Saturday, 31 October 2020

Day 1: My personality

 


Obviously,my personality depends on who I am with. But in general, 

I'd say,I am:- 
-Seperti mana nama seperti lelaki,macam tu juga la perwatakannya. Aku kasar, tak ada ciri perempuan sangat. Kalau dengar suara aku pun,macam aku tengah bergaduh. Hakikatnya tidak. Environment pembesaran aku semasa aku kecik,aku dibesarkan bersama segerombolan budak lelaki. Jadi,bila dah besar ni, perangai lelaki. Tetapi perempuan.

-Straight-forward person. Aku kalau tak suka,aku akan straight away and directly cakap, aku tak suka. Kalau aku suka,aku akan cakap suka. Kalau sesuatu benda tu salah,aku akan cakap benda tu salah. Tak kira la siapa pun. Even hang kawan baik aku ka,aku akan tetap cakap salah. Tentang perasaan,aku tak suka simpan. Bagi aku,baik luah. At least benda akan settle.

-otak seminit. Aku tak suka berfikir panjang. Dan aku tahu kebenaran hakikat bahawasanya benda ni tak bagus. I'm dealing with this. 

-emo. Entah,nak salahkan jantina,macam tak juga. Ada ja kan perempuan yang tak emo. Tapi aku,aku emosi sikit. Cepat marah. Dan lambat cool. So jangan cari pasal eh. 

-aku cepat bosan,dan annoyed. 

Aku rasa itu je la. Apa lagi nak dibincangkan? Nothing much to say about my personality. Aku ni amat membosankan. 

Okay,see you tomorrow. 

Friday, 30 October 2020

30 days writing challenge

 Fuh. I found this one picture from twitter. And find it quite interesting. So I am going to write it here. And will start tomorrow. So meaning that, I'll have 30 entries/post in november. 




Tuesday, 20 October 2020

Gunung jerai

 Gunung jerai ni dekat je dengan rumah aku. Plus minus 4 km. So memang tak terkira la berapa kali aku dah pernah pergi. Tapi,yang aku pergi tu hanya lah jogging tak sampai pondok satu pun. 


Oh untuk orang luar. Dari kaki nak ke puncak lebih kurang 12 km. So, ada 4 pondok. So kira orang tempatan ni akan cakap dorang akan naik sampai pondok berapa je. 


So, untuk aku nak ke atas sana,aku rasa ini lah pertama kali. So teruja tu ada la juga. Aku pernah naik atas,tak sampai puncak,tapi sampai telaga tok syeikh/muzeum. 


Dan, gunung jerai ni significant dengan kem. Sebab sebelum ni,dua kali dah aku kem di gunung jerai. Aku masih ingat,kem pertama iaitu xpdc gunung jerai. Itu lah kem pertama yang aku rasa paling sengsara. Bayangkan,aku baru sampai tapak kem,aku dah nak balik.aku rasa perkataan 'nak balik' tu ibarat zikir lah,sebab tak henti- henti aku sebut. Tapi,berbeza sekali dengan kem kedua. Kem yang aku rasa paling best! Hehe. 


Anyway,ada juga bukan kem pengakap yang aku join buat kat gunung. So sebab tu la,bagi aku gunung ni mengingatkan aku tentang kem.


So,kali ni untuk naik ke puncak adalah untuk mewakili persatuan pengakap kelana. 


Bila lalu kawasan muzeum,terus teringat kem,kem dan kem! Rindu nak bercamping! Tapi itu lah, covid-19 membataskan segalanya. 


But anyway, bila sampai kat atas. Masyaallah,cantik! Nak kata sejuk tu,tak ada lah sangat. Tapi boleh rasa dingin berbanding suhu di kaki gunung. 


View time aku datang,agak kureng! Awan tutup view. Mungkin sebab time itu macam nak hujan. 


Anyway,macam biasa. Aku letakkan beberapa gambar kenangan kami di sana. 


Bunga ni memang banyak atas gunung tu. Dan setahu aku,tak boleh petik atau anda akan didenda! 

Ini sahaja view pada masa itu. Boleh nampak pulau bunting! Hehe

Seketol manusia yang awkward dan agak selekeh (+serabai) di situ. 



