Pengalaman join MyVac

Hari ni aku nak cerita macam mana aku terjebak dengan Myvac ni. 

Sebenarnya aku memang plan nak sertai myvac dari hujung bulan Mac. Aku dulu aktif aktiviti sukarelawan dan aku join telegram sukarelawan negara. Dekat situ ada sorang ahli kelab bagi link dan info pasal Myvac. Cuma waktu tu masih waswas sebab kes tengah meningkat, lepas tu cam cari nahas je kerja kat tempat jumpa orang ramai. Tambah pulak, masa awal awal dulu tak ada janji dapat elaun. 

Aku tanya mak, mak cakap okay boleh. Aku tanya anis, sebab anis suka jugak aktiviti sukarelawan. Anis nak join. Tapi mak dia tak bagi. Aku redha habis. Aku tak kisah. Aku nak join jugak. So aku daftar je Myvac. Dah daftar baru tau akmal (kawan aku jugak) daftar myvac. Lepas tu, mak anis bagi join. Anis join. 

Tapi aku dan anis masih tak dapat call. Akmal dah ada orang dari pejabat belia dan sukan call tanya pasal perihal diri. Jadi aku dan anis dah kecewa takut depa tak pilih kami. 

Lepas tu, myvac ada collab dengan pengakap negara. Jadinya, pengakap negeri kedah perlukan wakil untuk majlis perasmian Nyvac di pejabat belia dan sukan negeri Kedah. Jadi dalam team tu, depa tanya sapa free tolong wakilkan. Maka tergedik gedik la aku nak sebab kami dua masih tak dapat call. 

To cut story short, kami dapat call untuk join taklimat mengenai myvac ni di Pejabat Kesihatan Daerah. Jadi aku pi la. Dengar taklimat & melawat PPV. 

Lepas tu aku start kerja next weeknya. Tapi masa awal awal buka, disebabkan ramai takmau vaksin. PPV pun buka selang sehari. Kira aku kerja awal awal hari tu seminggu iaitu sama dengan 4 hari. Sebab memang jarang buka.

Aku ingat masa awal awal aku kerja, aku kerja dengan Nurse Khairiah, Dr Farhana & Matron. Kami kerja kaunter depan. Orang yang datang masa tu sikit dalam 100 lebih ja pun, tapi huru hara gak ah. 

Lepas tu, pelan pelan PPV tu naikkan bilangan vaksin sampai la bilangan vaksin di PPV kami tu jadi 1500 sehari. Boleh bayang betapa penatnya kami setiap hari. 

Tapi, walaupun penat. Kami semua had fun. 


Hari pertama kami kerja, ada taklimat dari ketua PPV iaitu Dr.Farhana. 

Huru hara jaga kaunter depan. Kami buat semua manual, hence ada segala borang.





Comments

Popular Posts