Resepi Brownies Kedut Seribu

honestly, aku dah buat brownies guna resepi dah berkali-kali dah. and rata rata yang rasa mesti puji. tapi tu la,aku tak tahu dorang puji sebab nak sedapkan hati atau apa.

and,a lil reminder,i try my best to explain in details oki

Credit: @azlitamasammanis

Resepi brownies kedut

Bahan-bahan
400g cooking chocolate
150g butter
100g gula perang
100g gula kastor
4 biji telur
1 sk esen vanilla
100g tepung gandum *ayak
1 sk baking powder *ayak
30g serbuk koko

Cara-Cara

cairkan coklat dulu. apa-apa brand pon boleh,tapi i prefer and suggest to use coklat yang kualiti dia okay sikit. means,aku tak recommend beli cooking choc brand supermarket. aku guna beryls,pon okay.

so cara cair. ada dua kaedah.
1.microwave coklat with butter for 1 minit

atau

2.double boiled.
double boil ni,konsep dia. kena ada satu periuk,didihkan air. lepas tu ada satu bekas,letak atas periuk tu. and make sure,air dalam periuk tak kena bekas berisi coklat dan butter.

macam ni la rupa dia. 
credit picture goes to goodle and its from baker bettie.


cairkan,gaul rata.


next,

1.mixkan, gula kastor,gula perang, telur,esen vanilla. mix sebati. pakai whisk je.



2.campurkan adunan telur tadi bersama coklat masakan. mix sebati.

3.masukkan tepung gandum,baking powder,and cocoa powder.



panas kan oven terlebih dahulu. gris loyang dengan butter. bakar brownies ni dengan suhu 160'c selama 30 minit.



lepastu sejukkan kek ni.

potong bila kek sejuk tau!! nanti sejuk baru nampak makin berkedut.

lepastu,topping atas tu suka hati awak la.

itu je,senang kan??

makan la dengan bangganya awak pandai baking

with hazelnut choc ice cream with some drizzle nutella on top of it.

just plain,with some almond.

brownies kosongggggg.


explain sikit :-

1.aku cadangkan beli lah coklat yang berkualiti sebab coklat masakan tu komponen terpenting dan utama ya. jadi ia memainkan peranan penting.

2.aku tak guna unsalted butter macam mana original resepi minta.and rasa still okay.

3.bab double boil tu,aku suggest guna periuk pengukus. panaskan air kat bawah,kat atas cairkan coklat. and sila hati hati,coklat ni manja sikit. tak boleh terlalu panas. so aku selalu panaskan air sampai mendidih,dan kemudian tutup api. baru letak bekas coklat pula.


Comments

Popular Posts