Kem vigil II



Sebab sekarang ni tengah dalam fasa cuti disebabkan covid-19,lemme just write into the details pasal kem vigil ni.

Sebenarnya,aku tak plan pon nak pi vigil ni. And sebenarnya tak tau pon vigil tu apa. So malas nak involve in scout,kononnya la.

Lepas tu,tak apa la kan. Aku pun pergi je la disebabkan a week before kem tu,aku ada join meeting dengan pengakap daerah. So join ja la vigil. So kami pun pi la vigil.

Sebelum pi tu,aku google banyak benda pasal vigil. Sadly,tak ada la info yang details pasal vigil.

Aku masih blurr like what the hell, what am i going to do? What the hell? What vigil means.

So banyak persoalan. Jawapan tak dapat lagi ni. So dengan hati yang penuh soalan,aku pun pergi ja la kem.

Bila pergi vigil ni,baru aku tahu. Vigil ni macam ujian sikap. Dia ibarat nak dapat kerja,kena interview dulu. Ha vigil ni ibarat interview session. Dia ada dua part,satu kena bertulis dan satu lagi pertemuan dengan pemimpin.

Soalan bertulis? Apa yang dia tanya?

Basically,setiap vigil,lain soalan. So disebabkan aku pun dah terbakarkan kertas soalan aku,so aku tak ingat la soalan dan dan jawapan aku.

Tapi apa yang aku boleh cakap,soalan dia senang je geng. Ikut logik,ikut common sense. Takyah nak buat essei sangat,jawab ya atau tidak,dan alasan. Itu sahaja. Very easy.

Dan jawapan untuk setiap soalan tu,tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Jawapan kita tu sebenarnya define who you are. Itu sahaja.

Lupa nak bagitau,syarat wajib vigil ni,jawab soalan bertulis tu WAJIB MALAM DAN DUDUK SORANG BERTEMANKAN SEBATANG LILIN. Ya anak anak,anda akan dicampak didalam hutan seorang diri. Duduk,dan jawab.

Ni la contoh,duduk tak ada la jauh sangat dari orang lain. Tapi jauh juga la. 



Reasonnya? Nak bagi kita fikir dan muhasabah diri. Series,soalan dia deep deep gak.

Okay,settle part tu.

Second session which you need to meet your pemimpin ikut daerah.

Aku suka do session tu,sebab buat kita lagi rapat dengan pemimpin kita. Time tu yang ada ialah Kak Jie and Abid. Depa dua ni senior la.

So, macam aku cakap. Hampa kena jujur ja dalam session ni.

First part in this session,depa tanya pasal soalan yang kita jawab. Ya atau tidak. Dan alasan kita,kenapa. Ada lebih kurang 20-30 soalan. So jawab ja la. Jujur,ya allah. Itu sangat penting. Jujur ja.

Contoh macam ada soalan aku ingat dia tanya "adakah anda join untuk suka suka?" Lebih kurang la soalan centu. Lepas tu aku jawab "tidak" and abid tanya kenapa,jawapan aku ialah "ialah,mana ada orang mai kem untuk suka suka happy. Kem penat kot. Baik buat benda lain".. hahahah. Itu la jawapan aku. Abid and Kak Jie dengar angguk ja. Depa tak leh judge,that is your answer. Your right.

Second part, sebenarnya waktu before hampa start. Depa akan tanya nama,umur,tinggal kat mana,berapa adik beradik dan hobi. So, bila second session ni,depa perangkap sikit la. Depa tanya apa yang hampa boleh kaitkan hobi dengan aktiviti pengakap. So jawab ja la.

Aku kekeringan idea gak ah. Sebab aku jawab hobi aku baking. Lepas tu jawapan dia ialah buat la program dengan daerah lain,sama ada pertandingan atau mungkin demo masakan. Ha gitu.

Third part,here come to my fav session. Depa tanya, apa yang hampa ada nak tanya,atau tak puas hati.

Aku memang ada benda tak puas hati. So time tu,aku luahkan semua. Untuk sapa kenal aku,tau la aku ni memang jujur. Memang tak puas hati,aku cakap. So akh luahkan. In a good way,obviously. Lepas tu, depa explain in details.

Dan sebabkan soalan aku tu drag sampai sejam lebih. Hahahah,but i really enjoyed that. Bcs i can get to know them better.

Ha gitu la. Best. Walaupun malam tu dikerah untuk tidur pukul 4.30 pagi,bangun pukul 5.30 pagi. Gila betul,bad mood aku woii.

Okay itu ja la. Byeeeeeeeeee


Comments

Popular Posts