With my senior ♥️

Firehawk team ♥️

And last but not least,with senior-senior and cikgu firdaus.

Sumpah rasa kerdilnya diri ini,tak tahu apa sangat pon. Hanya lah setahun jagung,yang lain semua pro and legend. 

That is all. Xoxo.








Friday, 16 October 2020

Resepi Sizzling Yee Mee macam di food court

 




Assalamualaikum,dan salam sejahtera.  Hi everyone.

I'm super duper glad and excited to share this recipe which is sizzling.


Kebiasaannya kalau nak makan sizzling ni,kita boleh cari dekat food court mall contohnya seperti tesco.Dekat kedah ini,orang kata sizzling kat tesco mergong paling best. anyway,jarak dari rumah aku ke nearest tesco is 22 km dari rumah aku. aku pula sejenis suka makan sizzling,dah kalau tetiba tekak teringin,susah ooo. sebabnya tesco jauh.


so lepas beberapa kali bereksperimentasi,akhirnya aku dapat la buat kuah sizzling mengikut anak tekak aku.dan bagi aku,sedap! 


anyway,dalam gambar tu,aku guna spagetti. entah lah,aku pun tak tahu kenapa yee mee kat semua kedai kat kawasan rumah aku ni habis,mungkin semua orang pon masak sendiri kot.LOL. so aku gantikan je la spagetti.

p/s: aku tak ada pon sizzling pan tu,what i usually do,just masak dalam periuk biasa je la, and then tuang kuah atas mee. okay je.

anyway,as usual, im so sorry,resepi agak agak je. sebab dalam masakan ni,kita kena selalu adjust ikut kehendak kita. so untuk baru nak try and a bit spoiled sebab resepi agak agak,im so sorry okay.





R E S E P I  S I Z Z L I N G

Bahan-bahan:
Yee mee/spagetti/any kind of noodle suka hati awak lah

Bahan kuah:
Ayam 
Cendawan kering
Air secukupnya
Kiub ayam 
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Lada hitam
Bancuhan tepung jagung
Sayur (jika suka) 
Telur

Bahan tumis:
bawang putih (lagi banyak lagi sedap) 
halia
*potong keping keping je
cili kering potong potong buang biji 

(cili kering is exceptional,jika suka pedas,boleh letak,tak nak pon tak apa.
Tapi,kalau tak letak lagi sedap. sebab,cili kering tu have strong flavour)

Cara-cara

1.rendam cendawan kering tu selama 30 minit. and then,rebus cendawan tu 15 minit.

2.lepas dah rebus cendawan,boleh masukkan ayam. biar ayam tu betul betul lembut.

3.agak agak ayam dah masak,boleh teruskan dengan buat kuah. tambah air ikut banyak mana kuah yang awak mahukan, masukkan kicap pekat,kicap manis,lada hitam,sos tiram,kiub ayam. renehkan sebentar bagi semua ni mesra.

4,sementara tunggu kuah, dalam periuk/kuali lain. goreng/tumis (sikit je minyak,agak agak je) bawang putih,halia dan cili kering menggunakan API PERLAHAN (slow heat). tumis sampai agak garing dan naik bau.awas,jangan sampai hangus!

5.masukkan bahan yang digoreng seperti bawang putih,halia cili kering ke dalam kuah. biar dia mesra.

6.masukkan sayur dan telur. (telur tu lepas telur agak masak,letak dalam mangkuk supaya telur tak overcook dan pecah)

7. masukkan bancuhan tepung jagung. ingat sizzling ni kuah dia kena pekat,so make sure pekat.

8. siap. hidangkan bersama yee mee dan telur. 

9.makan dengan bangganya awak pandai masak

boleh lah,versi apa hadooonya di rumah. 

nota kaki: 
-nak extra sedap,wajib ye kicap pekat tu. jangan guna kicap manis semata.
-lebihkan sikit sos tiram tu nanti sedap!
-wajib guna cendawan kering tu.sebab cendawan tu ada flavour dia yang sedap.





Course dan free hair?

 Kami ada satu program bersama orang luar. Which is invited all the guest from this one local university. That event was so great and smooth. 


