Meeting gone wrong

So aku dapat invitation (ceh nampak sedap sikit ayat kalau guna 'invitation',even realitinya bukan) untuk datang meeting.

So aku first time datang meeting luar. Sumpah. Tak tahu flow macam mana, apa kena buat,nak buat apa semua. Blurr kot.

So tak apa. Orang ajak cara elok,so aku pun okay je. Pergi.

Time dalam meeting tu,the first 1 hour,okay. Everything okay. Minit mesyuarat,president berucap, bentangkan aktiviti, audit and so on. Tapi, tiba tiba, ada gaduh pulak.

Dorang tak sependapat dan ada la benda yang dipendam yang membuatkan perasaan yang dipendam itu diluah dalam meeting. Teruk ah bahas depa tu.

Kita orang luar,budak baru. Blurr la dengan apa yang kita nampak.
Muka control lagi acah macam "eh okay je ni".
Padahal dalam hati dah pening.

So kami nampak benda itu semua.

Lepas habis meeting, 'orang atasan' datang dekat.

Dia cakap,benda tu normal je. Biasa la benda tu semua.

Dan dorang keep on saying "jangan serik".
Insyallah,kami tak serik selagi kami tak kena.
Doakan la semoga kami pun istiqamah hendaknya supaya kami mental kuat dan tak serik. Hehehehe

Comments

Popular Posts