Sunday, 28 November 2021

Pengalaman sebagai Myvac

 Orang selalu kata kat aku "wah seronoknya" bila aku cakap aku kerja Myvac. 

Aku tak nafikan keseronokan bekerja di PPV, tapi percaya la "wah seronoknya" yang referring to what I posted on my socmed, hanya lah 2% dari realiti. 

Hakikatnya, penat ya allah. Sumpah tak tipu. Aku kerja keluar pukul 7:30 pagi, balik rumah nak dekat pukul 7 malam baru balik rumah. Serious.

Mula mula aku bekerja, aku tak biasa dengan kepenatan kerja, sebab dah lama duduk rumah rileks dengan PKP stuck kat rumah. So tak biasa hidup produktif. 

Tambahan pula, kerja sebagai Myvac ni bermaksud berurusan dengan ramai orang sehari. Jadi macam macam kerenah kena layan satu per satu. 

Aku ingat, waktu tu minggu ke dua aku bekerja kot. Aku kena marah dengan orang awam. Orang awam tak nak dengar cakap aku bila aku bagi arahan. Lepas tu pandai marah dan arah arah aku. Bayangkan orang datang semua serentak. Aku rasa masa tu lebih dari seribu orang. Polis datang bagi arahan pun orang tak dengar, apatah lagi aku yang kecil ini. Orang tak nak dengar. Kena marah maki maki tu perkara biasa. 

Masa ni la aku kenal realiti dunia ni. Kebanyakan orang yang marah marah maki maki ini bukan orang cikai cikai, semua bekerjaya. Tapi sayangkan, mereka rasa mereka hebat dalam segalanya sampai sibuk nak ambik alih kerja kita. Marah macam depa tahu segalanya sedangkan kita tahu la apa kita buat. Kerja kita kan. 

Tapi tu la, pengalaman mematangkan segalanya. 

Dapat pula, masa itu, kiri kanan depan belakang paksa dan suruh aku adjust vaksin untuk depa. Hang rasa aku adjust ka? Jawapannya tidak. Aku tak ada masa nak buat benda tu. Aku ini kuli picisan yang kerja aku tak ada kaitan dengan registration vacinee. Dan untuk sapa yang tak tau la kan, kami kat PPV, kami print out ja nama sapa yang keluar. Tak ada istilah kami pilih orang. Semua sistem tolong generate kan. Betul nurse dan doktor ada buat senarai nama back up list just in case orang yang dapat temu janji tak datang, depa akan call orang dalam back up list. Tapi kita berbalik kepada point no satu. Kami kuli. Mana boleh kami tolong adjustkan. 

Sedih bila orang tak nak faham, instead cakap kita berbangga dan riak dengan kerja kita. Allah akbar. Gitu pulak pusingnya kan. 

Lepas tu, ada pula geng rasuah. Ramai orang ya cuba merasuah kepada kami staff PPV untuk tolong bagi depa dapat vaksin cepat. Benda ni bab rasuah kena tegas. Ada ye orang yang cuba nak rasuah itu kena halau gitu ja. Kalau dapat kat aku pun, aku akan halau gitu ja. 

Geng politik dengan cara geng politik yang sentiasa mahukan nama. Jijik ya taktik ahli politik ni semua, aku kalau boleh nak exposed ja apa benda tahi tahi ahli politik ni, tapi rahsia jabatan. Terpaksa la aku rahsiakan. Tapi tak ada la banyak kesnya, sikit ja. Geng politik ni pun bagus jugak, selalu sedekah makanan. Kami ni kerja penat, memang lapar sentiasa setiap petang. Jadi bila orang sedekah tu, kami semua bersyukur gila. 







Banyak je masalah, cuba gembira melebihi masalah..so kami gembira walaupun mentally and physically exhausted. We had fun despite all the problems.


Friday, 26 November 2021

Pengalaman indah sertai MYVAC

 Sepanjang 5 bulan aku kerja sebagai sukarelawan MyVac di PPV, macam macam orang aku jumpa. Macam macam perangai aku tengok sendiri. 

Masa awal awal Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) ni mula, kan negara kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi masa itu, aku dah lama tak balik kampung. 

Bila aku kerja, aku jumpa orang tua setiap hari. Dan jujur aku cakap, orang orang tua yang aku jumpa ni la pengubat rindu aku dekat kampung. Aku rindu gila kampung masa itu, sampai satu tahap aku tak boleh cakap pasal "kampung" atau "nenek" sebab memang laju air mata aku turun. 

Jadi, semua orang orang tua yang aku jumpa ni la aku anggap macam atok dan nenek aku sendiri. 

Aku ingat ada satu hari tu, satu rombongan bas pondok datang cucuk dekat PPV. Meriah betul PPV kami dengan gelagat semua tok-tok pondok ni. Comel betul! Riuh! Dari turun bas, sampai ke proses cucuk. 


