Preloved Karnival #2

Okay.

17-18,July 2020

Tiba la hari sorting barang. Aku & anis datang lewat sikit. Sebab kami ada exam pagi tu. So kami jawab la exam and then habis exam terus pergi kuala kedah.

Time ni awkward betul nampak semua orang. Kat situ aku hanya kenal tasha je la.

                        

Lepas tu kenal la dua tiga yang lain. Cam hasuna si cakap banyak, mat nor yang quite funny and si syafiq pendiam tu. Lepas tu ada faiezah yang asyik senyum and gelakkkkk ja memanjang.


Lepas tu,ada sorang kakak ni friendly betol,macam tuan rumah pulak 🤣her name is atikah. dia bagitau suruh punggah semua barang and kelaskan ikut jenis pakaian tersebut. And if possible,ikut saiz sekali.

Yang mana reject,ada defect ke,ada kotoran ke,ada terkoyak ke semua buang. Kita nak bagi kat orang yang elok.

Aku nak cakap sikit part ni. Aku sumpah tak boleh brain,macam mana orang boleh bagi barang yang terkoyak,yang kaler dah luntur, yang baju tu buruk giler plus dah out dated, and banyak lagi. Tu belum part baju-baju tu bau tak berapa menyenangkan.

Maksud aku, ingat la. Kalau kita nak bagi,bagi la yang elok. Diibaratkan macam kita kalau tengok,kita nak pakai. Bukan yang kita tak nak pakai sebab certain reason,so ko bagi orang. No! A BIG NO.
Kalau kita nak bagi something kat orang,wajib bagi benda yang elok. And bagi la benda yang kita sayang!!! Ehhehehehehehe.

This is just a friendly reminder to all of us.

Okay,back to the story.

I would say,kebanyakan barang ni adalah pakaian perempuan iaitu baju kurung. Banyak gila.

Dan waktu ni aku cam menyesal join pun ada.k,tak ada la. Tipu ja. Aku tak reti lipat kain especially baju kurung. Boleh pulak aku kena lipat banyak banyak haishhh. (I survived!)

So itu ja la all about sorting.

                   

                   


Oh btw,sebab fashion orang perempuan ni macam macam,lelaki tak reti nak kelaskan baju macam mana. Kelakar bodoe dorang tanya "ni blouse ka? "Ni jubah ka" "habis tu ni apa pulak?" Sambil buka baju tu tunjuk kat perempuan.

                 

Ini result la. Selepas hampir dua hari ye sorting semua,selesai juga la. 

Dalam plastik tu kami susun ikut jenis,and label so tak terabur. 

                

Walaupun tak suka melipat,saya tetap lipat. Sebab apa? Sebab tak ada pilihan.

To be continued...


Comments

Popular Posts