BCG tu vaksin

Hampa pernah dengar dak vaksin BCG. Vaksin ni ialah vaksin yang diberikan kepada baby ketika baby baru lahir. BCG stand for Balcilus Calmette Gurrain (basically nama si tukang cipta. If im not mistaken. Correct me if i am wrong). Vaksin ni ialah untuk elakkan dari penyakit Tb. Disebabkan bilangan kes pesakit tb semakin meningkat, jadi vaksin ini masih diberikan kepada semua rakyat Malaysia sedangkan ada negara yang tak wajibkan cucuk ni. 

Bukan itu cerita aku sebenarnya. 

Hari tu. Aku dan kawan kawan kerja nak bergerak balik pejabat. Jadi aku naik kereta dengan orang lain. Lelaki naik asing, perempuan naik asing. Jadi, sedang kami dalam kekalutan itu, kawan lelaki yang naik kereta lain ni dengan tak sengaja telah terlanggar satu kereta belakang dia. 

Seperti aku cakap, sedang kami dalam kekalutan. Jadi, kawan aku pun tinggalkan nota di kereta untuk tuan kereta menghubunginya nanti. 

Dan, sebenarnya, aku tau ja kereta sapa. Cuma tak sure. Jadi aku bertanya kat orang lain. Dan betul la, kereta tu ialah kereta sorang doktor. 

Jadi, esoknya kawan aku cuti. Jadi kami tanya la, kot la doktor ni ada contact dia atau tidak. Apparently, nope. No call or etc. So dari sehari sehingga menjadi 5 hari. Doktor ni tak call. 

Doktor ni ada staff. Dan memandangkan kami kawan dengan staff doktor ni, jadi kami tanya ada tak doktor cakap pasal kereta. Staff dia cakap tak ada. Aku cerita ja la apa jadi, buat apa nak simpan. 

Reason why aku tak bagitau doktor sendiri, sebab kawan lelaki aku ni memang nak bagitahu doktor sendiri even cara dia salah. Salah sebab kami (dia & aku) jumpa ja doktor ni tapi dia sendiri tak cakap. 

So, staff doktor ni pun tanya la doktor ni, dia sedar tak kereta dia kena langgar. Well, i guess you know the answer already. The answer is "what? Seriously?". Yup, dia tak perasan. 

Well i guess i can understand bcs she is very very very busy, and her life is all about going to work, and balik rumah tidur. Tu ja. Tak sempat nak belek kereta. 

So staff dia cakap la apa jadi. And told doktor about nota yang kawan lelaki aku tinggalkan. 

Tau apa jawapan doktor? "Oh dia tulis call untuk BCG. Sebab tu saya tak call" 

HAHAHHHAHHAHAH DEKAH BODO AKU GELAK. DOKTOR INGAT BCG TU VAKSIN BCG. Itu la, sebab tu la orang tak bagi guna shortform. Aduhai. Patut la doktor tak call, sebab dia faham vaksin bcg. Plus memang dia tak perasan kereta dia kemek. 

Orang biasa fahamnya lain. Doktor pahamnya lain 😂

Orang biasa- Bincang

Doktor- vaksin bcg 

Comments

Popular Posts