Tuesday, 5 February 2019

jalan jalan penang day 3

assalamualaikum
 hari ke 3,aku bangun agak lewat.tapi,lepas solat subuh aku terus bersiap.sebab kami plan nak makan roti canai transfer road. 

gerai tu selalu ramai orang,dicadangkan datang awal pagi ye. supaya tak payah berebut tunggu meja.

nasib kami baik,baru sampai,pekerja kedai tu panggil and dia buka meja. terus order.

here aku nak tekankan sikit if you r planning to go to this stall,honestly the roti canai taste so-so. im not gonna recommend people to try this out,but if you want to,dipersilakan.

they dont even asked you what kind of roti canai you want,atau kata lain diorang lebih kepada memaksa. i dont like roti canai banjir,tapi dorang taknak bagi roti canai kuah asing. lagi satu,boleh ke beli roti canai biasa takda ayam?no,dorang tak layan.atau,kalau diorang layan,diorang halai balai.

air?air kosong tak ada. order air lain,and mostly pekerja tu akan suggest untuk order air ais.

macam kami,dia tanya berapa roti,cakap 4,terus dia bawa roti tu.kami tak sempat cakap apa pon. 

harga rm8 per plate. okay je la kot,since ayam dia pon besar. tapi honestly for me i'll give 1 star only.kedai dia tepi jalan gila,ibarat kau tengah pertaruhkan nyawa hahahah. tapi,sebab teringin,kami pon okay je la


lepas dah makan,kami pergi jalan jalan.saja saja.mula mula nak pergi pasar chowrasta,saja usha usha and survey. lepas pergi pasar,jalan jalan and terjumpa famous road teow chew chendol. tapi kedai dia tutup lagi. we were too early.

bila jalan kedepan ada street art,kami pon apa lagi,tangkap gambar la.

perfect angel kannnn?sebab kami jumpa alat ajaib.

ni la dia alat ajaib.cool gila kot.just put your phone and set your timer then smileeeeee.

lepas dah penat jalan jalan tu,kami balik hotel.
lepas tu around 12 pm,kami check out. 
sepupu aku parking kereta dekat padang kota. so from padang kota kami naik bas free untuk ke next destination.

bas free ni senang je nak tahu,dia tulis CAT kat bas dia. and di bust stop pon ada board yang sentiasa update pasal bas. and dia akan cakap bila bas sampai.ye dia bercakap.

aku pergi ke street art berpandukan maps yang aku dapat dari hotel.

while waiting for the bus



so bas berhenti di pengkalan ferry,kami turun situ and jalan sikit untuk pergi ke chew jetty.basically chew jetty ni ialah perkampungan kaum cina yang berada di atas laut.bawah tu memang laut. kiri kanan dorang buka kedai. dan bila sampai kat hujung,ada temple.

so ni bot bot yang aku tak tahu nelayan ke apa ke.

random street art that i found.

here is me.my face tengah tahan panas membahang.dengan bodohnya pakai baju hitam.

next street art,this one is the nearest to the chew jetty based on maps that we got.

comellll

another street art.there is a lot of street art and a lot of pic of course!im not gonna put all the pic in this entry. nanti hampa bosan.

waktu panas gila,sepupu aku stop and buy old-school-shave-ice cream

or 

air kepal


rm 3 each

basically,on the 3rd day,memang kami pergi street art ja. 

and then around 2 something,kami pergi ke pasar chowrasta balik. sebab nak balik some sourvenier for the fams.

again,im not gonna put a lot of pics.

here is just me and my twin.

after that, we went to kfc to eat lunch. overkan pergi penang makan kfc?tapi sebab banyak kedai ramai orang terlalu sesak.baik pergi kfc,lengang.

lepas pergi kfc,aku suruh cousin aku drop aku dekat ferry,sebab aku and saffa nak balik ke seberang dah. nak balik kedah. 

kami turun ja kereta,ada satu laluan,ada polis bantuan. kami tanya pak cik tu,dia cakap straight ja guna jalan yang kami dok jalan tu. berjalan la kami ke ferry. dan kebetulan rezeki,ferry baru sampai. apa lagi berlari la aku dengan saffa naik ferri.

dari pulau nak ke sebrang,harga tiket free. tapi kalau dari seberang nak ke pulau,kena bayar rm1.20.
jadi kami free ja naik feri tu.at least ada pengalaman.


kami turun di penang sentral. lepas tu kena ambik train untuk balik kedah. 

