Saturday, 28 December 2019

Merdeka Run

Assalamualaikum

Merdeka run

So aku join merdeka run. Ye tahu,merdeka bulan ogos,sekarang bulan december. Ye tahu!! Tapi memang peel nabilah saffi ni dia ambik masa berbulan dan moodnya sangat random. Tiba tiba rasa nak share. 

So this event is under kpm, and sekolah kat kulim yang organized event ni. 

I would say that this is the worst running event ever. Running event sebelum ni tak pernah seteruk event ni. Tu yang aku bad mood,tapi mood dah datang untuk menceritakan. 

Aku tak ada high expectation for this event. Since fee dia murah ja. Rm10 only. So no expectation. Tapi part pengurusan jaga event ni,lemah sikit la. 

Sebelum ni, event aku pergi semua setiap check point akan ada orang bagi air. Tak kisah la air mineral sekali pun. At least ada air. Tapi, ni air kat setiap check point tak ada lansung. Check point bagi getah yang tak function tu ja. 

Lepas tu,dah sampai. Mesti la orang cari air kan. Yup ada booth air. Tapi booth tu very small. Yang join larian ni ramai beribu ribu orang dah tong air hanya ada 3 je. 3 je!!! Bayangkan kena berebut untuk ambil air. Air tu pun di sponsor oleh mcdonald. Pihak pengurusan tak ada inisiatif ke nak provide air juga? Air mineral pun orang bersyukur tau.

Aku bukan apa. Time tu, aku bawa je air. Kawan kawan lain bawa je air. Tapi air kami sampai dah habis,sampainya tak pun. Ramai time berlari tu cari air. Tapi air tak ada. So?

Kalau at least dia buka booth let say tak nak bagi free,at least buka la booth jual air kat check point check point tu. Semua peserta semua perlukan air.

Lepas tu,  tak apa la. Ada lagi satu benda aku tak puas hati. Iaitu cikgu tipu kita orang!! Cikgu cakap 5km je. Aku pun macam okay la kan. Before ni pun memang standard aku join 5km. So okay la. Tapi sebenarnya larian 7km. Pengsan! 

Aku lari lama gila,tapi tak sampai sampai,aku hairan la. Rupanya 7km kena lari. Lol



Nah muka lepas habis lari.

Nah kita letak satu gambar kat sini nak abdikan kenangan. Saya survived 7km.

Monday, 16 December 2019

Nak bius

Aku buat root canal treatment/rawatan akar gigi tanpa bius lansung. That is our topic for this entry. Bius. Aku tak boleh tahan diri aku dari menulis pasal benda ni.

Time first visit (first appointment), doktor buat derooting (aku tak tahu la derooting tu apa,tapi itu yang dikatakan) and buka tampalan itu.

So dia buat kerja dia,aku duduk tahan sakit.

Actually sebelum aku datang klinik, aku dah buat banyak research dari segenap ruang di internet. Aku baca banyak article,journal, di google. Aku baca pengalaman-pengalaman orang di blog blog, di media sosial seperti instagram,twitter dan facebook. Aku juga baca pengalaman dari side dentist yang merawat. Aku baca benda ni semua sebulan (dan lebih,sampai sekarang masih keep on baca) lamanya. So sepanjang aku baca,aku boleh cakap orang akan start buat rawatan dengan cucuk local anesthesia atau dikenali sebagai bius setempat.

Tapi,in my case,doktor tak cucuk lansung ubat bius. Dia terus buat rawatan tu. Dan sakit yang aku rasa tu 100% real.

Sakit dia bukan beshe beshe genggg, sakit dia boleh buat nangis. Sebab aku memang nangis time buat rawatan tu. Itu ialah untuk aku buktikan betapa sakit dan peritnya aku tahan.

Doktor dan nurse perasan aku nangis. Tapi itu lah,they do nothing. Mungkin sebab itu dah hujung hujung kot (sebab lepas 30 minit centu siap) waktu dah kot. Maksudnya dah sejam setengah buat baru aku nangis. First,aku tak nak nangis pun,sumpah. Tapi tu la,aku hari tisu la. Terus nangis.

Tapi tadi aku pun sebagai netizen bawang membuat kerja aku dengan komen, memberitahu/kongsi pengalaman aku buat root canal treatment tanpa bius.

Dan ada sorang dentist tu komen,

"kalau sakit sangat awak boleh minta bius"

Ya allah im gonna cry real bad.

-First sebab kenapa dia baru bagitahu (obviously dia baru bagitahu sebab dia baru baca dan aku baru komen)
-Second sebab rasa terharu tak payah rasa sakit time buat treatment 😭😭

Nanti aku minta. Aku pun tak pasti ada ke tak bius. Nanti aku suarakan isi hati aku yang menderita menahan sakit dan perit. Ceh propa betul. Tapi series,next visit aku akan minta local anesthesia.

Bye.
Itu ja la bebelan hari ni.

sebelum buat treatment, aku siap selfie send gambar kat kawan aku.
Time tu nuha minta selfie sebab kami tengah chat sama sama time tu.
Aku nak tunjuk bukti betapa gembiranya aku sebelum aku masuk bilik doktor.
Bilik doktor yang betukar jadi bilik derita.

Monday, 2 December 2019

Last paper spm :/

Assalamualaikum


So this lately,kat Malaysia ni viral la dengan gambar budak budak spm yang habis spm or bahasa mudah 'merdeka'. 

Ramai la kan kecam especially gambar yang ada bmw merah tu,wau. Kaya engko kan bawak bmw datang celebrate spm. 

Aku tak kata apa yang dorang buat tu baik. Tapi, yang aku boleh cakap it is normal for spm student to celebrate. Tapi for sure la that is not the right way to celebrate it. Banyak lagi cara nak celebrate. 

It is totally fine to celebrate it. But please use your brain. JANGAN buat benda yang menyalahi undang-undang,memalukan diri,keluarga dan sekolah. And jangan la beria celebrate. Ingat in whatever we are doing, kita kena bersederhana gittewwwwww hashtag done dakwah. 

So im going to share how i celebrate my spm. 
Aku spm 2018

Very simple,easy peasy lemon squeezy. 
Nothing fancy nor extra ordinary. 

Since aku last paper fizik. 
Tapi kawan kawan yang lain last paper dorang grafik komunikasi teknikal/ sains komputer, so dorang ditarik sekali untuk join.
Pastu time last paper tu,apa aku buat?
We just took a lot of pictures just for the sake of our memory. 

Here are some of the picture

Geng yang selalu tolong aku study ini, set set geng ni rajin nak mampus weh series aku cakap

Nah random. Mula mula izzatul ajak tangkap gambar berdua,tetiba bertujuh.



Here is the proper pic of us.
Masing masing behave.
Ni some of my classmate, laki banyak tak join.

Dah. Settle. Habis tangkap gambar, aku balik rumah dan bersiap keluar untuk makan. Sebab hari tu,mak tak ada. Dia keluar. Plus,anis call ajak makan sama-sama. 

Habis makan. 

Balik rumah. Tunggu maghrib. Aku dah terlena. 

Esok tu

Kami pergi makan kfc ramai ramai. Itu ja. 
Dan balik. 

Nah bukti

Kami yang pakai baju biasa sebab tak ada paper.

Here is my buddy.

Nah padan muka aina,tak behave sangat. 
Kami pakai baju biasa sebab dah merdeka sehari lebih awal.


Itu la cara aku celebrate last paper of spm. 
Tidur is the best thing to do to celebrate it. 

 qadaaaaaaaaaaaaa tidur.

Itu ja la.
Bye.





Anugerah Dekan yang diimpikan