Rawatan gigi di Aimst Dental Clinic

 

Hari ni nak cerita pengalaman aku sepanjang buatkan rawatan di Aimst Dental Institution (Clinic).

Cerita bermula lepas aku habis buat rct. Aku buat rct di klinik kerajaan. Dentist pesan suruh buat crown sebab gigi rct ni dia tak berapa tahan sangat. Dan klinik kerajaan tak ada crown. Tak sebenarnya ada, tapi queue lama. And proses renyah. Jadi, bermula la aku research klinik gigi mana aku nak pergi yang doktor dia okay,dekat dan harga dia murah. Aku list down beberapa klinik gigi yang aku jumpa. Lepas tu, aku baca di twitter katanya kalau nak dapatkan rawatan gigi yang murah, cari universiti yang ada dentistry. Sebab usually harga dibayar adalah harga untuk bahan sahaja. So waktu tu, aku list down, ada dua university yang aku boleh pergi. Satu Aimst, satu lagi Penang International College. 

Idk why, tapi aku start approach dental student dari PIC dulu. And kita orang dah almost deal. Tapi, aku ubah fikiran sebab PIC jauh sangat, nanti buang masa. Apa kata pergi Aimst. Sebab dekat, dan orang kata rawatan free. Oh please bare in mind, aku nak buat rawatan guna duit sendiri. Sebab tu aku berkira cari klinik yang murah. Tak nak minta duit parents. So, aku pon bantai pergi Aimst tanpa aku tahu macam mana. 

Jujur aku cakap, of course aku meragui semua dental student kat sini. Dah ragu lepas tu datang Aimst buat apa kan. Ha sebabnya, bila first appointment time buat check up, bukan dental student buat suka suka. Tapi, setiap kali habis satu prosedur, akan ada specialist (lecturer) yang datang untuk check. Maksudnya tak ada la bahaya sangat, sebab lecturer ada. 

Dan sepanjang aku jadi pesakit di Aimst, aku rasa dental student dorang not bad. Semua bagus. Dorang tahu apa dorang buat, dan lecturer ada sentiasa pantau apa student dia buat. 

Yang bagusnya Aimst ni, dia akan buat thorough dental check up. Dia akan check selengkap yang mungkin dari penjagaan gigi, bad habit related to mouth, check cancer mulut dan banyak lagi. Bayangkan check gigi ambil masa sejam lebih sebab memang details. 

Tapi, kalau nak datang sini, jangan datang time sakit gigi. Kalau sakit gigi pergi la dental clinic, bukan dental institution. Obviously kat dental institution ni dorang ambik kes untuk dorang belajar. Jadi, bukan hari ni datang terus dapat rawatan. Kena tunggu dulu beberapa minggu atau bulan, baru dorang call untuk datang. Mengikut silibus apa yang dorang belajar la kot. So tak boleh la expect nak cepat. 

Aku daftar dulu back in 2020. Tapi malangnya, aku baru daftar and tibeh covid menjelma dan kita lock down. Dalam bulan februari hari tu, ada aimst call suruh datang. Dan aku pon datang. Patutnya, appointment aku ni habis awal. Tapi sebab lockdown, lockdown and lockdown. Asyik kena postpone sampai la ke bulan disember ni. 

Dental student yang rawat aku cakap, dorang punya clinical pun disaster sebab covid. And tak dapat grad on time sebab banyak cases tak siap lagi. Dari awal lepas lockdown dah habis tu, semua busy siapkan clinical. 

Disebabkan sekarang dalam musim covid, setiap kali sebelum buat rawatan, kita kena buat covid test dulu. Buat dan tunjuk depan doktor. Result negatif baru boleh masuk dalam untuk dapatkan rawatan.

Dekat aimst ni, konsepnya doktor tu akan jaga sampai habis rawatan. Doktor akan contact kita melalui whatsapp sahaja. Senang kerja. I don't mind using this way, it is so much easier untuk kami komunikasi. Cakap pasal komunikasi, doktor (dental student) kat sini baik. Contoh kau tak boleh datang, kau boleh bincang bila kau free. Nanti dia adjust la untuk fit dengan jadual dia. Ini la aku paling suka. Sebab doktor aku bebetul follow jadual aku (dan jadual dia jugak la). 

Doktor kat sini, cakap sopan sopan and baik. Dorang buat kerja pun okay, tak sakit pon. Kalau sakit boleh bagitau. Kalau mulut lenguh, dorang bagi free massage ><  :D

Anyway, ini kali terakhir aku datang. Sebab appointment dah siap. Aku tak perlu datang lagi. Jadi sebab tu doktor cakap "nabilah can take picture?"



(P/s: memang bebetul free rupanya AIMST ni. Time datang pertama kali, kena bayar rm5. Lepas tu, semua free lepas tu. Doktor aku cakap, disebabkan sekarang musim covid, patient baru nak datang kena bayar rm10 untuk covid test kit. Aku pesakit yang daftar lama, tak perlu bayar pun test kit. Free. Semua free la ceritanya. Apa la sangat bayar rm15 untuk rawatan yang berharga rm800++.)



Comments

Popular Posts