Monday, 26 July 2021

pengalam cucuk vaksin covid 19 (sinovac)

 Assalamualaikum.

hari ni baru terasa nak cerita pengalaman aku cucuk vaksin covid-19. aku dah cucuk lama dah awal bulan 5 hari tu. tapi, baru terdetik nak cerita.

sebagai orang malaysia yang taat, aku tak kisah cucuk vaksin apa apa asalkan aku dapat cucuk secepat yang mungkin. ingat ya kawan kawan, vaksin terbaik ialah vaksin mana yang kita boleh dapat dulu. rakyat malaysia ni tolong lah stop kan banding banding jenis vaksin. semua vaksin bagus. jangan nakk dibandingkan.

aku pula dapat vaksin kira awal la, lepas golongan pekerja kesihatan dan pekerja kerajaan, aku dapat. so time tu memang banyak sangat benda buruk pasal vaksin yang orang sibuk share. and secara jujur, aku pun takut. banyak sangat benda buruk orang dok cerita. sampai tahap aku rasa aku nak kena buat wasiat takut mati lepas cucuk even aku tak ada harta untuk di wasiatkan. aku takut, tapi aku percaya vaksin salah satu cara untuk kita usaha.

bermula cerita, aku datang cucuk. ada 6 checkpoint kat ppv aku.

checkpoint 1: bagi borang (consent form)

checkpoint 2 : check nama betul ke ada temu janji 

checkpoint 3 : consultation dengan doctor

checkpoint 4 : daftar online ke sistem vaksin

checkpoint 5 : cucuk 

checkpoint 6 : observation for 15 minutes  

ya, nanti akan ada consultation dengan doctor, boleh consult and bagitau doctor kalau ada sakit apa apa. sebab aku pernah ada sejarah alahan yang teruk, doctor terangkan la apa aku perlu buat if ada reaction lepas kena cucuk. 

semua doctor baik, nurse baik semua baik dan smooth. 

aku pun cucuk. tak rasa apa pun. okay ja. tak sakit pun. tak rasa apa pun.

balik, aku rasa nak demam and terus telan paracetamol. lepas tu dah okay dah. 

second dose? aku tak ada side effect lansung. hidup macam biasa.


itu lah sejarah saya dalam program imunisasi kebangsaan. saya telah dicucuk. dan alhamdulillah, masih okay sampai sekarang.

buat sapa yang masih was was, jangan risau dan jangan takut. vaksin selamat.


 

Sunday, 18 July 2021

Taekwondo zaman kecik

 Tadi kat tempat kerja, sekali lagi aku nangis ya. Aku memang hati tisu sekarang ni. 

Alkisahnya bermula bila aku jumpa satu nama yang aku kenal. Terus terimbau zaman time kecik. Sebab zaman kecik dulu abah hantar kami satu keluarga pergi kelas taekwondo. 

Nak jadi cerita, instructor taekwondo dan pengurus kelas taekwondo tu baik sangat. Depaa suami isteri. Time kecik abah kerja. Kalau grading (ujian kelayakan naik tali pinggang) taekwondo selalunya hari jumaat. Abah kerja. Jadi wife instructor taekwondo ni akan selalu hantar dan ambik kami setiap kali grading. Aku ingat lagi, time grading mesti nampak orang lain dengan mak ayah dorang. Aku mak ayah tak datang. Tak apa, tak kisah. Sebab ibu (wife instructor) tu baik sangat. Dia la yang ambik dan hantar kami sampai depan rumah. 

Aku masih terbayang betapa bahagianya keluarga sir taekwondo ni dengan anak anak dia. Dorang tu happy family. Cukup bahagia & lengkap. Aku seronok sangat tengok betapa bahagianya depa. 

Tapi, time 2011, instructor taekwondo aku meninggal dunia. Time kecik, aku speechless tapi tak tahu nak buat apa. Tak terluah dengan kata kata. Tapi sedih, sebab sir aku meninggal time dia masih muda. Baru 40 tahun. Time dapat berita kematian tu, aku terus fikir anak anak sir ja. Anak anak sir semua kecik kecik. 

Hari ni, aku terjumpa anak sir di tempat kerja. Sebabkan aku terlalu excited, jadi aku tegur dia. Even dia tak kenal aku dah. I mean, obviously tak kenal. Dah besar, muka pun dah berubah. 

First thing first aku tanya "eh nanti kirim salam kat ibu tau" 

Dia diam ja. 

Lepas tu aku cakap la aku sapa apa semua. And aku masih "ibu sihat tak? Nanti kirim salam kat ibu" lepas tu dia cakap ibu dah meninggal. Ibu dah meninggal 4 tahun lepas. 

Bermaksud dah 4 tahun depa jadi anak yatim piatu. And aku menangis sebab tu. Sebab aku terlalu sedih. Tapi aku yakin, depa lagi sedih. 

Depa keluarga yang sangat bahagia. Sangat sangat. Dan sangat akrab to each other. Jadi bila aku tahu depa dah tak ada mak ayah, keadaan dah tak sama. Aku jadi terbayang kenangan depa sekeluarga yang depa cipta . aku saksi betapa bahagianya keluarga ni. jadi aku memang sangat dan teramat sedih.

Aku sedih sangat. I just have no words to say. Depa dah tak ada dua dua mak ayah. depa dah tak ada tempat nak bergantung.

Aku mohon sangat allah sentiasa beri ketabahan kepada mereka sekeluarga untuk menempuhi hidup ini. Dan semoga allah memberi kebahagian buat depa sekeluarga. 


Along angah, adik ah and udin sentiasa di hati. Aku tak kisah depa tak kenal aku. Tapi aku akan sentiasa ingat depa. 

Saturday, 3 July 2021

STPM result

 the day has finally come. we are on our finishing line already. im so glad i've finished stpm. no more school. hopefully.

Terima kasih cikgu-cikgu form 6 yang sentiasa komited ajar dengan penuh bersabar. terima kasih sebab sanggup berkorban masa,tenaga & duit. 

Terima kasih mak abah sebab sanggup memahami anakmu ini dan sanggup menghulurkan duit untuk anak mu repeat paper.

Terima kasih kawan-kawan yang lain especially classmate aku yang banyak tolong time belajar. Terima kasih anis dan farhani sebab selalu ada untuk aku.

Result aku not really the best, but i am so grateful. only allah knows how struggle i was. so, this result is more than enough. 



Anugerah Dekan yang diimpikan