Monday, 28 December 2020

Kem aneh

Aku tak boleh fikir tajuk. Jadi aku tulis kem aneh. 


Aku sangat suka pergi kem. Bagi aku kem best! Tapi, ada la part yang tak best kan. 


Contoh,aku saja nak cerita in case 3-4 tahun akan datang aku dah lupa cerita ni. And bila baca,aku ketawa sendiri. 


Cerita dia macam ni. Kami kem. Aku antara salah seorang AJK kem. Dan semua peserta kem diarahkan berkumpul satu tempat sebab hari hujan lebat. Aktiviti tak boleh dijalankan pada malam itu. 


Jadinya,urusetia lelaki diarahkan untuk jaga peserta. Manakala urusetia perempuan pun kena jaga peserta. Tapi sampai pukul 10 kot. Pukul 10,urusetia perempuan di arahkan buat sambal nasi lemak ye untuk sarapan semua orang keesokan harinya. 


Jadi, masa itu, aku pun ajak kawan aku D untuk pergi tempat masak. Tempat memasak sangat jauh dari dewan. AJK lain tak nak pergi lagi. And ada juga a few of them yang pergi mandi dan janji kononnya akan datang kat kami. 

Jadi masa aku jalan dengan D nak pergi tempat masak,memang aku dah rasa lain macam dah. Tapi kami sama-sama diam tak bersuara.

Aku dengan D pun cepat cepat potong cili kering,kupas bawang,blend tumis and seterusnya lah. Kira masa itu,memang kami berdua je kat tempat masak untuk memasak. Aku memang dah rasa lain macam,aku dah cakap kat D,suruh dia jangan pergi jauh-jauh. Buat kerja dekat dekat aku. 


Ada satu part tu,kami berdua keluar cari sumber air sebab Jurulatih suruh masak air. Jadi nak ke sumber air tu,ada blok-blok bangunan. Tiba-tiba, aku dengar dengan jelas suara perempuan tengah gelak gelak. And dengar bunyi tapak kaki menapak. Dan tetiba booooom!!!!! Pintu tertutup dengan kuat. Time ini cuak gila nak mampos. 


Tak apa,aku cakap kat D bertenang. Aku pun tak tenang. Kami masuk balik tempat memasak,buat kerja lain. Memang tak guna AJK lain,dorang nak nama je ke apa aku pun tak faham. Tapi,dorang tak datang lansung. Aku dengan D ni punya la takut sampai rasa nak terkencing,sampai tak boleh buat kerja apa apa. Aku memang shaking habis! 


Tak tipu weh,memang rasa nak terkencing ketakutan. Jadi sebab memang tak boleh duduk diam dah. D try call urusetia perempuan yang lain. Itu lah yang aku marah,punya la hanat dorang ni. Lansung tak datang tolong buat kerja. Call pulak tak angkat. 


Last-last,D call urusetia lelaki. Dan mamat tu datang tanya kenapa sebab D call dia dengan nak nangis. Ya allah,aku rasa kalau hampa ada kat situasi aku,baru hampa tau apa aku rasa. Memang nak nangis gila babeng. So mamat tu datang. Aku syak mamat tu tahu la kot. Dia tanya kenapa banyak kali,tapi aku dengan D diam. 


Jadi kami cakap kat mamat tu,dia duduk diam je la kat situ. Asalkan dia ada. Jadi dia duduk je la situ.


Benda ni,aku tak pernah cerita kat sapa sapa. Even aku dengan D pun tak pernah buka mulut pasal benda ini. 


Lesson learnt,memang aku tak nak jadi urusetia dah. Kalau jadi sekalipun,aku akan pastikan urusetia lain function. Bukan sekadar tunjuk muka dorang kat budak budak,kerja tak nak buat. Aku geram sampai ke hari ni. Sebab lansung tak ada maaf.


Lagi aku geram,budak budak yang kononnya pergi mandi tu actually pergi dating. And stuck sebab hujan. Siot. Kita orang dua ni hampir mati ketakutan di situ. Aku tak tipu. Memang lah benda tu tak tunjuk rupa dia,tapi dengar tu jelas gila. Aduhaiiiii. 


