Pelancaran MYVAC

15 April 2021, aku ada dapat jemputan untuk mewakili Pengakap Kelana Negeri Kedah ke Pejabat Belia dan Sukan Negeri Kedah untuk sama sama menonton gimik pelancaran sukarelawan MyVac kerjasama antara MOSTI dan KBS dia pusat pemberian vaksin (PPV) di bawah 'Program Imunisasi Peringkat Kebangsaan'. Pelancaran diadakan pada 16 APRIL 2021. Pagi aku ada exam, tengahari terus shoot ke alor setar untuk sertai pelancaran ni.

Aku honestly memang dah mendaftar untuk menjadi sukarelawan. Cumanya, dah almost sebulan time tu daftar, aku tak dapat call dari pejabat belia. Jadi, bila di jemput ke Pej.Belia & Sukan Negeri terus aku excited nak pergi. 

Bila sampai, kami dijemput masuk ke bilik mesyuarat. Masa itu, bukan sahaja Pengakap yang ada, PBSM pun ada, Rakan muda pun ada. Jadi time tu kami sama sama menonton perasmian yang di adakan di ibu negara secara atas talian. Dapat lah tengok Abah KJ. 

Itu je la. 

Aku excited nak mulakan sukarelawan MyVac ni. Doakan semoga semua dipermudahkan. 

Attach beberapa gambar sebagai kenang-kenangan. 

Ni la pelancarannya. Kami cuma dapat tonton dalam skrin. Okay la, kena adapt dengan norma baru.



Me with my hidden-excited-face
Dapat juga berjumpa dan bergambar dengan pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah. Fuh nervous betul. Sebab kita ni hanya seketol kentang.

Sebelum ada yang nak judge, SOP sangat ketat semasa kami berada di sana. Mask dipakai sentiasa, suhu dicatit, scan my sejahtera, duduk jarak 1meter, tiada bersembang jarak dekat. Semua duduk jauh antara satu sama lain. 

Syabas pihak Belia Dan Sukan Negeri Kedah atas kepatuhan SOP.




Comments

Popular Posts