Tuesday, 24 March 2020

Resepi Red Velvet

Cis,ni kali kedua aku post resepi red velvet. The first one is this,boleh klik untuk baca.

Kali ni,aku buat version cupcake. Actually untuk birthday kawan aku. So aku buat ja la. Malas cakap panjang,mariiiii. Sapa nak cuba,dipersilakan.

Bahan A:
250gram tepung gandum
1/4 cawan cocoa powder
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat

Ayak semua bahan ni.

Bahan B:
125gram butter
250gram castor sugar
130gram eggs (lebih kurang 2 biji telur gred A)
1sk esen vanilla.

Bahan C:
3/4 cawan freshmilk
1sk cuka
2 sb pewarna merah

Yang ni masuk satu bekas. Tak yah kacau,tak payah apa. Biar je dia. Okay?

Cara-cara:
1.Mix butter and castor sugar sampai sebati and kembang.
2.masukkan telur satu per satu dan disertai juga esen vanilla.
3. Masukkan bahan A berselang seli dengan bahan C. Buat sampai habis.
4. Bakar. Ikut suhu oven masing masing. Setiap orang suhu berbeza.



Sunday, 22 March 2020

Personaliti diri

Masih lagi aku menulis.
Kononnya nak tulis satu hari satu post.
Boleh la buat hilangkan bosan.
Hari ni hari ke 6 covid-19 outbreak.
Masih lagi tiada tanda tanda virus ni nak berkurang.
The number keep on increasing day by day.
Harap sangat ada keajaiban.
Dan covid ni akan pergi.

But anyway.

For today.
Aku nak tulis pasal personaliti diri.
Aceh wah.
Poyo je kan nabilah saffi ni?
Tapi ada aku kisah.

Aku start rasa aku ada masalah dengan diri aku,paling obvious time 2017. Time tu aku kat kem. Dan aku totally tak ada kawan. Time tu juga,baru aku reflect diri aku. Eh? Sejak bila eh?

Bukan sejak bila aku ada kawan atau tak. Tapi sejak bila pula aku makin lama makin pendiam.

Ye. Ada setengah yang cakap "saffi pendiam,mustahil". Contoh yang cakap ayat tu family la. Sebab obviously momentum aku dengan family ni masih padu 😂 but when it comes to other people. Aku memang out.

So sejak dari situ,aku buat la test personaliti diri. Which to define who i am. Am i introvert or extrovert. The result turns out to be aku ni ialah introvert.

Aku pun pelik. Tapi sebenarnya,aku tau and ada jawapan kenapa aku makin pendiam. Not gonna state it here. Lemme keep the answer to myself only. But anyway.

Aku pelik,takkan aku introvert.like seriously???

Hahahahahahah.

Bila aku research research and research. Baru aku tahu. Aku sebenarnya ambivert. Tapi time 2017-2019 aku lebih cenderung kepada introvert. For most of the time aku tak suka cakap. Suka sendiri. Hanya nak bergaul dengan circle aku sahaja. Dengan orang baru aku tak nak bergaul.

Pernah aku tulis dalam blog ni pasal sorang mamat yang try hard untuk cakap dengan aku,tapi aku tak layan. It might sounds nonsense to you,but actually the reason why aku tulis ialah kat situ la aku sedar. Kenapa eh dengan aku?? Hahaha.

Aku nak bercakap,tapi tak terkeluar sepatah pun kata. Kata hati sahaja la yang berbicara. Yang aku sendiri sahaja dengar. Series.

I keep on trying to talk more,especially to the stranger or new friends,but it is so difficult. I hate being in the crowd. Banyak benda la aku benci.

Sebab tu la,kalau sapa tahu aku,tahu aku dah biasa keluar sorang. I mean shopping, jalan jalan,wayang and so on. Sebab aku tak suka ada orang teman unless dia tu betul betul rapat dengan aku. If dia tak rapat,buat aku terseksa.

Ni bukan rekaan eh. Tapi aku cukup tak selesa dan rasa sengsara duduk dengan manusia yang aku tak kenal sangat. Bagi aku,i would rather be alone.

Tapi orang tak paham semua tu. Especially kawan kawan yang dulunya terbiasa tengok aku extrovert and suddenly changed to introvert. Selalu kena bahan la "eh saffi malu ka".

Berapa banyak dah cop "sombong" dan "pemalu" yang orang cop kat aku. Dulu rasa okay. Lama lama sakit hati.

Sebab?

Percaya la. Deep inside,aku nak sangat cakap. Tapi sepatah kata pun tak terkeluar. Ini lah realiti yang aku hadapi. Yang orang tak mengerti. Hanya aku yang memahami.

Tahun 2020 macam mana?
Aku still define. Am i still introvert or not.

Entah la.


Saturday, 21 March 2020

Kem pengakap perdana

Assalamualaikum.
K.
Since kita masih dalam cuti covid-19.
Or RMO
Aku akan gunakan untuk tulis pasal kem.

