ANUGERAH CEMERLANG

Sepanjang 20 tahun aku hidup, aku tak pernah dapat anugerah cemerlang. berbeza betul aku dengan saffa, saffa setiap tahun dapat anugerah cemerlang. sedangkan aku sekali pun tak pernah.

So kali ini, aku nak share pengalaman ambik result STPM online. Tak feel kan online? hmm. aku tak record video apa apa. sebab aku tak sangka result aku okay. aku ingat, aku akan lulus dengan pointer cukup-cukup makan. so aku tak expect tinggi. 

Tambah pula, aku sangat berbaik hati dengan diri aku. sebab banyak sangat benda aku struggle zaman form 6, jadi aku tak push diri aku teruk teruk sangat. aku ikut ja apa dapat.

Sebelum tu, aku tau mesti ramai antara hampa tak faham sangat sistem form 6. Okay, sistem form 6 ni, dia ada 3 semester. Satu semester sama dengan 6 bulan. Jadi aku masuk bulan 5. semester pertama aku dari bulan Mei-November. Semester kedua aku disaster sikit sebab kan covid. Jadi dari Januari-Ogos. Dan semester 3 aku dari Ogos-Mac. 

Form 6 ni pulak, setiap semester akan ada exam. and markah exam tu macam carry mark dekat uni. so semua exam penting. dan, kelebihannya di sini, kalau kita tak perform semester 1 atau semester 2, kita boleh repeat. satu paper RM50. 

Cikgu-cikgu di sekolah aku ni, sapa tak dapat A, wajib repeat. so kena bayar la untuk repeat even hang dapat B+ tetap kena repeat. dan dalam sistem form 6 ni, C- dikira gagal. jadi C+ ke atas ja dikira lulus.

Jadi, first semester tu aku dapat okay la cukup cukup makan. tapi aku repeat 3 subjek. sebab 1 subjek ja aku A.

Second sem, pointer aku drop teruk jadi 2.++ ja. Kecewa jugak ah time ni sebab aku siap ada subjek FAILED. sedih tu of course, tapi gelak gelak dulu. dan part paling derhaka, mak ayah aku tak faham pun sistem form 6 ni. jadi aku tak cakap pun aku failed ka apa ka. aku minta duit repeat pun aku cakap duit nak jawab exam, tak bayar tak boleh jawab. Redha ja la mak ayah aku pon.

Third semester, aku tak all out. masih tak ada kesedaran rilek rileks dengan tak study untuk sem3, paper paper semester 1 & 2 pun aku tak study.

Lagi beberapa hari nak exam baru aku study. Tapi jangan ikut aku la. Aku otak jenis last minutes. aku sejenis manusia yang dalam kelas aku try hard untuk fahamkan. tapi aku tak mau buat latihan. itu la masalah aku. so bila last minutes study, aku cam refresh balik la. nak mantapkan sikit, aku akan tengok la soalan past year ( ya aku just tengok, aku tak buat. sebab aku pemalas ya rabbi).

So kira lagi seminggu nak exam, aku all out cara aku la. boleh tahan all out setiap hari bangun pukul 3 pagi.

So kan time result STPM keluar, dia tak keluar sekedebuk semua tiga tiga sem. tapi contoh minggu ni keluar result repeat semester 1. minggu depan semester dua. minggu depan baru total semua.

so time tu,tipu la aku tak berharap apa apa. aku berdoa bagi lulus semua dengan cemerlang ja. tu ayat aku selalu sebut dalam doa aku. "Ya allah, bantu aku untuk lulus peperiksaan STPM dengan cemerlang". dan, satu lagi ayat aku "Ya Allah, bantu aku untuk dapat keputusan cemerlang. aku nak naik pentas". HAHAHAHHHAHHAHAHAH berangan je kan aku ni.

so time result keluar, aku tak ada la prepare apa sangat. apatah lagi untuk rakam diri untuk rakam moment dan reaksi diri sendiri. tak ada ya semua tu. aku pinjam laptop saffa yang tengah online kelas. sambil aku cecepat bukak sistem dan check. 

and result aku, more than enough. tak sangka tuhan nak bagi sebanyak tu. dan sejujurnya, aku menangis ya time tengok result sendiri. menangis sebab hasil penat lelah form 6 berbaloi. 

Dan akhirnya, setelah dua puluh tahun hidup, aku berjaya dapat anugerah cemerlang. Lawak okay part ni, aku selalu doa dekat tuhan supaya aku dapat anugerah cemerlang dan naik atas pentas. tapi di sebabkan kita masih dalam fasa pandemik, aku hanya dapat masuk skrin layar je la. anugerah cemerlang di youtube.

dan hari seterusnya, aku di jemput ke sekolah dan dapat insentif dari pihak sekolah. dapat sijil, duit saguhati dan kek.

semestinya aku boleh beli kek ni, tapi feel dia lain bila dapat kali ni. maafkan sikap jakun saya yang tak pernah dapat anugerah cemerlang. jadi saya sangat menghargai setiap benda yang diberikan.


Alhamdulillah, setelah dua tahun bergelar form 6 student, aku berjaya pass dengan result yang at least untuk aku, aku rasa okay.

Terima kasih semua cikgu cikgu, terima kasih mak abah yang sudi hulurkan duit untuk anakmu nak repeat paper exam, terima kasih kawan kawan yang sentiasa beri sokongan dan dorongan, terima kasih abang kakak saffa yang dipaksa menjadi pendengar luahan hati aku. Terima kasih semua.

Comments

Popular Posts