hampa kena turun ke tingkat 2 kot,aku tak ingat tingkat berapa yang menghubungkan jalan ke train station. tapi banyak polis bantuan,anything just ask them.

i was thinking to just book a grab car,but then polis tu cakap kena naik tingkat 7.pengsan aku!!!!

sebab memang kaki dah lenguh dah jalan waktu tu pon pukul 5 lebih,aku pon jalan kaki naik train.

nasib and rezeki,beli ja tiket,baru berjalan turun bawah,train baru sampai.alhamdulillah.rezeki

the end.


conclusion, best pergi penang. but it was to crowded with tourist. i think i'll go to penang again,but not on the weekend,i would like to go on weekdays.

selalukan tengok orang pergi penang kayuh basikal pa semua,aku cadangkan tak payah la sewa basikal.

baik sewa motor,cepat sikit. sebab kalau kayuh basikal.penat ja. dan tak leh cover banyak tempat.tapi kalau hang tak ada lesen,okay kayuh la basikal.


satu street art ke street art yang lain agak jauh. jangan lupa pakai sunblock,kalau tak,kulit terbakar dan hitam macam akuuu.

trip ke penang kali ni aku pergi naik kereta,okay.tapi jalan jammed.

sepupu aku cakap penang ni vibe dia macam langkawi. haah,macam langkawi.dipenuhi tourist.

but if i need to choose betweet penang and langkawi,i would choose langkawi. coz langkawi is so better then penang (in terms of the traffic,environment and a lot more)

total cost for 3 days 2 night rm 100/pax
its quite cheap.
maybe because we have 5 including me,so everything kami bayar bersama.
plus the first night we slept at my cousin's place. so jimat la.

kudos tu my gang saffa,along,nadia and aisyah.




Saturday, 2 February 2019

Jalan Jalan Penang Day 2

 assalamualaikum,hi.

waktu awal tahun hari tu, 2 januari kot aku secara randomnya mengeluh sebab bosan. aku penganggur terhormat,dan merata cari kerja tak dapat.

ayah aku ada plan nak pi somewhere,tapi terpaksa ditangguhkan sebab tak semua adik beradik aku boleh join.

jadi secara random dan tiba tba,aku bagitahu ayah aku.aku nak pergi pulau pinang. dia  terkejut gak,tapi dia bagi je. tu pon selepas disoal siasat dengan beribu soalan.

so aku tweeted (twitter aku @nnsaffi) yang aku nak pergi penang,then cousin aku pon nak ikut,so plan punya plan,kami pon pergi.

actually aku pergi 3 hari 2 malam,tapi first day tu aku ada di seberang,bukan di pulau.

jadi ini ialah gambar beg yang dibawa oleh aku dan saffa.

aku naik train ke bukit mertajam,sebab aku bermalam di sana terlebih dahulu.

btw,this is not my first time pergi penang,in fact kampung aku pon kat penang. my bro even asked me kenapa tak tidur kat rumah tok.hahahah saja ja.


cousin aku dari shah alam naik bas malam sabtu dan tiba pagi sabtu di penang central. selepas berehat beberapa minit,kita orang dah keluar untuk menyeberangi pulau. kita orang keluar pukul 6 lebih pagi.


jambatan pulau pinang masih lengang,tak ramai orang lagi.

so,kami plan untuk pergi bukit bendera terlebih dahulu,sebab bukit bendera selalu ramai orang. tiket bukit bendera ni rm10 (kena tunjuk ic).

cara nak naik kat atas ada dua,sama ada hiking atau naik train. train ni ada satu je. sebab tu la ramai orang dan terlalu sesak. 

aku cadangkan datang awal pagi,sebab kalau datang lambat memang sesak dan berjam jam kena tunggu.nak nak pulak korang berkeluarga dan ada anak kecik,kang anak korang merengek,korang bad mood. so better datang awal.

kami sampai around 7.10 pagi,lepas parking dan beli tiket,kena beratur. kami dapat naik train pukul 7.45 pagi. alhamdulillah.

so please lah,aku sangat highlight kalau sapa nak pergi especially on weekend or holiday,please datang awal. train seawal pukul 6.30 in case sapa nak tengok sunrise boleh la.

so ini lah train tu.

pemandangan kat bukit bendera sangat cantik dan sejuk.mungkin sebab waktu tu terlalu berangin tu yang sejuk tu tambah pulak matahari baru nak naik.

subhanallah. memang cantik gila pemandangan dari atas.





squad ke penang,lol.

kat atas ni ada museum,sapa nak pi.dipersilakan,tapi kami tak pergi pon.