Pihak university ambil pendekatan dengan mendekatkan diri dengan pelajar. So setiap pelajar dibahagi kepada group. Satu group ada dua fasi. 


Nak jadikan cerita. Dua dua fasi aku lelaki. Memang masuk air teruk. Aku bersyukur juga fasi aku lelaki,tahu la kan perangai lelaki,jenis rileks sikit and a bit cool. Aku tengok grp sebelah,fasi tengah buat apa entah,satu group tengah menangis. So cliche! I don't like it.


So ada sesi setiap pelajar perlu bagi tahu,apa matlamat hidup. And after stpm,nak sambung study dekat mana and what course. 

So aku bagitau je la course yang aku nak. Aku rasa itu malapetaka. Sebab lepas aku bagitau course yang aku nak,dua-dua fasi aku ni cop aku sebagai manusia yang sosial. 

Aku actually,pernah dengar berkaitan pasal ni dekat ml studio. Konon sapa ambil kes ni,dia sosial teroks! Tapi time aku dengar,aku rasa mengarut. Sebab aku tak pernah tahu pun ada this kind of mentality. Sampai la kena kat batang hidung sendiri. 

Kata mereka berdua,course yang aku pilih tu sosial. Budak budak course yang aku nak tu,muka muka yang ada kat kelab malam. Mostly yang ambik course tu free hair and ada some of them siang di university bertudung litup,bila malam di pub. Nauzubillahiminzalik. 

Both fasi cakap,kalau aku sambung dalam bidang tu,aku akan jadi macam tu. 


Aku tak nak cakap dengan terlalu yakin. We never know what will happened in the future. And i cannot be very sure that i'll be like this even in the next 5 years. Life is so unpredictable. 


But to think about what they have said, i felt like it is nonsense. It is not about the course,but it is about our self. Kalau kita ada jati diri kuat,tak ada la ikut kawan. 


I mean like, maksudnya bukan lah salah course tu. Tapi salah manusia la. 


Aku tak terasa pun when they said that i'll be one of those people. Im not saying that im planning and agree with what they have said. It just that life is so unpredictable. We never know what will happen in the near future. But sure and of course,nauzubillah. 

Anyway,Kuang asam betul faiz and adam ni. 

Pastu nak jadi cerita,faiz ni. Dia bercakap kat depan to representing his university. So time tu dia boleh petik nama aku pulak pakai mic tu cakap course apa yang aku nak ambik. Habis la,semua orang tahu time tu. 🤦

That's all. 

This is my fasi on that day. Faiz haziq and adam adam haziq. What a coincidence right? Nama lebih kurang.


Nota kaki: dear faiz and adam,you guys don't need to worry. Mco have changed my plan. I don't want to pursue in that course anymore. I have other plan. So you guys don't need to worry. I'll try my best to take care of my aurat. Thanks for the concern 😒


Tuesday, 6 October 2020

Berus gigi

 Cis, sorry kalau annoyed kan hampa dengan post something related to dental. Tapi ketahuilah, terlalu banyak cerita dan ilmu yang aku belajar dalam tempoh masa 5 bulan ada appointment dengan doktor gigi. 


And salah satunya ialah,berus gigi. 


Isunya,perlu ke berus gigi sebelum jumpa doktor gigi? 


What do you think about it? Perlu,atau tak perlu? 


Bercakap soal perlu tak perlu ni,terus terflashback zaman sekolah menengah dulu. Nanti aku sambung penceritaan. 


Kembali kepada soalan, jawapan seorang manusia yang bukan datang dari dental field, bukan la seorang dentist, or dental surgery assistant, or dental lab or anything related to deltal field. Hanya seketul manusia biasa yang sedang belajar sastera. So jawapan aku ialah PERLU. 


PERLU. SEBAB? 


sebab, kalau kita tak berus gigi especially lepas kita makan. Contoh appointment pukul 10. Sebelum datang klinik gigi memang kena makan,so hang pon pi breakfast and terus ke klinik. So it is a big no!!! Ya kena makan sebelum ke klinik, tapi lepas ke klinik, tolong berus gigi. Atau paling cikai,kumur la dengan ubat kumur. Tapi afdhal berus gigi. Kita tak tahu,apa benda terlekat kat celah gigi kita. Sisa makanan. Tahi tahi gigi. 


