Serius la sesat lagi

Tolong jangan awal sangat hukum aku. Kalau siapa pernah masuk UPM ja tahu betapa besarnya UPM ni. Dan sesat itu sesungguhnya perkara biasa di UPM. Teringat masa awal awal masuk UPM, sebulan pertama tu memang sesat saja. Asal keluar, sesat. 

Kali ini, sesat lain sikit. Penat sangat masa sesat tu. Ya lah, berjam-jam weh sesat.

Cerita dia macam ini, kawan aku ajak teman dia buat assignment iaitu merakam satu program yang akan diadakan dekat kolej lain. Aku setuju ja la, kesian pula nak biarkan dia pergi sorang sedangkan orang kat program tu semua lelaki dan majoriti tak dikenali pon. Jadi, aku pun teman la dia. 

Bila aku dah jalan ke kolej sebelah tu, kawan aku beri kejutan weh. Tahu kejutan tu apa? Dia tak tanya spesific tempat itu kat mana. Program start pukul 8 malam, pukul 7:50 kita orang dah sampai kat kolej tu. tapi, disebabkan tak tahu kat mana tempatnya. Nak jadi cerita pula, kolej tu ada dua bahagian. Satu bahagian di atas, satu bahagian di bawah. Jarak dua bahagian kolej tu juga berbeza jauh. 

Mula mula, kawan aku nak explore sendiri. Jadi kami explore pusing kolej tu. Tapi tak jumpa. Jadi, aku paksa la kawan aku telefon person in charge program itu. tapi waktu tu dah pukul 8:30, aku rasa orang tu tak angkat sebab dia sendiri sedang sibuk dengan program itu. Jadi, kami ambik inisiatif, untuk tanya orang. Inilah kejutan kedua, tiada siapa yang tahu program tu kat mana. Tambah lagi teruk, dorang tak tahu pon program tu wujud. 

Bila tanya orang kat kolej bahagian atas, dorang suruh gi kolej kat bawah bukit. Bila kat bawah, orang suruh cari kat atas. Aku rasa masa tu, kami berulang naik atas bukit, turun bukit banyak kali sumpah. Sumpah give up. Aku sumpah nak nangis masa itu. 

Jadi lepas sejam lebih ibarat exercise ni, aku give up dan penat. sebab bayangkan la sendiri korang naik turun bukit banyak kali. BANYAK KALI. peluh jangan cakap, aku rasa masa itu, kalau perah baju pun boleh. Punya berpeluh. 

Lepas itu, kami jumpa sorang akak ni. Dia cakap, kita orang salah tempat. Bukan kat kolej, tapi dekat pusat sukan. AH SUDAH. pusat sukan jauh nak mampus. Kita orang dah tak berdaya nak berjalan sebab memang dah penat sangat sangat. Jadi, aku kata elok lah kita tempah grab car. No need to jalan kaki. Waktu ni, ibarat dah jatuh ditimpa tangga dah. Grab pulak sesat weh. Dia pergi sampai ke Hospital UPM. Stressnya. dah la nak kena kejar masa. Grab pula sesat and insist untuk tak nak cancel ride. suruh aku cancel. Pandai lah dia, nak aku kena denda. 

Aku cancel ride. Lepas tu, kawan aku cakap dengan penuh rasa bersalah. dia cakap "boleh tak, ni last. jom kita cari lagi sekali buat kali terakhir". Lepas itu, kami kat kolej bawah, jumpa sorang mamat ni yang penuh tenang dan santai. Jadi, lepas tanya mamat tu, dia cakap. dia tahu sebab kawan dia silat jugak. ya allah, sumpah mamat ni life saver gila. sebab baik sangat. 

aku tanya dia, dia ada kereta tak. sebab aku terlalu penat untuk berjalan. lepas tu, mamat tu cakap and yakinkan, dia cakap "awak larat lagi tak, atas sikit je tu. saya tahu tempat dia. jalan sikit eh" haish, aku pun dalam penuh keterpaksaan menapak naik bukit lagi. lepas tu, sampai kat satu kawasan tu, mamat tu suruh duduk, ya la dah penatkan. dia cakap, kejap dia gi tengok tempat tu, dia taknak suruh jalan, takut tak jumpa tempat tu. then, memang betul, mamat tu tunjuk tempatnya. dan memang tempat tu tempatnya terpencil, dan susah nak jumpa. 

lepas tu, lepas ucap terima kasih tu. mamat tu cakap kat aku pula "terima kasih la buat saya exercise malam malam. dapat saya bakar kalori" ha bagus la tu. aku pun terpaksa bakar kalori. penat gila, waktu tu dah nak dekat pukul 10, baru jumpa tempat tu. 

That's it. 

Lepas dari tu, memang kawan aku minta maaf non stop sebab tak well prepared. gitu la kawan kawan. lepas ni, kalau tahu kawasan tu tak familiar. tanya siap siap kat orang yang tahu. do some research. jangan sembareno je pergi. hergh. apology accepted. 


Comments

Popular Posts