HAHHAHAHHAHA. Tapi benda tu memang ada. Asalkan kita tak kacau dia. 


Oh lupa nak cakap,aku tak ingat sama ada D atau aku. Tapi salah seorang dari kita orang ada jerit "jangan kacau kami" 




Friday, 25 December 2020

Eczema Journey (Part 2)

Part 2... ni aku nak cerita macam mana doctor salah diagnose aku..

Jadi disebabkan seketul manusia bernama Saffi ini mempunyai kesabaran senipis kulit bawang,jadinya aku rasa sedikit give up dan kecewa. sebab previous klinik yang aku pergi,ubat macam tak function. rashes jadi balik. or spesific terms dia ialah 'flare up'. Jadi aku terus ke klinik baru,klinik lain. dan doktor ini lelaki and non muslim.

Aku tak tahu kalau orang lain,tapi kalau aku,aku jenis tak kisah orang yang rawat aku lelaki atau perempuan.

Jadi bila aku tunjuk semua rashes aku,and dia cakap, "ini fungal infection ini. teruknya"  itu la yang keluar dari mulut dia.

Aku terkejut juga. tapi aku biar dia explain dulu. dia pun explain panjang lebar. Jadi aku cakap la "tapi previous klinik saya pergi cakap ini eczema.. bukan eczema ke doktor?" pastu doktor tu berleter panjang. 

Paling aku ingat dia marah aku sebab aku persoal betul ke tu fungal bukan eczema. Aku tanya,sebab aku tak tahu.plus all this while aku telan semua ubat eczema. jadi mesti lah aku terkejut. yang doktor tu pulak marah-marah aku. 

and then dia pesan untukk follow up check up every week. tapi,aku hanya datang untuk 2 minggu sahaja. sebabnya,next time aku datang tu.nothing much pun. dia cakap "okay nampak lega" and bagi ubat yang sama kat aku. sedangkan ubat yang dibagi sebelum ini masih ada.

jadi aku stop pergi kat doktor tu. sebab nampak macam dia nak duit je lebih,bukan nak rawat.

so,minggu seterusnya.aku dah tak pergi kat doktor tu. aku pergi klinik lain pula. and doctor kat klinik lain ni cakap ni eczema.so aku cakap kat doktor tu, "bukan ni fungal infection ke" and doktor tu berkali-kali perhatikan rashes/skin aku. and dia cakap, "tak.ni bukan fungas.ni eczema. saya yakin,sebab saya banyak kali jumpa case eczema sebelum ini" sambil dia tunjuk and explain pasal perbezaan eczema dan fungal di komputer miliknya. 

aku suka cara doktor tu,sebab dia pandai terang dengan jelas. dia jawab semua pertanyaan dengan tenang dan rileks. dia juga gunakan komputer untuk terang dengan lebih jelas.

so aku makan je la ubat yang diberikan dan aku guna semua cream yang diberi sampai habis.

nampak tak kekeliruan di situ. sorang cakap lain.sorang cakap lain. masalahnya kepada aku si pesakit,tak tau nak percaya siapa.

to be continued in part 3....


Tuesday, 22 December 2020

Eczema Journey (Part 1)

 rasa macam inappropriate pula bila previous post aku terus cerita pengalaman eczema aku tanpa aku jelaskan serba sedikit mengenai eczema.

so,untuk sapa yang tak tahu,eczema ialah keradangan kulit.lebih kurang macam alahan kulit. 

menurut laman sesawang cetaphil :- eczema ialah keadaan kulit yang ditunjukkan oleh tanda gatal, kemerahan, kering dan kadang kala melepuh, berair atau mengerak yang berbentuk tompokan kecil atau besar akibat keradangan kulit. Individu dengan ekzema biasanya mempunyai kulit kering dan sensitif yang menjadi punca radang kulit. Ini akan mencetus rasa gatal-gatal dan keinginan untuk menggaru dan gejala gatal-dan-garu ini akan berterusan dan berulang-ulang.

