Sunday, 12 October 2025

Anugerah Dekan yang diimpikan

Orang selalu cakap, doa adalah senjata orang mukmin. Kalau nak apa-apa, kita kena ingat formula DUIT: Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal.

Ada satu benda yang aku jarang cerita — sejak zaman sekolah menengah, setiap kali aku berdoa, aku selalu merayu nak dapat keputusan cemerlang dan naik pentas. Bukan sebab nak menunjuk, tapi sebab aku nak rasa dihargai atas usaha sendiri.

UPSR? Tak dapat. PT3? Lagi hauk. SPM? Memang tidak lerrr — semua ABCDEF aku kutip. STPM? Keputusan agak membanggakan, tapi Allah tetap tak izinkan aku naik pentas. Bukan sebab gagal, tapi sebab masa tu Covid. Bayangkan, dah nak rasa kejayaan… tapi rezeki belum tiba.

Masuk ijazah, aku pasang niat — “Aku nak jadi pelajar dekan. Aku nak capai impian kecil aku dari dulu.” Tapi masa tu aku tak tahu, rupa-rupanya kat UPM nak dapat dekan kena CGPA 3.75. Tinggi weh. Nak dapat 3.0 pun aku tak yakin.

Semester pertama, aku blur. Orientation online aku tidur. Kat UPM aku tak bergaul, tak kenal sesiapa. Aku lone ranger. Result pertama? Tak dapat dekan. Tapi bila nampak kawan-kawan post dorang dapat dekan… aku start jeles. Jeles yang membakar, bukan jeles yang dengki. Dari situ aku tekad — “Semester depan, aku mesti dapat dekan.”

Semester kedua, aku usaha betul-betul. Dah start kenal kawan, dah start tanya soalan dalam kelas, dah start buat study group. Tapi result aku 3.73. Dua markah lagi weh... dua markah je. Masa nampak kawan-kawan pergi Majlis Dekan, aku nangis. Betul-betul nangis. Sebab aku rasa… “Kenapa aku tak cukup bijak?”

Masuk semester ketiga, aku doa:
“Ya Allah… bagi aku rasa sekali je pun tak apa. Sekali pun cukup.”
Tapi result? DROP terus. Terkejut. Mungkin sebab aku ambil banyak sangat subjek sampai aku sendiri tak terdaya.

Masa tu aku redha. Aku cakap kat diri sendiri, “Tak apa lah. At least aku survive universiti.”

TAPI… Allah tu kan penuh kejutan.

Satu malam, aku dah baring nak tidur. Saja sembang dengan Saffa buat-buat tak ingat pasal result. Tapi tangan tetap gatal nak check.

Bila aku tengok… 3.75.

Masa tu aku literally beku. Aku cakap:
"Website rosak ke?"
Refresh.
"Ya Allah… janganlah website rosak…"

Bila confirm memang betul… aku jerit kat Saffa,
“SAFFA KITA DAPAT DEKAN!!!”

Saffa yang dah nak tidur pun terus bangun berdiri macam kena solder.

Aku over? Memanglah over. Sebab orang yang tak pernah merasa, bila Allah bagi… dia peluk kejayaan tu macam emas.

Semester keempat — doa aku termakbul. Lepas dua tahun. Dua tahun doa yang sama. Dua tahun usaha. Allah bagi tepat pada masa Dia.

Dan lepas tu… semester lima, enam, tujuh — aku Alhamdulillah, maintain dekan juga.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang bila aku imbas balik, aku sebak. Bukan sebab aku bangga dengan diri sendiri. Tapi sebab aku cuma minta sekali… tapi Allah bagi empat kali. Allah bukan saja Maha Adil… Dia Maha Pemurah.

Aku tulis ni bukan nak show off. Aku tulis sebab:

  1. Aku nak remind diri sendiri — aku dah usaha. Allah nampak. Allah tahu. Allah dengar.

  2. Aku nak cakap kat adik-adik dekat TikTok yang sedih sebab pointer rendah: aku pernah rasa benda yang sama. Kau tak keseorangan. Jangan give up.

