Berus gigi

 Cis, sorry kalau annoyed kan hampa dengan post something related to dental. Tapi ketahuilah, terlalu banyak cerita dan ilmu yang aku belajar dalam tempoh masa 5 bulan ada appointment dengan doktor gigi. 


And salah satunya ialah,berus gigi. 


Isunya,perlu ke berus gigi sebelum jumpa doktor gigi? 


What do you think about it? Perlu,atau tak perlu? 


Bercakap soal perlu tak perlu ni,terus terflashback zaman sekolah menengah dulu. Nanti aku sambung penceritaan. 


Kembali kepada soalan, jawapan seorang manusia yang bukan datang dari dental field, bukan la seorang dentist, or dental surgery assistant, or dental lab or anything related to deltal field. Hanya seketul manusia biasa yang sedang belajar sastera. So jawapan aku ialah PERLU. 


PERLU. SEBAB? 


sebab, kalau kita tak berus gigi especially lepas kita makan. Contoh appointment pukul 10. Sebelum datang klinik gigi memang kena makan,so hang pon pi breakfast and terus ke klinik. So it is a big no!!! Ya kena makan sebelum ke klinik, tapi lepas ke klinik, tolong berus gigi. Atau paling cikai,kumur la dengan ubat kumur. Tapi afdhal berus gigi. Kita tak tahu,apa benda terlekat kat celah gigi kita. Sisa makanan. Tahi tahi gigi. 


Berdasarkan doktor gigi yang aku follow,ramai complain patient ada tahi gigi. Datang klinik tak berus gigi dulu. Benda tu actually membuatkan dorang geli. And kembang tekak. Ye tahu, itu memang kerja dorang,kerja berkaitan gigi. Tapi bukan la kerja dorang untuk tengok tahi gigi orang. 


I remember this one time kat sekolah. Zaman tingkatan 4. Aku memang ada ubat kumur travel pack dalam kotak pensel aku. Memang aku saja letak,supaya in case makan something berbau or mulut busuk sebab tak makan apa apa dari pagi so mulut busuk. That is the reason why aku prepare ubat kumur. 


So tiba tiba,DSA (nurse) datang panggil buat dental check up. So mana ada berus gigi,the only thing i have at that time was ubat kumur. So aku kumur mulut aku,at least to freshen it up! And then,ada sorang hamba allah yang paling bertuah dan bijaksana,dia datang and kutuk aku sebab kumur and a lot more la seakan mengejek. 


Bila aku dah besar ni,baru aku tahu. Okay je. At least if you dont have berus gigi with you,bawa la ubat kumur ( & floss) so you can always clean your teeth. 


Berus gigi ni pun, ada teknik teknik dia. Mana boleh main hentam keromo berus gigi. 


Sebab sebelum ni aku tak tau semua benda ni,let just assume hampa pon tak tau. 


Sebenarnya,kita kena berus gigi at least 2 minit! Ini adalah untuk memastikan kita berus semua kawasan gigi iaitu surface depan dan belakang! Tak tertinggal walau satu! 


And,kita kena guna ubat gigi berflorida. Sebab? Florida mencegah dari cavity. Cavity ini ialah gigi berlubang. Sebab itu pentingnya florida. Jangan hampa tak tau,banyak brand ada flourida,ada juga jenama yang tak ada florida. So pilih ada florida. 


Bakteria ni kerja dia untuk rosakkan gigi kita ialah 24/7. So florida macam protection untuk gigi. Sebab itu la kita kena berus gigi at least dua kali sehari. Iaitu bangun pagi, dan paling wajib SEBELUM TIDUR. Sebab,ni roughly secara apa aku faham. Bila tidur. Pengumpulan air liur. Air liur ni lagi banyak bakteria. Lagi la dia buat kerja nak rosakkan gigi!! 


Teknik memberus pon kita kena tau. Sayang sangat,kita berus gigi,tapi teknik salah. Kenapa pentingnya teknik? Sebab,kalau kita tak ikut teknik yang betul,ianya boleh rosakkan gigi balik. Contoh,bila kita berus gigi tarik berus kiri kkiri kanan, ianya akan membuatkan gigi sensitif dan hakis! 


Contoh berus gigi yang betul https://youtu.be/4iIGhqi57es 

Ianya 45 degree and repeat to all teeth surfaces. 


Berus gigi? Mesti nak kepuasan kan. Tak puas la guna berus (bristle) yang soft,kena guna medium baru puas. Baru rasa bersih. 


Ketahuilah,itu semua boleh rosakkan gigi. 


Sebenarnya,'kepuasan' yang kita cakap itu hanya lah perasaan. Perasaan ni kita boleh kawal.


Sepatutnya,semua manusia perlu guna soft of super soft bristle. Tak boleh guna medium or hard. Sama ja. Soft la bagus,tak rosakkan gusi!! Kalau guna hang hard,dia kasar,boleh menyebabkan masalah gusi,hakisan gigi dan sebagainya. 


Iya dulu aku berpendapat tak puas guna soft. But give it a try first!!! And stick to it forever and ever. Alah bisa,tegal biasa. Lama lama biasa la. 


Dan jenis bristle tu takda la sangat pengaruh kebersihan,nak tahu tahap bersih atau tak bersih bergantung kepada teknik memberus. 


https://youtu.be/W6NjsgQHwQw

So. That is all for today. Till then. 


Comments

Popular Posts