Lepas tu, aku suka tengok gelagat tok tok ni semua datang cucuk, lepas tu nak tangkap gambar di photo booth. Cute sangat! 

Ada jenis mak cik pak cik suruh tangkap gambar, kita pun okay je la. Lepas tu, kita tanya la dorang "mana telefon pak cik/mak cik?" Dorang cakap dorang tak ada telefon. Tapi nak tangkap jugak gambar. La 😂 tapi kami okay tetap tangkap gambar even tak tau nak buat apa dengan gambar tu. Kenangan kan. 

Kami sambut dan hantar depa balik naik bas dengan meriah. Seronok sangat. Nanti aku masukkan video yang sempat kami rakam. 


Ada banyak je cerita indah. Tapi ini satu darinya. Nanti aku ceritakan lagi cerita lain di hari yang lain okay. 

Thursday, 25 November 2021

Pengalaman join MyVac

Hari ni aku nak cerita macam mana aku terjebak dengan Myvac ni. 

Sebenarnya aku memang plan nak sertai myvac dari hujung bulan Mac. Aku dulu aktif aktiviti sukarelawan dan aku join telegram sukarelawan negara. Dekat situ ada sorang ahli kelab bagi link dan info pasal Myvac. Cuma waktu tu masih waswas sebab kes tengah meningkat, lepas tu cam cari nahas je kerja kat tempat jumpa orang ramai. Tambah pulak, masa awal awal dulu tak ada janji dapat elaun. 

Aku tanya mak, mak cakap okay boleh. Aku tanya anis, sebab anis suka jugak aktiviti sukarelawan. Anis nak join. Tapi mak dia tak bagi. Aku redha habis. Aku tak kisah. Aku nak join jugak. So aku daftar je Myvac. Dah daftar baru tau akmal (kawan aku jugak) daftar myvac. Lepas tu, mak anis bagi join. Anis join. 

Tapi aku dan anis masih tak dapat call. Akmal dah ada orang dari pejabat belia dan sukan call tanya pasal perihal diri. Jadi aku dan anis dah kecewa takut depa tak pilih kami. 

Lepas tu, myvac ada collab dengan pengakap negara. Jadinya, pengakap negeri kedah perlukan wakil untuk majlis perasmian Nyvac di pejabat belia dan sukan negeri Kedah. Jadi dalam team tu, depa tanya sapa free tolong wakilkan. Maka tergedik gedik la aku nak sebab kami dua masih tak dapat call. 

To cut story short, kami dapat call untuk join taklimat mengenai myvac ni di Pejabat Kesihatan Daerah. Jadi aku pi la. Dengar taklimat & melawat PPV. 

Lepas tu aku start kerja next weeknya. Tapi masa awal awal buka, disebabkan ramai takmau vaksin. PPV pun buka selang sehari. Kira aku kerja awal awal hari tu seminggu iaitu sama dengan 4 hari. Sebab memang jarang buka.

Aku ingat masa awal awal aku kerja, aku kerja dengan Nurse Khairiah, Dr Farhana & Matron. Kami kerja kaunter depan. Orang yang datang masa tu sikit dalam 100 lebih ja pun, tapi huru hara gak ah. 

Lepas tu, pelan pelan PPV tu naikkan bilangan vaksin sampai la bilangan vaksin di PPV kami tu jadi 1500 sehari. Boleh bayang betapa penatnya kami setiap hari. 

Tapi, walaupun penat. Kami semua had fun. 


Hari pertama kami kerja, ada taklimat dari ketua PPV iaitu Dr.Farhana. 

Huru hara jaga kaunter depan. Kami buat semua manual, hence ada segala borang.





Thursday, 4 November 2021

Resepi Chicken Wing Airfryer

Sumpah sedap gila chicken wing ni, tapi syaratnya wajib la perap minimum 1 malam. Esok nak makan, hari ni kena perap dah. Baru la terasa perapan ayam tu. 

Resepi ni untuk 6 ketul chicken wing. Boleh agak agak je okay. 


BAHAN BAHAN:
3 ULAS BAWANG PUTIH (DITUMBUK HALUS)
2 SUDU BESAR LADA HITAM 
1 SUDU BESAR SOS TIRAM 
1 SUDU BESAR SOS CILI 
1 SUDU BESAR KICAP PEKAT (AKU GUNA KICAP MANIS JE) 
1 SUDU KECIL SERBUK KARI 
1 SUDU KECIL PAPRIKA (OPTIONAL) 
GARAM
CUKUP RASA 

CHICKEN WINGS

CARA CARA: 

Masukkan ja semua bahan tu. Gaul mesra, masuk ayam. Ratakan bahan perapan bagi semua ayam kena. Simpan dalam peti semalaman. 

Masuk dalam airfryer suhu 165 15 minit. Lepas tu naikkan suhu jadi 175 selama 5 minit. Siap. 



Anugerah Dekan yang diimpikan