menurut satu posting yang ditulis di facebook dr.Huda Kamaruddin, "Kulit pesakit eczema lebih kering berbanding kulit normal. Kulit mereka tidak 'memegang' lembapan dengan baik seperti kulit normal. Lembapan mudah tersejat dan menjadikan kulit tersebut kering dan gatal.
Kulit pesakit eczema juga mengalami radang/inflamasi. Radang tersebut dimanifestasi sebagai kemerahan dan kegatalan di permukaan kulit."

so,menurut dr Huda dan juga doktor yang merawat aku sendiri iaitu dr.Nabilah Hasan dan juga Dr.Sanan tiada ubat yang boleh terus sembuhkan eczema.

untuk manusia yang bukan berlatarbelakangkan medikal,untuk memudahkan anda faham ialah tiada ubat pun untuk sembuh eczema ini.Yang ada hanya lah ubat untuk mengawal keradangan.

menurut doktor yang aku jumpa,doktor cakap eczema ni sama ada kita mampu kekal kan kulit kita macam tu,bermaksud tidak semakin teruk dan tidak semakin baik ATAUPUN kulit kita makin teruk. itu ja.

aku boleh cerita sikit sikit pengalaman aku sepanjang 7 bulan aku kena eczema ni.
aku buat masa ni,dah pergi 3 klinik.walaupun aku cakap aku hanya pergi ke 3 klinik,tapi aku dah jumpa doktor berpuluh kaliiii ya.every week aku pergi jumpa doktor. history medical file aku di klinik tebal dengan privous treatment yang semua berkaitan kulit.. mostly doktor memang cakap kulit aku eczema.

sepanjang aku jumpa doktor,menurut dr.Nabilah. doktor cakap yang aku ada dua pilihan. sama ada cuba makan ubat dulu,atau dapatkan suntikan. dan mengikut saranan doktor, makan ubat seminggu kita tengok reaksi kulit terhadap ubat. doktor bekalkan ubat alahan,ubat gatal,moisturizer cream and steroid cream. 
aku ada juga kembali ke klinik selepas seminggu kononnya untuk dapatkan suntikan.tetapi,doktor cakap tak perlu memandangkan kulit aku menunjukkan reaksi yang baik pada awal minggu pertama.

jadi aku pun guna.and untuk minggu pertama selepas cuba ubat.alhamdulillah nampak perubahan. AKAN TETAPI, eczema aku kembali selepas dua minggu. so kira ubat tu tak berfungsi.

aku stop ubat makan.aku apply cream ja la sampai cream tu habis.

nota kaki: berdasarkan apa yang aku faham,memang if possible doktor takkan galakkan pesakit untuk cucuk sebab cucuk tu bahaya unless betul betul teruk.

okay,kita stop kat sini. and see you in part 2.

Monday, 7 December 2020

-

 assalamualaikum hi.

tajuk hari ni,tiada.


baru baru ni aku ada pergi ke melawat jenazah sebagai penghormatan terakhir.

jujur aku cakap,boleh kira berapa kali je dalam hidup yang aku pergi melawat orang meninggal dunia.

aku rasa aku pernah melawat orang dari habis keluar hospital hingga ke liang lahad 2 kali je. kali ni,kami just pergi dan tunggu sehingga jenazah di bawa ke tanah perkuburan.


ayah kawan aku meninggal dunia.

sejujurnya aku rasa sedih, dan sebak berada di rumah arwah walaupun aku tidak mengenali arwah.

bila tengok kawan aku, lagi bertambah-tambah sebak.


aku doakan ikram dan sekeluarga diberi ketabahan.

ikram,hang kuat. hang mesti kuat. semoga tabah :)


((untuk menyuruh seseorang itu bersabar dalam keadaan dia baru sahaja menerima kematian,adalah agak kurang sopan. jadi kita doakan agar keluarga arwah tabah dalam hidup adalah lebih baik))

Anugerah Dekan yang diimpikan