Dua hari mc

 Ada this one particular person said, dia tak percayakan mc dari klinik swasta. Katanya,mc di klinik swasta ibarat kita beli mc. Tak telus. 


Satu benda pasal aku, aku memang tak pernah pergi klinik kerajaan. Bukan sebab aku kaya aku mampu ke klinik swasta,sebab hakikatnya aku miskin ja tak mampu pun kalau nak pi klinik swasta selalu selalu,tapi sebab kami ada panel clinic. Kedua, aku tidak punya kesabaran menggunung untuk aku tunggu di klinik kerajaan. 


Untuk mengatakan mc di klinik swasta tak boleh dipercayakan,believe me or not. Tak semua klinik akan bagi mc macam tu even kau bayar. Ada je klinik aku pergi dia takkan bagi mc kalau sakit biashe biashe.


Ingat tak aku pernah tulis pasal aku kena sengat tebuan? Dan disebabkan time tu kena di sekolah, dan awal pagi,waktu kena tu pukul 7.30 pagi. Jadi cikgu bawa aku pergi klinik kerajaan. Actually,aku nak ke private clinic,tapi waktu tu terlalu awal. Klinik tak buka kecuali kerajaan. So sis,I have no choice. Dan itu lah pertama kali aku dapatkan rawatan di klinik kerajaan. Aku a bit clueless ya time tu, sebab aku tak tahu aku kena buat apa next. Nasib ada nurse yang baik hati tolong assist aku from A-Z. 


Sejak MCO,aku dah di diagnose dengan eczema. Probably because of genetic. So,aku dah ke klinik swasta berulang kali,aku tak tahu la berapa banyak kali dah. Macam macam ubat dah aku try. Tapi tak berkesan. 


Mula mula,aku nak abaikan je la. Tapi nampaknya kulit aku makin teruk sampai luka and darah darah. Part palik menyiksakan ialah masa mandi. Fuh,aku pernah mandi sambil nangis. Sebab pedih gila bila air kena kulit aku. Jadi,adalah lebih baik aku pergi je la dapatkan rawatan. 


So,aku saja pergi klinik kerajaan. Sebab aku nak dapatkan rawatan dari klinik kerajaan. Dan kalau boleh nak dapatkan rawatan dari pakar kulit, so sebab tu la aku kena pergi KK. 


Jadi, seawal pagi lagi aku dah terpacak di depan pintu klinik. Kali ni dah tak clueless,dah tahu apa patut buat. Jadi,bila aku tunjuk kulit aku. Doktor pon consult sikit. And then, here is the part yang aku rasa bersalah. Tapi tak apalah. Aku minta TIME SLIP sebab aku rasa aku tak layak nak dapatkan mc. Sebab sakit kulit je,takkan nak dapat mc. 


So doktor tanya.


Dr:awak kerja ke?

Me:tak saya sekolah.

Dr: jadi awak nak ke sekolah balik ke lepas ni?

Me:tak juga. Tapi saya perlukan surat bukti saya ke klinik.

Dr: tak apa lah,saya bagi awak mc. Awak ada exam ke?

Me:tak ada exam. 

Dr:okay,saya bagi awak mc dua hari. Tapi,kalau awak rasa awak nak datang sekolah esok,terserah la. 


Wow!siap dapat mc dua hari ye! Tapi lepas ambik ubat,baru aku faham kenapa doktor bagi mc dua hari. Dia bagi ubat,dan ubat dia tu mengantuk gila ya allah!!!! Sebab tu la dia bagi mc dua hari. Supaya aku makan ubat dan tidur 😂 


So that particular person can say no more. Mc from government clinic. 


Oh anyway,dia tanya pasal exam. Sebab? Time aku kena sengat tebuan, doktor ni ada. Time tu,aku tengah kesakitan. Doktor ni boleh la tanya pasal sistem form 6. Sebab dia tak faham sistem form 6. Aku tengah sakit,memang auto bodoe tak reti explain.  


Aku rasa kan. Ada kelebihan la ke klinik kerajaan ni. Salah satunya ialah, yang dispense ubat tu pharmacist. So dia explain details tau pasal ubat. Kalau ke klinik swasta,yang dispense and prescribe ubat tu doktor,yang tukang bagikan ubat tu pembantu klinik. So time pembantu klinik bagi ubat,dia pun tak terangkan sangat ubatnya. Tapi,bila pharmacist,dia explain. 


Klinik kerajaan best sikit la. Yang prescribe ubat doktor,dispense ubat pharmacist. So sentiasa di apit dengan orang yang berilmu pasal kesihatan.

Contoh,dia bagi steroid cream. Dia explain steroid ni bahaya. Dia ada side effect. Jadi bila nak gunakannya,kena guna senipis yang mungkin! Tak boleh banyak banyak. Dan hanya boleh guna dua kali sehari. Apply every 12 hours means every 6 hours apply. Steroid-moisturizer-steroid-moisturizer gitu. 


Pengalaman sebelum sebelum ni. Yang bagi ubat pembantu klinik, obviously they know nothing much. Siap ada hari tu,pembantu klinik tu bagi instruction salah. Dia cakap makan ubat tu 2 biji 3 kali sehari. Sedangkan ubat tu hanya perlu diambil 1 biji 3 kali sehari. Aku tahu pun,sebab next appointment. Dapat ubat yang sama,instruction yang berbeza. 


Anyway,itu ja la cerita mc aku. 


Nak cakap aku dapat mc dua hari je. Itu sahaja. Yang lain lain tu,cam biasa. Perempuan kan cakap banyak. 

Comments

Popular Posts