catatan PICK 1

PICK ialah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

aku decided untuk menulis catatan menjadi sukarelawan vaksin sebagai kenang-kenangan di hari tua nanti. untuk catatan pertama, aku nak catatkan tentang behind the scene of PICK yang orang tak tahu. more to healthcare worker job scope la eh. sebab aku perhatikan petugas kesihatan, bukan kerajaan.

Selepas aku menjadi salah seorang sukarelawan vaksin covid-19,  suprisingly, aku tak ada benda nak complaint pasal PICK.

ada orang cakap :-

"lambat betul dapat vaksin"

hakikat dan realitinya, aku sendiri melihat bagaimana semua healthcare worker push themselves to the max. aku sendiri nampak kepayahan, kepenatan mereka untuk menjalankan PICK.aku sendiri menjadi saksi macam mana penatnya healthcare worker sampai dorang terbaring kepenatan. ada yang terpaksa skip lunch. tak dapat rehat. even time weekend, tetap kena datang kerja. yup, jumaat sabtu still kena kerja.

Aku kesian kat ketua organisasi PICK kat tempat aku. aku sendiri tengok macam mana stress, penat, tak cukup rehat, kena marah, kena maki dengan orang awam dan organisasi yang lain. kena marah dengan big boss. aku sendiri tengok.

In fact, aku sendiri telah melalui fasa kena marah dengan orang awam sebab dorang dapat vaksin lambat. padahal pada dasar dan hakikat, bukan healthcare worker yang choose sapa yang akan di vaksin, tetapi sistem yang pilih. orang awam tak nampak benda tu, yang dorang tahu api kemarahan dorang je. emosi dorang.

 orang bersuara dan berbunyi itu dan ini, kerana mereka tak nampak apa jadi. bukan salah orang awam juga. tapi aku harap sangat, orang awam can be more considerate.

 Jadi apa aku nak sampaikan, percaya lah. semua pekerja kesihatan telah cuba semaksimum yang mungkin. Harap semua boleh bawa bersabar dan bertenang jangan marah marah. nevertheless, deep inside my heart, i also hope gov can make this PICK faster a bit more :)





Comments

Popular Posts