Taekwondo zaman kecik

 Tadi kat tempat kerja, sekali lagi aku nangis ya. Aku memang hati tisu sekarang ni. 

Alkisahnya bermula bila aku jumpa satu nama yang aku kenal. Terus terimbau zaman time kecik. Sebab zaman kecik dulu abah hantar kami satu keluarga pergi kelas taekwondo. 

Nak jadi cerita, instructor taekwondo dan pengurus kelas taekwondo tu baik sangat. Depaa suami isteri. Time kecik abah kerja. Kalau grading (ujian kelayakan naik tali pinggang) taekwondo selalunya hari jumaat. Abah kerja. Jadi wife instructor taekwondo ni akan selalu hantar dan ambik kami setiap kali grading. Aku ingat lagi, time grading mesti nampak orang lain dengan mak ayah dorang. Aku mak ayah tak datang. Tak apa, tak kisah. Sebab ibu (wife instructor) tu baik sangat. Dia la yang ambik dan hantar kami sampai depan rumah. 

Aku masih terbayang betapa bahagianya keluarga sir taekwondo ni dengan anak anak dia. Dorang tu happy family. Cukup bahagia & lengkap. Aku seronok sangat tengok betapa bahagianya depa. 

Tapi, time 2011, instructor taekwondo aku meninggal dunia. Time kecik, aku speechless tapi tak tahu nak buat apa. Tak terluah dengan kata kata. Tapi sedih, sebab sir aku meninggal time dia masih muda. Baru 40 tahun. Time dapat berita kematian tu, aku terus fikir anak anak sir ja. Anak anak sir semua kecik kecik. 

Hari ni, aku terjumpa anak sir di tempat kerja. Sebabkan aku terlalu excited, jadi aku tegur dia. Even dia tak kenal aku dah. I mean, obviously tak kenal. Dah besar, muka pun dah berubah. 

First thing first aku tanya "eh nanti kirim salam kat ibu tau" 

Dia diam ja. 

Lepas tu aku cakap la aku sapa apa semua. And aku masih "ibu sihat tak? Nanti kirim salam kat ibu" lepas tu dia cakap ibu dah meninggal. Ibu dah meninggal 4 tahun lepas. 

Bermaksud dah 4 tahun depa jadi anak yatim piatu. And aku menangis sebab tu. Sebab aku terlalu sedih. Tapi aku yakin, depa lagi sedih. 

Depa keluarga yang sangat bahagia. Sangat sangat. Dan sangat akrab to each other. Jadi bila aku tahu depa dah tak ada mak ayah, keadaan dah tak sama. Aku jadi terbayang kenangan depa sekeluarga yang depa cipta . aku saksi betapa bahagianya keluarga ni. jadi aku memang sangat dan teramat sedih.

Aku sedih sangat. I just have no words to say. Depa dah tak ada dua dua mak ayah. depa dah tak ada tempat nak bergantung.

Aku mohon sangat allah sentiasa beri ketabahan kepada mereka sekeluarga untuk menempuhi hidup ini. Dan semoga allah memberi kebahagian buat depa sekeluarga. 


Along angah, adik ah and udin sentiasa di hati. Aku tak kisah depa tak kenal aku. Tapi aku akan sentiasa ingat depa. 

Comments

Popular Posts