Merdeka Run

Assalamualaikum

Merdeka run

So aku join merdeka run. Ye tahu,merdeka bulan ogos,sekarang bulan december. Ye tahu!! Tapi memang peel nabilah saffi ni dia ambik masa berbulan dan moodnya sangat random. Tiba tiba rasa nak share. 

So this event is under kpm, and sekolah kat kulim yang organized event ni. 

I would say that this is the worst running event ever. Running event sebelum ni tak pernah seteruk event ni. Tu yang aku bad mood,tapi mood dah datang untuk menceritakan. 

Aku tak ada high expectation for this event. Since fee dia murah ja. Rm10 only. So no expectation. Tapi part pengurusan jaga event ni,lemah sikit la. 

Sebelum ni, event aku pergi semua setiap check point akan ada orang bagi air. Tak kisah la air mineral sekali pun. At least ada air. Tapi, ni air kat setiap check point tak ada lansung. Check point bagi getah yang tak function tu ja. 

Lepas tu,dah sampai. Mesti la orang cari air kan. Yup ada booth air. Tapi booth tu very small. Yang join larian ni ramai beribu ribu orang dah tong air hanya ada 3 je. 3 je!!! Bayangkan kena berebut untuk ambil air. Air tu pun di sponsor oleh mcdonald. Pihak pengurusan tak ada inisiatif ke nak provide air juga? Air mineral pun orang bersyukur tau.

Aku bukan apa. Time tu, aku bawa je air. Kawan kawan lain bawa je air. Tapi air kami sampai dah habis,sampainya tak pun. Ramai time berlari tu cari air. Tapi air tak ada. So?

Kalau at least dia buka booth let say tak nak bagi free,at least buka la booth jual air kat check point check point tu. Semua peserta semua perlukan air.

Lepas tu,  tak apa la. Ada lagi satu benda aku tak puas hati. Iaitu cikgu tipu kita orang!! Cikgu cakap 5km je. Aku pun macam okay la kan. Before ni pun memang standard aku join 5km. So okay la. Tapi sebenarnya larian 7km. Pengsan! 

Aku lari lama gila,tapi tak sampai sampai,aku hairan la. Rupanya 7km kena lari. Lol



Nah muka lepas habis lari.

Nah kita letak satu gambar kat sini nak abdikan kenangan. Saya survived 7km.

Comments

Popular Posts