dah puas pusing dan tawaf satu bukit bendera,kami berehat jap and minum ais kisar yang famous kat bukit bendera. korang patut cuba dan try.

dekat food court.belah kanan kedai melayu,belah kiri kedai cina. pilih la,walaupun owner berbeza kaum (im not trying to be racist,but some of you are worry about the halal status,so you can choose),pekerja tetap melayu. 

boleh zoom untuk tengok harga.

di lily ni,kami pilih ais kacang,rm5 per bowl. 

ni kedai di sebelah kanan. kami pilih ice manggo, rm 12 per bowl

ais kacang dia sangat sedap. ais krim dia sedap wehhhh. highly recommended.

ni ice manggo. hot selling gak ni, berbaloiii sebab buah dia banyak. tak kedekut la.kira okay dengan harga dia. and memang sedapppp especially benda bulat tu. dia macam meletup dalam mulut and keluar rasa masam.

so,lepas dah penat and bosan,kami eratur untuk turun. turun dalam pukul 11 pagi.lama juga kami kat situ.

nasib,kami turun awal.sebab lim guang eng datang bukit bendera hari tu juga untuk perasmian apa tah,so kami keluar cepat cepat supaya tak sesak.

next plan,aku cadang nak pergi kek lok si temple sebab situ cantik,ingat nak tangkap gambar dua tiga keping,tapi disebabkan terlalu sesak,kami terus la jalan ke taman botanik.

taman botanik ni memang cantik,aku dah pernah pergi dulu,ni aku datang lagi.

sebabkan time tu tengahari dan matahari terik,kami naik je kereta yang dia bagi tu. rm5. dia bawa kita round satu taman. and akan stop di kolam lili dan owl thingy. yang owl tu tutup sebab tengah renovate. kami jalan la ke kolam.



ni la kolam tu.nothing much,and waktu pergi kolam ni kami je orang malaysia,yang lain semua mat salleh.



another pic of botanical garden

here is my sisthorrrr


so next,semua dah lapar gila. sebab kami hanya makan roti dan ais je,so kami pergi makan di food court berhadapan dengan masjid terapung. sebabkan lapar,memang aku terus ngap makan dan tak tangkap gambar apa apa.

dah alang alang,kami lajak ke batu feringgi.aku memang dah lama nak ke sini,sini selalu sesak.ambil masa berjam jam untuk sampai padahal dekat je patutnya.so disebabkan itu banyak kali kami cancel. kali ni jalan tak sesak,mungkin sebab kami pergi waktu tengahari.

ini la pantai dia,sangat cantik.air jernih dan biru, sangat bestttt


ombakkkkk

kami singgah sekejap ja,sebab saja nak rasa angin laut.waktu tu tengahari panas sangat,tapi memang best. 


so kami meneruskan lagi jalan.saja nak tengok apa yang ada.pastu terjumpa empangan ni. cantikkk ramai juga yang berhenti untuk tangkap gambar.




so,lepas tu azan, terus singgah di masjid terapung untuk solat.masjid ni pon cantik.aku cadangkan bagi kaum hawa,kalau nak solat naik ke tingkat atas,sebab tak ramai orang,telekung banyak dan tenang je.


so next,kami singgah di tesco.lulzzz tapi sepupu aku nak beli barang tu yang singgah.time ni,aku and saffa memang dah penat.so kami berehat dan makan donut sementara tunggu dorang beli barang.



big apple je,untuk isi perut.

then kami check in dekat hotel.time ni,sepupu aku rehat jap,then dorang terlelap sampai la maghrib. sebab penat sangat,

dan apa aku buat?ambik satu corner and rehat.rehat?makan la maksud aku. aku makan maggi tepi tu. sebelah hotel ni kfc,so kau nampak la budak budak kfc tengah ponteng kerja melepak kat luar.




ni pemandangan time maghrib dari bilik aku. cantikk

lepas mandi,solat maghrib dan bersiap kami terus kan lagi ke the avatar secret garden. 

harga parking rm5
entrance masuk rm1 seorang.

basically,avatar secret garden ni ada lampu lampu cantik ni.

aku syorkan korang pergi time petang,sebab kat sini ada pantai.sebabkan waktu malam,panti pon gelap gelita. kalau korang pergi time maghrib,boleh tengok sunset.


lampu lampu tulips ni pon ada.


next,lepas bosan jalan.kami makan kat kedai dekat dekat situ je.sebab lapar dan malas nak fikir.




itu sahaja. jumpa next entry k

Anugerah Dekan yang diimpikan