Friday, 7 May 2021

The powerful side of Du'a

 Hampa pernah dengar tak ayat ni


"ALLAH WILL ALWAYS LISTENS,

EVEN IF EVERYONE ELSE WON'T"


It is indeed a beautiful quotes. 

Aku manusia yang tak tahu malu. 

Walau aku tahu aku jahil dan banyak dosa, tapi aku masih tak malu minta macam macam dengan tuhan. Ada dapat, ada yang tak dapat. Bila tak dapat tu, aku akan tertanya balik. And pertikaikan jugak la kekadang. Tak tahu malu kan aku ni? Ada hati persoalkan.

Tapi, aku baru perasan. Allah jawab doa kita pada waktu yang tepat. Allah makbulkan doa kita, cuma cepat atau lambat sahaja. Allah akan beri pada waktu yang sesuai.

Allah bagi apa yang kita perlu pada tepat pada masanya. Jangan risau.

Sebab tu la ada quote that says Allah is the best planner. Memang. Memang allah yang maha mengetahui segala-galanya. 

So apa aku try nak cakap kat sini, have faith in allah. Always make dua. Even if our dua sounds impossible, but trust me nothing is impossible. Allah always listen to us. 

And one more thing, ayat ni kawan kawan aku memang dah selalu dengar. Aku nak cakap lagi sekali jugak. Cari allah untuk bersujud baru cari manusia untuk bersandar. Ingat, walau apa pun, mengadu lah pada allah. 

Tapi tapi, doa sahaja tak guna. Kena ingat kita kena usaha, doa, dan tawakal. Baru boleh. Doa tanpa usaha ibarat nak naik flight tapi tak ada ticket. So tak boleh. Kena well balanced okay ♥️

Front Desk #MyVac

Aku dah start menjadi sukarelawan di Pusat Vaksinasi. 

Honestly i had so much fun when i worked. I met a lot of people. Tambah pula aku kerja di front desk. Ceh acah acah je kan. Aku kerja di bahagian pendaftaran. Jadi semua vacinee (orang yang akan di cucuk) semua kena melalui aku.

Bukan aku je la kat front desk tu. Ada nurses, ada Dr.Farhana & ada lagi sorang sukarelawan iaitu Akmal. 

Kalau Pak Cik Mak Cik datang sekali gus serentak, memang sakit dan seksa. Tapi okay ja. Kerja tak susah. Cuma kena pantas menulis. Dapat pula Vacinee yang tak reti cakap melayu, tak tau bahasa Inggeris, tak boleh menulis. Fuh a bit difficult to handle. 

But that it is. Kenangan untuk dikenang. Setiap orang lain lain perangai.

Ada yang baik sangat, menyenangkan dan memudahkan kerja, ada yang penuh sopan dan santun bila berbicara, ada juga yang golongan kayangan. Tapi apa pun semua itu kenangan.




Sunday, 2 May 2021

Pelancaran MYVAC

15 April 2021, aku ada dapat jemputan untuk mewakili Pengakap Kelana Negeri Kedah ke Pejabat Belia dan Sukan Negeri Kedah untuk sama sama menonton gimik pelancaran sukarelawan MyVac kerjasama antara MOSTI dan KBS dia pusat pemberian vaksin (PPV) di bawah 'Program Imunisasi Peringkat Kebangsaan'. Pelancaran diadakan pada 16 APRIL 2021. Pagi aku ada exam, tengahari terus shoot ke alor setar untuk sertai pelancaran ni.

Aku honestly memang dah mendaftar untuk menjadi sukarelawan. Cumanya, dah almost sebulan time tu daftar, aku tak dapat call dari pejabat belia. Jadi, bila di jemput ke Pej.Belia & Sukan Negeri terus aku excited nak pergi. 

Bila sampai, kami dijemput masuk ke bilik mesyuarat. Masa itu, bukan sahaja Pengakap yang ada, PBSM pun ada, Rakan muda pun ada. Jadi time tu kami sama sama menonton perasmian yang di adakan di ibu negara secara atas talian. Dapat lah tengok Abah KJ. 

Itu je la. 

Aku excited nak mulakan sukarelawan MyVac ni. Doakan semoga semua dipermudahkan. 

Attach beberapa gambar sebagai kenang-kenangan. 

Ni la pelancarannya. Kami cuma dapat tonton dalam skrin. Okay la, kena adapt dengan norma baru.



Me with my hidden-excited-face
Dapat juga berjumpa dan bergambar dengan pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah. Fuh nervous betul. Sebab kita ni hanya seketol kentang.

Sebelum ada yang nak judge, SOP sangat ketat semasa kami berada di sana. Mask dipakai sentiasa, suhu dicatit, scan my sejahtera, duduk jarak 1meter, tiada bersembang jarak dekat. Semua duduk jauh antara satu sama lain. 

Syabas pihak Belia Dan Sukan Negeri Kedah atas kepatuhan SOP.




Anugerah Dekan yang diimpikan