Eczema Journey (Part 1)

 rasa macam inappropriate pula bila previous post aku terus cerita pengalaman eczema aku tanpa aku jelaskan serba sedikit mengenai eczema.

so,untuk sapa yang tak tahu,eczema ialah keradangan kulit.lebih kurang macam alahan kulit. 

menurut laman sesawang cetaphil :- eczema ialah keadaan kulit yang ditunjukkan oleh tanda gatal, kemerahan, kering dan kadang kala melepuh, berair atau mengerak yang berbentuk tompokan kecil atau besar akibat keradangan kulit. Individu dengan ekzema biasanya mempunyai kulit kering dan sensitif yang menjadi punca radang kulit. Ini akan mencetus rasa gatal-gatal dan keinginan untuk menggaru dan gejala gatal-dan-garu ini akan berterusan dan berulang-ulang.

menurut satu posting yang ditulis di facebook dr.Huda Kamaruddin, "Kulit pesakit eczema lebih kering berbanding kulit normal. Kulit mereka tidak 'memegang' lembapan dengan baik seperti kulit normal. Lembapan mudah tersejat dan menjadikan kulit tersebut kering dan gatal.
Kulit pesakit eczema juga mengalami radang/inflamasi. Radang tersebut dimanifestasi sebagai kemerahan dan kegatalan di permukaan kulit."

so,menurut dr Huda dan juga doktor yang merawat aku sendiri iaitu dr.Nabilah Hasan dan juga Dr.Sanan tiada ubat yang boleh terus sembuhkan eczema.

untuk manusia yang bukan berlatarbelakangkan medikal,untuk memudahkan anda faham ialah tiada ubat pun untuk sembuh eczema ini.Yang ada hanya lah ubat untuk mengawal keradangan.

menurut doktor yang aku jumpa,doktor cakap eczema ni sama ada kita mampu kekal kan kulit kita macam tu,bermaksud tidak semakin teruk dan tidak semakin baik ATAUPUN kulit kita makin teruk. itu ja.

aku boleh cerita sikit sikit pengalaman aku sepanjang 7 bulan aku kena eczema ni.
aku buat masa ni,dah pergi 3 klinik.walaupun aku cakap aku hanya pergi ke 3 klinik,tapi aku dah jumpa doktor berpuluh kaliiii ya.every week aku pergi jumpa doktor. history medical file aku di klinik tebal dengan privous treatment yang semua berkaitan kulit.. mostly doktor memang cakap kulit aku eczema.

sepanjang aku jumpa doktor,menurut dr.Nabilah. doktor cakap yang aku ada dua pilihan. sama ada cuba makan ubat dulu,atau dapatkan suntikan. dan mengikut saranan doktor, makan ubat seminggu kita tengok reaksi kulit terhadap ubat. doktor bekalkan ubat alahan,ubat gatal,moisturizer cream and steroid cream. 
aku ada juga kembali ke klinik selepas seminggu kononnya untuk dapatkan suntikan.tetapi,doktor cakap tak perlu memandangkan kulit aku menunjukkan reaksi yang baik pada awal minggu pertama.

jadi aku pun guna.and untuk minggu pertama selepas cuba ubat.alhamdulillah nampak perubahan. AKAN TETAPI, eczema aku kembali selepas dua minggu. so kira ubat tu tak berfungsi.

aku stop ubat makan.aku apply cream ja la sampai cream tu habis.

nota kaki: berdasarkan apa yang aku faham,memang if possible doktor takkan galakkan pesakit untuk cucuk sebab cucuk tu bahaya unless betul betul teruk.

okay,kita stop kat sini. and see you in part 2.

Comments

Popular Posts