  3. Aku tengah menganggur sekarang. Aku masih belum dapat kerja. So aku tulis ni untuk ingatkan diri sendiri… kalau Allah boleh kabulkan doa aku yang ni, Allah boleh kabulkan doa aku yang lain.

Doakan aku dapat kerja yang sesuai ya.

Dan kalau kau tengah baca ni, angkat tangan kejap.
Doakan juga untuk diri kau sendiri. Allah dengar. Serius.
Dan kalau kita ada masa untuk risau, kita ada masa untuk doa :)

Cheers,
Saffi.



My first time merasa majlis anugerah dekan di semester ke empat di UPM 

With some of my classmate, yang dekan juga.

Ni waktu kali kedua hadiri majlis anugerah dekan. masa ni dapat dekan untuk semester kelima.

Gambar wajib! tangkap gambar dengan classmate



ni masa kali ketiga attend majlis anugerah dekan. masa ni dapat dekan untuk tahun akhir di UPM, iaitu semester keenam. and gigih ambik cuti intern, untuk attend dekan. 

ni gambar wajib dengan classmate yang berjaya dapat dekan.

waktu semester ketujuh, aku tak attend majlis. sebab aku dah kat kedah masa tu. 











Sunday, 5 October 2025

MENJADI PRODUCER DI UMUR 24 TAHUN?!!

Helloo....

Kalau ada antara pembaca yang mengenali diri ini, mungkin anda tahu yang aku baru habis belajar dan sedang menunggu graduasi (dan kerja kosong).

Jadi, aku memilih untuk berkongsi perasaan menjadi penerbit radio di umur 24 tahun. Ianya satu pencapaian yang agak lumayan bertuah, sebab aku tak pernah terfikir untuk menjadi penerbit di usia semuda ini. 

Untuk yang baru di blog ini, dulu saya menjalani latihan industri di radio Kool 101, dibawah naungan syarikat Media Prima Audio. dan, saya juga telah dipanggil untuk menjadi penerbit rancangan pagi yang diterajui oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, Haiza dan Muaz. 

WOW kan?

I pun rasa wow. dan, secara jujurnya, aku telah reject offer ni 2 kali, sebelum aku cakap "Ons". sebab aku sendiri pun tak yakin untuk menjadi penerbit untuk 3 individu yang sangat luar biasa hebat, yang sangat berilmu dan berpengalaman dalam pengacaraan dan industri seni. 

Aku? aku hanya ikan blup blup, sebab aku hanya reti bernafas. gila ke tiba tiba jadi penerbit? yes, itu lah apa fikirkan. sebab itu la aku reject. tapi, boss aku try yakinkan aku dengan cakap, dia akan bantu dan bimbing aku. 




Menjadi penerbit di usia 24 tahun banyak mengajar aku untuk sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ilmu teknikal radio, dari segi mencari idea, kena lebih kreatif dan kena pandai work independantly. Apapun, aku SANGAT berterima kasih dekat boss saya, Rara dan juga 3 announcer yang banyak mengajar dan bimbing aku. sebab mereka selalu tanpa marah ajar diri ini untuk menjadi penerbit yang lebih baik dari semasa ke semasa. 

Waktu awal awal masuk, aku jijik weh nak introduce diri yang aku ni penerbit or producer radio. sebab aku rasa aku masih banyak benda tak tahu. 

Ada banyak peristiwa di mana orang tak berapa nak layan aku. mungkin dari fizikal kelihatan aku yang sangat kecik, menyebabkan orang tak yakin dengan aku. banyak kali la tetamu jemputan ambil endah tak endah dengan aku. bermula dari situ baru aku start introduce diri aku sebagai penerbit, dan perlahan lahan aku nampak layanan orang terhadap aku mula berbeza. mungkin sebab sebelum ni dorang rasa entah sapa sapa la budak kecik ni. 

Aku masih ingat, ada seorang pakar mental, dia datang. dan dia tanya. "Maaf saya nak tanya, jika tak keberatan, Nabilah ni umur berapa ya? sebab nampak muda sangat". hehehe. muda sangat ke? sebab aku rasa macam aku dah tua. 






