Luahan hati seorang lelaki

I've written this in june. And just about to post it here on december.

Clichenya tajuk. Meluatnya aku baca. Tapi aku tak ada idea nak tulis tajuk apa.

So,aku baru balik dari kelas memandu. Ya,lesen aku tak settle lagi. Sebab aku menangguh nangguh.

Okay,tadi setelah sekian lama aku dengan cikgu perempuan,akhirnya aku dapat cikgu lelaki. Aku tak mau cikgu lelaki sebenarnya. Tapi i is redha.

Lepas tu,aku ni memang pendiam. Ya allah,masih ramai tak percaya aku pendiam. Ah lantak hampa la percaya ka tak. Tapi,dia start cakap.aku cam besa ah jadi pendengar.

Lepas tu dia tanya itu dan ini,sehingga lah dia tanya pasal ayah aku. Rupanya dia kawan ayah aku lol. So maybe he knows that I know about what happened to the company.

Tak apa la kan. Lepas tu dia meluahkan perasaan. Aduh aku first time dengan luahan seorang lelaki a.k.a seorang bapa a.k.a seorang suami.

So dia cakap "saya kena buang time syarikat tu down time 201x. Lepas tu saya tak kerja. Bila saya kena fitnah baru saya kerja"

Pastu aku pun gelak gelak ja. Sebab bagi aku lawak. Even hakikatnya aku tak rasa benda tu lawak.

Then dia kata " saya sebenarnya kerja. Tapi kerja kampung,buat rumah,mesin rumput semua kerja macam tu la. Tapi,kerja kerja tu bukan kena buat tiap hari. Bila ada orang perlukan perkhidmatan,baru saya kerja"

Aku pun angguk ja la faham. Sebab aku kesian tau untuk sapa yang kena buang kerja. Banyak kawan kawan ayah aku kena buang,time tu depa buat video. And that video went viral. Aku tak nak mention syarikat/kerja apa. Biar la hanya yang tau ja tau.
And about the video yang viral tu,i swear everyone will cry. Sebab sedih sangat ya allah. Time tu ramai pekerja duk tepi jalan menangis. Ya sang lelaki menangis.

Lepas tu cikgu aku sambung lagi. "Saya rasa dunia saya gelap sangat. Tak tau,tak ada arah tuju dah masa tu. Tak tau nak buat apa."

Living in the depressed zone.

😭😭😭😭😭

"Lepas tu saya kerja kampung tu. Ramai orang fitnah saya,kata makan duit bini. Padahal tak pun"

Allah.allah. aku sebak bhai.

"Lepas tu saya pun apply for this position. Alhamdulillah dapat." Dia kata.

"Anak makin lama makin besar.makin banyak guna duit. Tu yang saya kena fikirkan semua tu"

"Saya pun tak sangka dapat jadi cikgu. Saya belajar pun tak pandai mana. Tapi alhamdulillah la,dapat kerja ni"

"Sekarang saya anggap,semua anak murid,semua boss saya. Sebab anak murid yang bayar gaji saya."

Ya allah. Kan bagus kalau semua driving teacher have the same mentality as him.

Aku pun ya allah. Ini lah sisi seorang ayah. Benda yang dia tak pernah dedahkan. And tak terluah dekat anak anak.

Sedihnya 😭😭 haishhhh.


Comments

Popular Posts