Friday, 26 March 2021

Perempuan complicated.

 Aku ada hal kat Sungai Petani. So lepas 2 jam 30 minit, aku pun bersiap siap nak balik. Saffa teman aku masa itu.

 Jadi bila aku nampak dia, aku terus cakap aku lapar. Dan aku tanya la dia nak makan tak. Dia senyap ja. Sepanjang balik rumah tu, aku tanya banyak kali nak makan tak. Cam biasa no respond. Lepas tu sepanjang balik, aku tunjuk la kedai kedai makan sepanjang balik, tanya dia nak makan tak kat kedai kedai makan yang aku sebut. No respond juga.

Akhirnya, aku pun assumed la dia tak nak makan. Mungkin tak lapar. Jadi aku pun terus la balik rumah.

Lepas tu, dah nak dekat sampai rumah. Simpang nak masuk taman, saffa cakap "saffi sebenarnya kita lapar"

terus rasa nak jadi singa ya time tu. sebab memang dah tanya, dia yang tak respond. ni dah tetiba nak dekat sampai rumah baru respond.

susah susah. seketul saffa ni dia harap kita figure out sendiri jawapan. kita kena baca minda dia. haih, complicated sungguh. 

tapi, bukan sebenarnya perempuan yang complicated. aku dah figure out, perangai ni menurun dari abah HAHAHHHAHHAHSKSKKSK.


hari tu, aku buat jus mangga. Abah dapat minum sikit ja sebab dia terus nak gi masjid. air dia pulak adik aku bantai minum. jadi, bila abah dah balik dari masjid, aku tanya la kat abah. abah nak jus ke, sebab aku nak buatkan. lepas tu abah diam lama gila.

pastu aku saja ja la jawab mengajuk ayah aku "hmm boleh juga"

pastu ayah aku jawab "ha tau pon" 


nampak?like father like doterrr ehhhhh

Monday, 15 March 2021

Dental appointment.

Aku call dental clinic.

Purposely to book for scalling & polishing.

Sebab kali terakhir aku scalling ialah pada tahun 2019. 

Dan aku hidup dengan penuh rasa bersalah sebab dah 1 tahun 3 bulan aku tak scalling. 

Sebab scalling kan kena buat at least twice a year or once a year.


Kali ni saja aku nak try klinik lain. Aku tak suka klinik sebelum ni aku pegi. Dorang tak scalling bersih bersih.

Macam mana aku tahu? Seminggu lepas aku buat scalling, balik rumah aku check. Tak bersih. Tapi aku diamkan ja, mungkin aku yang tak tau apa apa kan. Aku pesakit, bukannya dentist. Tapi, aku ada dental appointment dengan dental hospital, dan dentist kat situ bagitahu ada calculus. So sah la memang depa buat kerja tak clean.

Anyway, this new dental clinic, aku puas hati. Sebab staff dia semua friendly, dentist baik sangat. Asyik ajak bersembang. Cuma aku ja la diam, sebab aku baru bangun tidur. Not really in the mood to talk to anyone. 

So, dentist sebelum apa apa, dia dah tanya aku. Bila last scalling, aku jawab la last 2019. Dia pun "haaaa 2019!?" Ceh ceh. Aku angguk angguk. 


Pastu bila buka mulut, dentist cakap, "adik awak kalau pergi klinik kerajaan awak kena halau balik ja. Gigi awak bersih." 

Fuh! Seronoknya dengar.

Pastu nurses cakap "kalau semua patient macam adik, kami ni memang tak ada kerja la." 

"Pandai adik jaga"

Ya kena letak semua pujian yang diberikan. Of course la. Bukan selalu dipuji. 

Tak sia sia la aku memaksa diri untuk floss every single day, dan brush my teeth twice a day at least.

Doktor siap pesan, kalau nak datang, datang tahun depan. Tu pun belum tentu perlu. 



Ni la kliniknya. Nama klinik ialah Klinik Pergigian An-Nur, Gurun. 

Best, highly recommended. 
Dentist baik and friendly, nurses friendly.
Klinik cantik dan selesa. 


Friday, 12 March 2021

Meaningful Friday

Assalamualaikum. Hi. Salam Jumaat,Barakah Friday.

So,something happened today. I got a phone call this morning from a really important organization that I wish I can expose,but I can't.

Just gonna give a roughly idea for you, something I've been waiting for so long is finally coming up. 

I know it is too early to be telling this here, but I am just so excited and can't hold this to myself only.

I really need your help this time,please put me in you dua. May Allah ease everything for Nabilah Saffi, always and forever. Ameen. 

 


Wednesday, 10 March 2021

Kuala Kedah Fam

 Eii saja je la tadi scroll gallery sebab bosankan. Tetiba jumpa gambar time aku volunteering under Youth Care Malaysia. 



To be very honest, aku tak setuju pun untuk anis pilih centre Kuala Kedah. First sebab kuala kedah, means alor setar. Aku tak suka alor setar. Untuk sapa yang tak kenal aku, aku tak suka alor setar dan atasannya termasuk perlis. 

Tapi, anis yang drive. So onz je la. Dia yang drive. Bukan aku. Lepas tu, time first datang and jumpa Shakir, aku rasa dia tak friendly. Tapi dia okay ja. Dia perlukan masa untuk warming up and cakap banyak. 

Lepas tu, ada Hasuna dan Mat Nor. A bit awkward. Time first time jumpa ni, Hasuna cakap banyak la. aku cam "Ya allah kenapa lah mamat ni cakap banyak, dia tak reti penat ka" 

Si Syafiq pula, dia pendiam gila nak mampos sampai aku tak perasan dia wujud. Lol. And dia pemurah. Asyik bagi makanan free ja.

Lepas tu, atikah. Time first time jumpa, peramah sangat. Aku selamber badak panggil atikah. Rupanya atikah ni dah tua HAHAHAHHAHA dah la sebaya kakak aku. Tapi aku tak panggil kakak. Pastu tikah tak kisah pun, dia layan ja kami yang merapu ni.

Lepas tu Dina, em dina ni okay la. Sebab second day baru cakap banyak dengan Dina. Turns out dina masuk air teruk. 

Naim? Okay ja la. Naim ni dia kena jaga tempat sama dengan aku. Dia boleh nak ngelak ngelak pulak orang suruh cakap kat depan khalayak dengan cakap cenni, "aku baru ja masuk belajar. Aku tak familiar dengan cara untuk present" and pass button dekat aku dan Syafiq. Hergh.

Syafiq president ku, okay ja la. Melayan si tasya yang tak habis habis tangkap gambar.

Tasya yang menjadi orang tengah. Kalau tak ada Tasya, pincang weh event tu.

Lepas tu anis hambar dan farhani tetiba menjadi pendiam.

Overall, aku rasa best. 
Shakir kalau baca ni dia gelak ja la.
Sebab aku cakap kat Syakir, aku serik nak join. 
HAHAHAHAHHHAHAHAHAHAH.
Serik for another reason that I can't expose here.


Semua, sila rindu saya.


Anugerah Dekan yang diimpikan