Aku memang tak nak tulis pasal kem ni, tapi sebab terlampau banyak free time. Mari la kita tulis.

Sebelum tu,disclaimer,this entry is not going to be positive. Sebab banyak benda aku nak luah dan complain.
Segala apa yang aku tulis ni,tolong la. Saya bercakap berdasarkan pengalaman.
Dah banyak kem aku join sebelum ni,and this is the worst.


Aku masuk form6. In case ada yang tak tahu.
And dorang buat aktiviti perkhemahan pengakap.
So semua diwajibkan.
Okay faham?settle.

Kem ni bulan July tahun lepas.
Aku agak kecewa sebenarnya.
Alang-alang nak buat kem,buat la kem yang terbaik. Yang informative and at the same time fun.

Aku tak kata kem ni tak best. Tapi kem ni kosong. No input at all.

Aku tak boleh nak salahkan pihak ajk kem, sebab mungkin diorang tak tahu.

Kem ni nama je kem pengakap,tapi tak ada lansung unsur pengakap. Kalau ada pun,hanya la 10%. Yang lain out. Tu yang aku kecewa sangat.

Kem tu,hari first dan burn la. Sebab sekolah. Petang tu buat gadjet, fikir idea untuk malam kebudayaan dan istiadat (the only thing yang aku rasa berkait dengan pengakap).

Malam tu,ada aktiviti,dan sambung dengan malam kebudayaan. Esok pun ada aktiviti. Then masak. Then penutup.

Aku bukan apa. RUGI SERUGI-RUGINYA. alang alang nak buat,kita penuhi lah dengan ilmu pengakap as much as we can. Ni,zero input.

Contoh,bila di suruh buat gadjet. Supposedly, kena ajar ikatan. Dalam pengakap ni,mana ada buat gadjet,ikatan hentam keromo. Rugi rugi. Sia sia. Budak budak pun buat ikatan merapu.

Patutnya,pihak pengurusan perlu la explain and ajar a lil bit about ikatan. Ikatan tu,bukan untuk pengakap semata. Boleh digunakan untuk urusan luar juga.

Second,nak buat aktiviti tak salah. Tapi jangan la hanya aktiviti semata mata. Sepatutnya,pihak pengurusan perlu lah expose budak budak tentang pengakap kelana,sebab ramai yang tak tahu apa itu pengakap kelana. Yang dorang tahu,dorang kena register. And done. Mungkin ajk boleh invite pihak pengakap luar,yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran untuk terang and explain to the participant. So budak boleh expose to what kelana is.

Aku tak 100% blame ajk kem. Aku tahu dorang tak ada guidance dari 'orang pengakap'. Yang dorang tahu,hanya teruskan legasi seperti tahun sebelumnya.

Let say if tahun ni ada kem tu,i would suggest pihak ajk untuk buat vigil. Lagi bermanfaat. In fact kita boleh invite sekolah lain untuk join. Lagi fun. Tapi tu la. Aku ni hanya manusia kerdil. Yang bersuara,tapi tidak didengari orang.

Banyak la aku tak puas hati,that is why aku kata kem ni the worst camp.

LOL.

Tapi tak apa.
Benda dah lepas.
Mari la throwback gambar.



Ni team aku,patutnya bukan team aku pun,aku menumpang je. Sebab aku tak boleh blend in dengan my actual team. Lol. Thanks for accepted me.

Kem vigil II



Sebab sekarang ni tengah dalam fasa cuti disebabkan covid-19,lemme just write into the details pasal kem vigil ni.

Sebenarnya,aku tak plan pon nak pi vigil ni. And sebenarnya tak tau pon vigil tu apa. So malas nak involve in scout,kononnya la.

Lepas tu,tak apa la kan. Aku pun pergi je la disebabkan a week before kem tu,aku ada join meeting dengan pengakap daerah. So join ja la vigil. So kami pun pi la vigil.

Sebelum pi tu,aku google banyak benda pasal vigil. Sadly,tak ada la info yang details pasal vigil.

Aku masih blurr like what the hell, what am i going to do? What the hell? What vigil means.

So banyak persoalan. Jawapan tak dapat lagi ni. So dengan hati yang penuh soalan,aku pun pergi ja la kem.

Bila pergi vigil ni,baru aku tahu. Vigil ni macam ujian sikap. Dia ibarat nak dapat kerja,kena interview dulu. Ha vigil ni ibarat interview session. Dia ada dua part,satu kena bertulis dan satu lagi pertemuan dengan pemimpin.

Soalan bertulis? Apa yang dia tanya?

Basically,setiap vigil,lain soalan. So disebabkan aku pun dah terbakarkan kertas soalan aku,so aku tak ingat la soalan dan dan jawapan aku.

Tapi apa yang aku boleh cakap,soalan dia senang je geng. Ikut logik,ikut common sense. Takyah nak buat essei sangat,jawab ya atau tidak,dan alasan. Itu sahaja. Very easy.

