hujan

Time kecil dulu,time hujan lah paling aku suka. sebab kalau hujan boleh main hujan,boleh tidur sebab nyaman. hahahahahahahahahhahahahahhaha standard la kan sebab masih budak.Tapi sampai ke besar lah aku suka hujan.Boleh tidur,boleh rasa nyaman.if ada sport event,benda tu akan cancel. Kan seronok benda tu semua. 




tapi,bila aku join volunteering work dekat kawasan pedalaman yang majoritinya bekerja sebagai nelayan. at least terbuka lah biji mata aku ni. 


pernah tak terfikir,hujan yang kita suka ni,ada orang kurang gemar. mungkin kerana dia berniaga,kalau hujan,tak dapat lah dia berniaga. mungkin juga orang tu nelayan,kalau musim hujan.laut bergelora. dorang tak dapat cari hasil laut. dan sseperti mana kita tahu, kebanyakan rakyat kat malaysia ni masih hidup dalam kesusahan. ada yang kais pagi,makan pagi. kais petang,makan petang. kalau dia tak dapat kerja dia hari itu,mungkin dia tak ada duit untuk nak sara keluarga,tak ada duit nak makan.


ada satu kes ni semasa aku tengah buat aktiviti santuni asnaf iaitu kami menziarahi asnaf dari rumah ke rumah,pak cik ni cerita.cerita dia lah buat aku rasa nak nangis sangat. tapi tak boleh nangis,kena professional,kena kawal air muka depan orang ramai.

rumah dia agak jauh dari pekan,kami amik masa dalam 30 minit juga la. rumah dia paling dalam sekali.jalan nak pergi masuk kawasan tu aku adventure.jejak je kaki kat rumah dia,aku rasa amazed jap. rumah dia  tepi laut. depan rumah dia macam ada satu kawasan macam jeti letak kapal macam tu. berdirinya kaki kat situ,boleh dengar bunyi air laut. aku suka laut,that is the reason why aku suka gila kat situ.

aku tak ingat macam mana pak cik tu boleh buka cerita ni.Cerita macam mana dia hanyut kat tengah laut selama 3 hari. Kalau kita dengar,rasa tak logik. sebab 3 hari,tapi masih boleh hidup. Waktu first dengar tu,aku cuba fikir. Impossible kan kalau kita dengar orang jatuh dari bot boleh survived? kebanyakannya yang kita dengar mesti diakhiri dengan kematian. 


cerita dia macam ni.

pak cik ni memang kalau sekali keluar akan keluar tangkap ikan jauh jauh,kadang sampai ke Penang sana cari ikan. Dan memang kebiasaannya,kalau dia keluar ke laut,memang dia akan ke laut 2-3 hari baru balik rumah.

Hari hujan lebat.Pak cik tu dah keluar ke laut. Sedang kat tengah laut tu la,laut bergelora dengan sangat teruk. Jadi,entah macam mana,dia hilang pertimbangan,dan jatuh ke dalam laut kat tengah tengah laut tu.Which means tak ada sapa pun kat tengah laut,apatah lagi ada yang nak perasan dia jatuh.


Jadi,menurut pak cik tu, dia cakap dia pun ingat itu pengakhiran hidup dia. Dia dah mengucap,sebab memang ingat tak ada harapan dah.Tapi tu lah kan,kuasa Allah melebihi segalanya. Sesungguhnya Allah lah paling berkuasa. Jadi bila dia dah jatuh,dia dah timbul balik,pak cik ni dah tergapai-gapai,tapi tangan dia pantas dapat rasa ada kayu. So dia berpaut kat kayu tu. Dia berpaut kat kayu tu selama 3 hari.


so aku tanya,so macam mana pak cik survived kan? polis jumpa pak cik ke? kot anak anak pak cik buat report.

tetapi sangkaan aku meleset. Tak ada polis pun datang tolong. Macam aku tulis kat atas,pak cik ni memang sudah menjadi kebiasaan keluar ke laut 2-3 hari. Memang dalam tempoh tu dia tak balik rumah,anak bini dia tak rasa apa apa,iya lah dia pegi laut. normal. kalau lebih seminggu macam tu,mungkin anak bini dia akan risau.


jadi,macam mana pak cik ni boleh selamat?boleh survived? 

dia berpaut kat kayu tu without doing anything.hanya ikut kemana arus bawa dia. sampai lah hari ketiga tu,arus laut dah bawak pak cik ni sampai kat pesisir pantai. so bila dah kat pesisir pantai,banyak lah bot bot kecil.so bot bot kecik ni la jumpa pak cik ni bawa pak cik ni ke daratan.


aku ada tanya in case hampa pon tertanya tanya,kenapa pak cik ni tak berenang je?and im very sure. selalunya orang yang tinggal dekat dekat laut ni mesti tahu berenang. so kenapa pak cik ni tak berenang. 


pak cik tu gelak ja weh. dia cakap,impossible untuk dia berenang ke tepian,ceh ayat aku. tapi tu la,dia takkan boleh berenang ke tepi or ke darat. sebab,time tu dia betul betul kat tengah laut. entah berapa puluh or beratus km dari daratan. plus,dia tak stretching pon (Obviously lah,dia ke laut nak tangkap ikan bukan nak bersenam). so,possibility untuk dia cramp tinggi. kalau cramp kat tengah laut lagi lah bahaya,mungkin dia end up mati lemas sebab tak boleh berenang.


sepanjang 3 hari kat laut,dia memang betul betul bergantung harap kat allah. harap ada keajaiban. mulut tak berhenti zikir dan doa,semoga semua dipermudahkan. dan harap orang akan jumpa dia. 


bab macam mana dia tidur,aku tak sure,tak terfikir dek akal untuk aku tanya soalan tu.


sesungguhnya kalau ikut logik akal aku yang jahil ni,aku rasa quite impossible. tapi tu lah,nak tunjuk bukti kebesaran allah. dan sesungguhnya allah yang berkuasa. 


Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: 'Jadilah engkau!'. Maka ia terus menjadi.” (Surah Yasin: 82)


1.Imam Ibn Jarir al-Tabari

Imam al-Tabari menukilkan perkataan Qatadah. Kata beliau (Qatadah): “Tidak ada di dalam kalam arab yang lebih ringan dan mudah daripada kata-kata Allah. Maka Allah Maha Berkuasa dan amat mudah bagi Allah untuk buat perkara tersebut.” (Lihat Jami’ al-Bayan ʿan Taʾwil al-Qurʾan, 20/556)


2. Imam Ibn Kathir

Beliau berkata: Iaitu Dia memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu pengulangan dan penguat. (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 6/664)


3.Imam al-Syaukani

Sewaktu mentafsirkan ayat ini, beliau menyatakan bahawa kekuasan Allah SWT itu begitu sempurna, dimana jika Dia berkehendak kepada sesuatu perkara, Dia hanya perlu menyebut "jadilah" dan ia akan terus terjadi tanpa perlu bergantung kepada suatu perkara yang lain. (Rujuk Fath al-Qadir, 4/546)


wallahu'alam. that is all. hanya secebis kisah yang betul betul buat aku buka mata untuk mensyukuri segala nikmat yang ada di depan mata.


                                                 bye,assalamualaikum

Comments

Post a Comment

Popular Posts