Tak tau sakit apa hmmmm

I was in hatyai,thailand 2:04 a.m. playing with my phone. Lepas tu,tiba tiba sakit gigi yang teramat sangat. Sangat sakit sampai menangis la aku. Dah la pukul 2 pagi,mana nak dapat dental clinic,pastu dah la kat thailand. Lagi la tak dapat.  Bilik sejuk gedik,memang menangis teresak aku.

So the next day,we were still in thailand. And it hurts a lot. 

Abang aku ni pulak,time tu nak buat lawak bergurau senda,aku kalau dah sakit,silap silap aku lempang je orang yang nak melawak ni. Dia ingat aku main main bai, sekali aku nangis dalam kereta, terus dia diam. 

Sumpah woi sakit nak mampus. I cant explain. Tapi memang sakit bodoh. 

So macam ni, malam aku sakit tu hari khamis. Jumaat aku otw balik malaysia (acah duduk oversea pula). Lepas tu bayang la,aku memang tak leh pi klinik. Sampai rumah pun time maghrib. Sepanjang jalan thailand ke kedah memang aku nangis,tahan sakit.

Esoknya pulak. Aku otw ke perak by bus. Bus pukul 9:45 pagi ni tak lawak siaaa. Aku tetap tak boleh pergi klinik. Sebab nak kejar bas. 

Lepas tu,sampai ipoh,tiket untuk ke tg malim habis. Bodoh amattt. Aku sakit nak mampus ni. Bayangkan la sepanjang kedah-ipoh 3 jam lebih aku tidur je weh. Sebab memang sakit tak leh go. 

Pipi aku bengkak siap. Peh gemuk sebelah kiri pipi aku ni 😂

Dah la tak leh pergi klinik,tiket bas habis. Kena tunggu around 2 hours and plus untuk mak cik aku datang pick up (nasib dia ada,alhamdulillah). Dah datang pick up, otw balik tu aku tak tidur. Tahan la sakit for about 2 hours.

Balik rumah tak cakap banyak,tidur terus.

Okay. Settle bab itu. Sabtu yang penuh kesakitan. 

So hari ahad, despite all the tiredness, aku bangun and pergi klinik kat area rumah aku. Klinik tu klinik paling dekat dan klinik kerajaan. Jimat duit aku.

So aku pergi dengan semangat membara yang sakit tu akan hilang. Aisehmen. Sekali bila aku pergi,klinik tu buka hanya hari rabu. Ya allah. Berikan kesabaran kepada aku. 

Memang berbakul bakul api kemarahan aku waktu tu. Ingat orang sakit hanya pada hari rabu ke? Ingat boleh pilih ke nak sakit hari apa? Biadapnya!!! 

So aku kena pergi klinik kedua dekat,tapi jauh jugak berpuluh km. Dah la transport tak ada. Yang ada motor. Pedih lagi la mulut aku. Sebab angin masuk mulut. Tapi tak apa. Demi kesembuhan gittuw. 

Bila aku sampai,i was the only patient. Wau impressnya aku. Klinik kat kedah tempat tinggal aku tu,hang lambat sikit,nombor hang berpuluh puluh la. Tapi kat sana,aku sorang ja. 

Lepas tuu geng, dah sampai. Doktor check gigi aku. And tau dak dia cakap apa?

"Ha memang ada bengkak. But im not sure sebab apa. Your teeth is good. Okay ja gigi awak,takda lubang tak da apa. Tapi saya tak tau kenapa awak sakit" bla bla. 

Shit,time tu rasa nak reyau.

And doktor suruh aku pergi hospital,for further check up. Tapi aku tak nak.

Dia pun lama pikir. Kesian. Sebab dia kata memang nampak bengkak pipi aku tu. Gusi bengkak,tapi tu la. Tak luka,tak lubang tak apa. 

The only medicine that they can give me was paracetamol. And dia kata, dia memang tak boleh buat apa. Sebab tak cukup equipment di situ. 

So dia kata,awak makan ubat ni dulu, kalau sakit, awak datang sini balik,saya bagi surat refer ke hospital. 

Memang tak la woi. Hospital berpuluh km lagi. Haish aku dah la merempit secara haram. Tapi memang doktor tu suruh aku pergi hospital lepas aku pergi klinik, cuma aku refused. Sebab hospital is too far.

Lepas makan nasi,makan ubat. Aku lena selena lenanya. Tak ada sapa kacau aku. Depa semua biarkan aku lena. 

Haish. Sampai kesudah aku tak tau sakit apa. Ubat doktor bagi tak berkesan sangat pun. Slowly sakit tu hilang. Tapi bengkak masih ada.


Ni bukti. Muka aku kepenatan tu memang sebab tak cukup rehat. Plus sakit. Plus menangis tahan sakit.

Oh btw,sabtu malam tu aku tak senang tidur. Sebab sakit teramat sangat. Saffa saksi aku aku menangis menangis dan menangis tahan sakit.

Bye itu sahaja.
Oh probably gigi geraham bongsu nak tumbuh.
Tapi tak check lagi.
Okay nak book appoinment.

Comments

Popular Posts