Dan jawapan untuk setiap soalan tu,tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Jawapan kita tu sebenarnya define who you are. Itu sahaja.

Lupa nak bagitau,syarat wajib vigil ni,jawab soalan bertulis tu WAJIB MALAM DAN DUDUK SORANG BERTEMANKAN SEBATANG LILIN. Ya anak anak,anda akan dicampak didalam hutan seorang diri. Duduk,dan jawab.

Ni la contoh,duduk tak ada la jauh sangat dari orang lain. Tapi jauh juga la. 



Reasonnya? Nak bagi kita fikir dan muhasabah diri. Series,soalan dia deep deep gak.

Okay,settle part tu.

Second session which you need to meet your pemimpin ikut daerah.

Aku suka do session tu,sebab buat kita lagi rapat dengan pemimpin kita. Time tu yang ada ialah Kak Jie and Abid. Depa dua ni senior la.

So, macam aku cakap. Hampa kena jujur ja dalam session ni.

First part in this session,depa tanya pasal soalan yang kita jawab. Ya atau tidak. Dan alasan kita,kenapa. Ada lebih kurang 20-30 soalan. So jawab ja la. Jujur,ya allah. Itu sangat penting. Jujur ja.

Contoh macam ada soalan aku ingat dia tanya "adakah anda join untuk suka suka?" Lebih kurang la soalan centu. Lepas tu aku jawab "tidak" and abid tanya kenapa,jawapan aku ialah "ialah,mana ada orang mai kem untuk suka suka happy. Kem penat kot. Baik buat benda lain".. hahahah. Itu la jawapan aku. Abid and Kak Jie dengar angguk ja. Depa tak leh judge,that is your answer. Your right.

Second part, sebenarnya waktu before hampa start. Depa akan tanya nama,umur,tinggal kat mana,berapa adik beradik dan hobi. So, bila second session ni,depa perangkap sikit la. Depa tanya apa yang hampa boleh kaitkan hobi dengan aktiviti pengakap. So jawab ja la.

Aku kekeringan idea gak ah. Sebab aku jawab hobi aku baking. Lepas tu jawapan dia ialah buat la program dengan daerah lain,sama ada pertandingan atau mungkin demo masakan. Ha gitu.

Third part,here come to my fav session. Depa tanya, apa yang hampa ada nak tanya,atau tak puas hati.

Aku memang ada benda tak puas hati. So time tu,aku luahkan semua. Untuk sapa kenal aku,tau la aku ni memang jujur. Memang tak puas hati,aku cakap. So akh luahkan. In a good way,obviously. Lepas tu, depa explain in details.

Dan sebabkan soalan aku tu drag sampai sejam lebih. Hahahah,but i really enjoyed that. Bcs i can get to know them better.

Ha gitu la. Best. Walaupun malam tu dikerah untuk tidur pukul 4.30 pagi,bangun pukul 5.30 pagi. Gila betul,bad mood aku woii.

Okay itu ja la. Byeeeeeeeeee


Wednesday, 18 March 2020

Adik-adik pengakap

Ceh ni kalau depa baca ni,mesti depa nganjing aku.
Depa tak boleh terima ka kenyataan yang aku memang tua dan depa muda -,-

Anyways.
Nobody invited us to be a part of the team. I mean team kawad. Aku yang offer diri menyemak.

Cerita bermula bila aku sepatutnya terlibat dengan acara sukan,dan acara tu cancel. So aku dengan muka tak malu,tak kenal sangat pun dengan budak pengakap,tapi aku pergi duduk situ.

And tak tau la,depa berpura pura dan terpaksa terima kedatangan aku.

Time kawad,aku tak cakap banyak sangat. I just let the leaders do their job. Sebab aku tahu kat mana aku berpijak.

So, itu ja la.

Aku ingat ayat yang aku guna 'we may not be the best,but we can give the best'.

Lagipun,im not trying to say kawad tak penting,tapi pengakap lebih tertumpu kepada aktiviti lain. So it is okay,dont blame yourself if kita kalah kawad. Ada banyak peluang lagi untuk kita menyerlah.

Aku cakap macam tu,sebab aku dah tau keputusan kawad time tu. So yah.

Biarkan aku sematkan kenangan kat sini.

Untuk adik adik,if you berjaya jumpa this blog,im im so from the bottom of my heart.

Semua geng buat style ni (ermm except madam)

Kelanaaaaaa on duty


Squad




Am si annoyingq





Hari tu,aku juga cakap aku nak tengok muka muka ni kat kem. Please,be active. Sentiasa keep update dengan madam untuk next event. Sebab apa? Sebab guaq selalunya hantar wakil sikit sangat. So please, lepas ni nak tengok ramai wakil guaq.

Oh tak dilupakan,aku ajak juga rakan dari daerah lain.




Assalamualaikum.

Salam pengakap.

#kelanabersatu
#onceascoutalwaysascout

Anugerah Dekan yang diimpikan