Powerbank

 Sebabkan pagi tadi aku terjumpa powerbank aku yang adik aku dah rosakkan,terus ter-flashback cerita di sebalik powerbank tu. 


3 tahun lepas,aku pergi satu kem ni dalam tempoh agak lama iaitu 6 hari 5 malam. So kami tinggal kat hutan. Dan untuk kami nak charge phone,tak lain tak bukan memang kena guna powerbank. Sebab mana ada plug. Ada dewan,tapi kami bukan selalu di dewan plus dewan tu agak jauh. Dalam 800m dari kem kami. 


So aku pun bawak powerbank. Powerbank aku bateri dia banyak tau. Tapi entah macam mana entah,nak jadi cerita sampai kat sana bateri powerbank aku habis. Atau dalam kata lain tetiba powerbank aku tak function. Gabra teruk weh. Time tu hari ke4 ke ke5 entah. 


So untuk aku charge phone,aku kena pegi dewan. And charge. Masalahnya pula. Plug selalu penuh kat dewan. So sebab tu la susah untuk aku charge phone. 


Aku masih ingat ye,aku n hanani seludup naik atas dewan (sebab tu kawasan haram peserta). Kami naik untuk charge phone. A big thank you to hanani sebab sudi teman aku charge phone. Duduk melepek tak buat apa pon tunggu bateri fon penuh. 


So bila balik rumah, aku cakap kat ayah aku. Powerbank buat hal. And a few week after that, ayah aku belikan powerbank baru untuk aku. And kali ni,powerbank tu ayah aku spesifically beli yang solar powerbank. Means,if bateri habis,aku just perlu letak bawah cahaya matahari. N nanti dia charge sendiri. 


Which is very camping-friendly. Plus,powerbank tu come with flashlight. Boleh bayang aku tak perlu bawa torchlight. Sebab 3 tahun lepas,aku sangat aktif dengan kem. Aku join banyak kem. So powerbank ni benda wajib ah. 


Bila ayah aku belikan macam tu. I is terharu la juga. Senang nak pergi kem! Tak perlu jalan jauh jauh,berebut plug apa semua. Tak payah risau bateri powerbank habis.


My dad seems like he doesnt care about me. But he bought things that can help me when im camping. Oh dia tak kisah,sebab apa tau? Kalau aku pergi camping abah akan cakap "la kenapa tak pergi sebulan" "cepat sangat kamu balik,pergi la kem balik" -..-


Nampak simple je,tapi besar nilainya. 


Tapi tu la,kuang asam punya adik. Dia rosakkan powerbank aku. 

Ah pastu aku dah stop camping setahun. Baru nak start balik tahun ni,pandemik pulekkk. 

Comments

Popular Posts