Berdasarkan doktor gigi yang aku follow,ramai complain patient ada tahi gigi. Datang klinik tak berus gigi dulu. Benda tu actually membuatkan dorang geli. And kembang tekak. Ye tahu, itu memang kerja dorang,kerja berkaitan gigi. Tapi bukan la kerja dorang untuk tengok tahi gigi orang. 


I remember this one time kat sekolah. Zaman tingkatan 4. Aku memang ada ubat kumur travel pack dalam kotak pensel aku. Memang aku saja letak,supaya in case makan something berbau or mulut busuk sebab tak makan apa apa dari pagi so mulut busuk. That is the reason why aku prepare ubat kumur. 


So tiba tiba,DSA (nurse) datang panggil buat dental check up. So mana ada berus gigi,the only thing i have at that time was ubat kumur. So aku kumur mulut aku,at least to freshen it up! And then,ada sorang hamba allah yang paling bertuah dan bijaksana,dia datang and kutuk aku sebab kumur and a lot more la seakan mengejek. 


Bila aku dah besar ni,baru aku tahu. Okay je. At least if you dont have berus gigi with you,bawa la ubat kumur ( & floss) so you can always clean your teeth. 


Berus gigi ni pun, ada teknik teknik dia. Mana boleh main hentam keromo berus gigi. 


Sebab sebelum ni aku tak tau semua benda ni,let just assume hampa pon tak tau. 


Sebenarnya,kita kena berus gigi at least 2 minit! Ini adalah untuk memastikan kita berus semua kawasan gigi iaitu surface depan dan belakang! Tak tertinggal walau satu! 


And,kita kena guna ubat gigi berflorida. Sebab? Florida mencegah dari cavity. Cavity ini ialah gigi berlubang. Sebab itu pentingnya florida. Jangan hampa tak tau,banyak brand ada flourida,ada juga jenama yang tak ada florida. So pilih ada florida. 


Bakteria ni kerja dia untuk rosakkan gigi kita ialah 24/7. So florida macam protection untuk gigi. Sebab itu la kita kena berus gigi at least dua kali sehari. Iaitu bangun pagi, dan paling wajib SEBELUM TIDUR. Sebab,ni roughly secara apa aku faham. Bila tidur. Pengumpulan air liur. Air liur ni lagi banyak bakteria. Lagi la dia buat kerja nak rosakkan gigi!! 


Teknik memberus pon kita kena tau. Sayang sangat,kita berus gigi,tapi teknik salah. Kenapa pentingnya teknik? Sebab,kalau kita tak ikut teknik yang betul,ianya boleh rosakkan gigi balik. Contoh,bila kita berus gigi tarik berus kiri kkiri kanan, ianya akan membuatkan gigi sensitif dan hakis! 


Contoh berus gigi yang betul https://youtu.be/4iIGhqi57es 

Ianya 45 degree and repeat to all teeth surfaces. 


Berus gigi? Mesti nak kepuasan kan. Tak puas la guna berus (bristle) yang soft,kena guna medium baru puas. Baru rasa bersih. 


Ketahuilah,itu semua boleh rosakkan gigi. 


Sebenarnya,'kepuasan' yang kita cakap itu hanya lah perasaan. Perasaan ni kita boleh kawal.


Sepatutnya,semua manusia perlu guna soft of super soft bristle. Tak boleh guna medium or hard. Sama ja. Soft la bagus,tak rosakkan gusi!! Kalau guna hang hard,dia kasar,boleh menyebabkan masalah gusi,hakisan gigi dan sebagainya. 


Iya dulu aku berpendapat tak puas guna soft. But give it a try first!!! And stick to it forever and ever. Alah bisa,tegal biasa. Lama lama biasa la. 


Dan jenis bristle tu takda la sangat pengaruh kebersihan,nak tahu tahap bersih atau tak bersih bergantung kepada teknik memberus. 


https://youtu.be/W6NjsgQHwQw

So. That is all for today. Till then. 


Anugerah Dekan yang diimpikan