Kuala Kedah Fam

 Eii saja je la tadi scroll gallery sebab bosankan. Tetiba jumpa gambar time aku volunteering under Youth Care Malaysia. 



To be very honest, aku tak setuju pun untuk anis pilih centre Kuala Kedah. First sebab kuala kedah, means alor setar. Aku tak suka alor setar. Untuk sapa yang tak kenal aku, aku tak suka alor setar dan atasannya termasuk perlis. 

Tapi, anis yang drive. So onz je la. Dia yang drive. Bukan aku. Lepas tu, time first datang and jumpa Shakir, aku rasa dia tak friendly. Tapi dia okay ja. Dia perlukan masa untuk warming up and cakap banyak. 

Lepas tu, ada Hasuna dan Mat Nor. A bit awkward. Time first time jumpa ni, Hasuna cakap banyak la. aku cam "Ya allah kenapa lah mamat ni cakap banyak, dia tak reti penat ka" 

Si Syafiq pula, dia pendiam gila nak mampos sampai aku tak perasan dia wujud. Lol. And dia pemurah. Asyik bagi makanan free ja.

Lepas tu, atikah. Time first time jumpa, peramah sangat. Aku selamber badak panggil atikah. Rupanya atikah ni dah tua HAHAHAHHAHA dah la sebaya kakak aku. Tapi aku tak panggil kakak. Pastu tikah tak kisah pun, dia layan ja kami yang merapu ni.

Lepas tu Dina, em dina ni okay la. Sebab second day baru cakap banyak dengan Dina. Turns out dina masuk air teruk. 

Naim? Okay ja la. Naim ni dia kena jaga tempat sama dengan aku. Dia boleh nak ngelak ngelak pulak orang suruh cakap kat depan khalayak dengan cakap cenni, "aku baru ja masuk belajar. Aku tak familiar dengan cara untuk present" and pass button dekat aku dan Syafiq. Hergh.

Syafiq president ku, okay ja la. Melayan si tasya yang tak habis habis tangkap gambar.

Tasya yang menjadi orang tengah. Kalau tak ada Tasya, pincang weh event tu.

Lepas tu anis hambar dan farhani tetiba menjadi pendiam.

Overall, aku rasa best. 
Shakir kalau baca ni dia gelak ja la.
Sebab aku cakap kat Syakir, aku serik nak join. 
HAHAHAHAHHHAHAHAHAHAH.
Serik for another reason that I can't expose here.


Semua, sila rindu saya.


Comments

Popular Posts