Kem Aneh ii

Lagi cerita kem berhantu yang super duper seram. Tapi aku rasa ni pengalaman paling seram aku pernah rasa sepanjang aku bercamping.


Malam tu,kami ada aktiviti dalam hutan. Jadi malam tu, lepas solat isyak, makan malam. Dan ada tetamu undangan. Kurang ajar betul, tetamu tu orang politik. So dia dok sibuk menyebarkan dakyah politik dia tu sampai drag ke pukul 12 lebih. 


Lepas tu, kami ada la sesi lain 30 minit. Dah pukul 2 baru start aktiviti hakiki seperti yang di rancang. 


Waktu tu dah pukul 2, sejuk dalam hutan tak boleh bawa bincang. Dah rasa sejuk sampai ke tulang dah masa tu. Tak apa lah. 


So macam biasa sebelum start aktiviti, kita mulakan dengan berdoa. So selepas berdoa, ketua ni cakap la untuk minta izin untuk 'tuan rumah'. Sesungguhnya yang kami nak buat aktiviti untuk nak tuntut ilmu sahaja, tak ada lebih. Dan mohon supaya 'mereka' tidak kacau kami. 


Hampa tau dakkkkk, benda tu balas balikkkkkk 😐 speechless aku time tu. Benda tu balas balik. Ya benda tu cuba berinteraksi dengan seorang peserta ni, sebab rupanya peserta ni special ada sixth sense. 


Masalah yang seterusnya ialah, peserta tu dok belakang aku. Aku dengar dia cakap dekat kawan dia cakap 'benda' u dok cuit dia. Aku yang dok depan dia ni cuak gila babeng. 


Tak apa la, so atas dasar sifat tanggungjawab kehkehkeh, peserta ni cakap kat orang atasan benda tu cuba interaksi dengan dia. Benda tu cakap jangan bawa keluar walau satu benda pun dalam hutan tu. Macam mana masuk,macam tu la keluar. Dan ada satu lagi, dia kata ada something berharga. Kalau ada sapa ambik, memang semua sakit time tu. 


So memang pihak atasan pun strict just to make sure yang kami tak bawa keluar apa apa. Tak mau berlaku sesuatu yang tidak diingini. 


Lepas tu, masa dalam hutan. Aku shaking teruk. Aku takut gila. Aku tahu benda tu ada dan benda tu memerhati. Jadi sudah tentu aku ni takut nak mampus. Tapi time ni, kawan aku muka seronok ja masing-masing. Sebab depa tak tau apa sebenarnya yang jadi. Aku rasa hanya dua tiga orang ja tau pasal benda ni sebab tak mau bagi orang takut. I mean, obviously orang akan takut. Aku sendiri pun ketakutan.


Aku yang tau ni pakej siap rasa nak terkencing sebab terlalu ketakutan. 


Tapi, alhamdulillah. All went well. Kita masuk rumah orang,kita kena ikut la apa orang tu nak. Jangan cari pasal dan cari penyakit. 


Oh pastu ada kawan aku pertikaikan kenapa kita kena minta izin, baca doa dan harap kat ALLAH dah la. 


Speechless aku dengar apa dia cakap. Aku tak pasti orang lain, tapi sebelum sebelum ni pun, kalau masuk hutan, or hiking hutan, memang dah terbiasa aku tengok depa semua minta izin. Lepas tu ada satu penjaga gunung ni, dia memang ajar masuk hutan dan minta izin. Jangan sembereno. 


Tapi entah la, aku dibesarkan dengan melihat orang minta izin. Jadi buat ja la kot. Kita masuk tempat orang kan? 

Comments

Popular Posts