Tuesday, 28 August 2018

resepi meee hailam simple sedap



RESEPI MEE HAILAM :

BAHAN DEPENDS ON BERAPA BANYAK AWAK NAK BUAT 

Bahan Bahan:

bawang putih (tumbuk/dadukan/hiris)
cili kisar/giling/boh
haiwan (ayam)
air
sos tiram
kicap
garam
secukup rasa/kiub ayam
telur
sayur (carrot,brokoli,jagung,)
bancuhan tepung jagung (tepung jagung dibancuh dengan sedikit air)

mee celur

Cara Cara:

1.panaskan kuali dengan sedikit minyak.
   tumis bawang putih.sehingga sedikit garing dan naik bau
2.masukkan cili kisar.tumis cili sehingga cili betul betul masak
3.masukkan ayam.biarkan ayam keluar air sikit.
4.masukkan air untuk kuah.sukatan terserah.
5.masukkan sos tiram,kicap,garam,secukup rasa,gula.
6.masukkan telur.terserah nakpecahkan satu satu atau nak kacau sebati dalamkuah.
7.masukkan sayur. kalau nak letak sayur seperti carrot,sila letak terlebih dahulu.kalau nak letak          tomato,letak last last supaya tidak lembik.
8.masukkan bancuhan tepung jagung.kacau cepat cepat.

pesanan:

nak letak seafood,letak last last supaya manisnya haiwan itu masih ada.
sayur pon letak last last,jangan overcooked nanti hilang khasiat.
boleh hidangkan bersama daun bawang,taugeh,bawang goreng. 



Saturday, 25 August 2018

trial spm


By the time entry ini diupload,aku masih keletihan baru pulang dari kampung halaman.either aku terbaring atas katil,atau aku terbaring dalam kereta jalan jammed. i dont know.

how time fly so fasttttttttt.

look.its trial already.

and a few mont left before kami habis sekolah.

nothing to say.but i hope every each one of you who read this please pray for me, and my friends.

"saya doakan nabilah saffi cemerlang dalam exam yang dihadapinya"

your prayers is so precious and only allah who can pay you back.

Friday, 3 August 2018

RESEPI KEK COKLAT PUDING KARAMEL


Kek ni sedap gak ah,plus it comes with puding karamel.

Dah tak da idea nak melalut.mari teruskan saja dengan resepi.

First thing first,kena buat karamel.

6 sb gula

Masakkan atas loyang.api sederhana ja.

Loyang gunalah loyang yang jenis boleh masak atas api,senang sikit.tapi kalau takda,boleh ja cairkan gula guna non stick pan (senang untuk dicuci sebab dia tak melekat)

BAHAN BAHANNYA:

PUDING:
- 3 biji kuning telur.
-1 biji telur (putih & kuning)
-1 cawan susu cair 
-1/2 cawan susu pekat
-1 sk esen vanilla

Mix all together.sampai tak berketul.kacau kacau manja je eh. Jangan sampai berbuih,kang puding tak cantik.

Jangan blender or guna mixer.guna whisk je.

Tuangkan bater puding tadi kedalam loyang bersama karamel.kukus 20 minit.

Kek coklat: boleh refer sini klik sini entry aku yang sebelum ni.

Puding memang takkan masak sepenuhnya eh.bila bawa keluar puding.lap sikit air dipermukaan puding.then tuang lah adunan kek.tuang pelan pelan.nanti puding crack pulak.

Kukus sejam.siapppp

Power tak power

Hasil bedah siasat

Aku suka ada karamel banyak banyak.sebab tu aku guna 6 sb gula.

Anugerah Dekan yang diimpikan