Anyway, untuk yang bertanya. eh macam mana boleh jadi penerbit? saya intern as a content intern awak. saya producer untuk drive show segment yang diterajui oleh Hanif Miswan dan Hazeman Huzir untuk selama beberapa bulan. dan dalam pada masa yang sama, saya assistant producer for breakfast show. Kiranya, saya sudah ditrain menjadi producer sejak dari intern lagi. Cuma, kenapa kalau dah ada pengalaman tak yakin lagi?

Sebab, untuk semua radio di malaysia ini. segment pagi radio adalah segment paling crucial! sebab waktu pagi la jumlah pendengar sangat banyak! kalau nak buat iklan pon, segment pagi la paling mahal. sebab waktu tu memang ramai pendengar. jadi, sedikit sebanyak, saya takuttttt :((((((

Banyak benda saya belajar. Saya bersyukur dikurniakan team radio yang sangat hebat dan sporting! 
Producer Kool 101, 
Officially signing off. 

Bye bye radio life :(




Sunday, 22 June 2025

RASA HILANG ARAH TUJU

Hii semua,

Lepas habis belajar, aku rasa sedikit lost dengan hidup.

Manakan tidak, dari umur 5 tahun sampai lah 24 tahun, hidup aku sentiasa dalam acuan sistem.

Tadika > Sekolah Rendah > Sekolah Menengah > Universiti.

Sejujurnya, sejak umur 14 tahun aku dah mula doa sungguh-sungguh supaya direzekikan sambung belajar ke universiti. Kalau orang tanya, “Eh, cita-cita hang apa?”, jawapan aku senang je — nak masuk universiti.

Kenapa? Sebab dari kecil, orang sekeliling macam tak percaya dengan kebolehan aku. Bukan bermaksud mereka pandang rendah, cuma depa rasa aku tak mampu. Bila aku berjaya masuk universiti, baru lah orang mula nampak aku pun ada potensi.

Jadi, bayangkan… 19 tahun hidup dalam sistem. Dalam dunia akademik yang dah tersedia jalannya. Jadi, bila semuanya tamat, aku rasa lost. Kosong.

Ramai juga yang tanya, “Dah ambil Masscom, kerja ja la media.” Tapi itulah yang menjadi persoalan utama untuk aku. Sebabnya, aku taklah betul-betul enjoy dunia media. Bukan tak suka, tapi aku tahu aku tak nak teruskan dalam bidang tu.

Bila aku mula mohon kerja yang lebih ke arah korporat, orang korporat pula tolak aku. Katanya, “Awak terlalu entertainment.” Aku jadi pening.

Dan sampai sekarang, aku masih lagi tercari-cari. Masih rasa lost. Tak pasti apa sebenarnya yang aku nak buat dengan hidup ni.


(gambar zaman intern; hari-hari terakhir sebelum sri pentas ditutup)

Thursday, 1 May 2025

I AM BACK

 Haluu

Assalamualaikum,

Sedikit janggal apabila nak tulis ni. 

Rasa macam baru semalam start blogging, tapi dah nak masuk 11 tahun menulis (walaupun tulis on off).

Nak start tulis dari mana, aku pon tak pasti. Tapi, aku rasa aku patut mula dengan berkongsi ber8ta gembira. Setelah sekian lama, aku nak umumkan, aku akan berkahwin. Hehehehe, tipu jaa la. Aku nak share, yang aku dah habis belajar. Yahuuuuu! Aku dah berjaya habiskan degree di bumi serdang darul berilmu berbakti. Dengan itu, bermaksud aku dah habis belajar, aku dah siapkan final year project, aku dah intern, now aku sedang menungu untuk konvo, sambil sambil tu berharap dan berdoa aku akan dapat kerja. 

Doakan okay? 

Sebab aku sedang struggle meencari pekerjaan. 

Oleh itu, aku akan start menulis kembali. Nanti aku update lagi. Bye


Andai ada yg rindu, ini lah saffi yang dewasa, sedang cuba tumbuh sihat sejahtera.
Adios.



Anugerah Dekan yang diimpikan