernah cerita kat sapa sapa. Even aku dengan D pun tak pernah buka mulut pasal benda ini. 


Lesson learnt,memang aku tak nak jadi urusetia dah. Kalau jadi sekalipun,aku akan pastikan urusetia lain function. Bukan sekadar tunjuk muka dorang kat budak budak,kerja tak nak buat. Aku geram sampai ke hari ni. Sebab lansung tak ada maaf.


Lagi aku geram,budak budak yang kononnya pergi mandi tu actually pergi dating. And stuck sebab hujan. Siot. Kita orang dua ni hampir mati ketakutan di situ. Aku tak tipu. Memang lah benda tu tak tunjuk rupa dia,tapi dengar tu jelas gila. Aduhaiiiii. 


HAHHAHAHHAHA. Tapi benda tu memang ada. Asalkan kita tak kacau dia. 


Oh lupa nak cakap,aku tak ingat sama ada D atau aku. Tapi salah seorang dari kita orang ada jerit "jangan kacau kami" 




Comments

Popular Posts