DERMA DARAH DI HOSPITAL YAN

Assalamualaikum.Hi. aku nak tulis dan share cerita aku pergi derma darah for the second time (bulan disember).

Kawan-kawan aku mesti tahu dan bosan tengok aku tak habis-habis promote pasal kempen derma darah. Sebab aku memang over sikit bab derma darah. Tapi bukan sebab apa pun, time mak aku bersalinkan aku,menurut cerita mak dan abah, mak tumpah darah banyak. Jadi, banyak darah dimasukkan ke dalam badan mak. Darah hasil orang menderma. Jadi bila aku dah besar ni, apa lah salah aku membalas balik budi orang yang derma darah yang dah tolong mak dulu, dengan aku derma kan balik darah. 

Okay, jadi aku last derma darah bulan march 2020.. aku follow facebook page kempen derma darah kedan perlis untuk aku tahu kat mana dorang buat kempen. dari bulan jun aku nak menderma, akan tetapi disebabkan eczema yang membuak-buak dari bulan Jun sampai November, yang membuatkan aku terikat dengan makan ubat alahan dan ubat gatal, maka bulan Disember baru aku boleh menderma sebab eczema aku dah slow down a bit, and aku pun malehhh nak makan ubat.

sebabkan dulu bila tengok facebook ada kempen derma darah dekat rumah,tapi mesti ada halangan. aku makan ubat lah, aku period la. so cancel cancel dan cancel. sampai la aku baru tahu boleh derma darah kat hospital yan. jadi aku pun pergi la hospital menderma tanpa perlu tunggu ada kempen.

Surprisingly, semua healthcare worker dekat hospital yan baik-baik eh semuanya. Layan kami dengan baik, ramah, mesra. dan membuatkan kami (aku dan kawan aku) rasa selesa dan happy jugak. Dari kakak yang jaga lab,kepada nurse, kepada doktor, kepada medical assistant semua baik baik. kudosss to all of them. seronok gila datang derma kat hospital yan, pekerja semua baik baik.

dah derma darah,kakak lab offer nak tolong tangkapkan gambar. hehehe ada kenangan yang boleh simpan kat sini.

nurse nak cucuk jarum tu pon baik, sembang-sembang.. ramah dan mesra. jadi kita ni rasa seronok dan happy pulak.
(excuse my weird face eventho you can only see my eyes but i was smiling awkwardly)

ni selfie aku dengan anis. anis first time nak derma darah, member cuak kat sebelah.


untuk pengetahuan semua (cewahhhhh poyo la), ni first time aku datang hospital yan. jadi kami sesat la sikit tak tau kat mana tempat nak derma darah ni, nurse yang tolong tunjukkan jalan. baik ja nurse tu layan padahal dia tengah rushing.

jadi untuk semua nak derma kat hospital yan ni, awak semua cari ja bilik xray. nanti bila masuk bilik xray akan nampak ada tulis pusat tranfusi darah. ada kaunter, cakap ja nak derma darah. nanti akak la yang baik hati tu assist awak. 

overall aku puas hati gila. layanan baikkkk dari semua petugas kesihatan kat hospital yan ni. definitely akan datang derma darah kat sini lagi. 

untuk sapa yang tak tahu, ada beberapa syarat untuk jadi penderma. aku attach gambar sebagai rujukan.







Comments

Popular Posts